Hari ni, Sabtu, 21 Okt. 2017, cuti hujung minggu, hermmm...sarapan kat luar hari ni. Sebenarnya tiada niat pun nak sarapan kat luar. Kami keluar cadang nak
beli makanan jer dan bawak balik makan dengan anak2....
stesen komuter bangi, 2km jer dari rumah.. |
Tiba tiba lepas beli makanan timbul
pulak kat kepala tuk cari roti canai, tanya isteri
mana ada gerai jual roti canai dekat2 sini. Dia cadangkan mamak
tapi rasanya mamak kena pi bandar bukit mahkota. Fikir fikir jauh, kemudian
dia cadangkan kat stesen komuter Bangi. Jadi terus jer pi sana,
tanpa fikir panjang, sebab dekat sesangat. Aku
jarang makan kat luar, tu sebab
gerai depan mata pun aku tak ingat. Aku rajin makan kat
rumah jer selepas beli dari gerai2 kat luar...
Tapi biasanya bila hari cuti
macam ni kami beli jer kat jiran yang
yang jual kueh dan nasi lemak berhampiran dengan
rumah kami.....
Ada ketikanya makan di luar berdua jer bagus gak.
Makan atau sarapan kat luar dengan isteri jer atau berdua jer ada
kelainan...tak percaya cuba lah...Mungkin boleh sembang
dan sebagainya tanpa fikir yang lain....tak gitu..
Rasanya bila da tua tua macam ni memang
selesa pi makan dan minum berdua jer kut kat luar...gamaknya..
eh! ye ke da tua....huhuhu.....
Apa2 pun
pasangan muda2(yang da kawen la) pun sekali sekala
kena makan kat luar juga...mana2 pun boleh tak perlu lokasi2 yang eksklusif..
.........boleh sembang2 dalam suasana yang berlainan
daripada suasana dalam rumah...sekali
sekala la...tak perlu selalu....
Kalau selalu macam mana ibu ibu nak beri makan dengan air
tangan sendiri untuk suami dan anak anak....tak gitu...
Selesai sarapan gerak balik dengan membawa bekalan yang dibungkus
untuk anak di rumah.....ingat segala yang dibelanjakan
untuk isteri dan anak anak berpahala jika
IKHLAS...
*minggu depan aku sibuk keje KONVO UKM seminggu...sabtu hingga selasa (28 - 31)
bertapa dalam dewan je......memalam pun keje maaa...
*minggu depan aku sibuk keje KONVO UKM seminggu...sabtu hingga selasa (28 - 31)
bertapa dalam dewan je......memalam pun keje maaa...
SEKIAN
No comments:
Post a Comment