Hari ni, Khamis, 12 Okt. 2017, dan malam ni aku akan pi Pos Gob Gua Musang
Kelantan. Aku pi dengan sdr. KAMARUL juruvideo dan
sdr. IKHWAN jurufoto. Semua kami dari Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua peserta berjumlah lebih kurang 40 orang .
Kami semua akan tidur di khemah khemah yang disediakan....
Kami ke sana kerana buat rakaman video
dan foto lawatan kerja VVIP ke penempatan orang asli
berkenaan. Termasuk malam nanti bermakna aku da pi ke Pos Gob
sebanyak 3 kali. Pos Gob ialah penempatan orang asli yang paling pedalaman
di semenanjung yang terletak di KELANTAN. Dari Gua Musang lebih
kurang 80 km. Perjalanan ke sana makan masa lebih kurang
tujuh jam melalui jalan balak. Takde langsung
jalan tar. Kalau musim hujan
berlumpur dan kalau musing panas berdebu..
Mereka ke sana yakni
VVIP yang terlibat pi ke sana
untuk meninjau perkembangan aktiviti pendidikan
untuk orang asli yang telah dimulakan sejak awal tahun 2016 yang
lalu. turut sama ke sana nanti ialah team perubatan
yang akan menjalankan rawatan percuma
untuk orang asli. Para
penyelidik jugak akan turut serta
untuk membuat kajian atau menyemak kajian
mereka yang lalu di penempatan orang asli di sini....
Jadi tugas kami cuma merakamkan
segala aktivi lawatan dan sebagainya di sana nanti.
Harap kami selamat pegi dan balik dan selamat ketika berada
di sana. Moga dapat melaksanakan tugas dengan baik
dan sempurna. Rakaman tu nanti aku
akan edit untuk dijadikan sebuah penerbitan
dokumentari dan seterusnya akan aku upload ke utube untuk
tontonan...jangan lupa tonton yeee..........
Doakan kami semua ok ye........
SEKIAN
No comments:
Post a Comment