Sunday, October 1, 2017

Mesa Mall...nilai...negeri sembilan...

Petang tadi, Ahad, 1 Oktober 2017, aku isi minyak di NILAI. Isi minyak kat Nilai
bukan sebab apa nak cari minyak SHELL. Lepas isi minyak terus pi
mall baru yang dipanggil Mesa Mall. Semua informasi
aku dapat daripada isteri aku la...
Saja je pi sana.....





Mall tu terletak di Nilai berhampiran Nilai University. Jalan masuknya pun sama
dengan U tu. Tercari cari juga mall tu, masuk ke dalam lebih kurang satu
kilometer dari jalan utama. Tiba di mall tu tercari cari
jugak tempat parking maklumlah baru pertama
kali sampai sana.........





Selesai parking terus masuk ke dalam mall. Mall tu tak lah besar sangat pun.
Tapi ok lah. Cuma dalamnya belum lagi banyak kedai masih
banyak lagi lompong sana sini.........Mungkin akan
datang banyak ruang2 kosong
tu akan diisi jugak tu..





Kami sebenarnya masuk dari pintu belakang sebab pintu depan takde parking, 
penuh...Masuk ke dalam terus rayau je tak beli sakan pun. Ok jugak tempat ni
ada kedai jual pakaian, gajet tak banyak lagi, kedai buku,
kedai makan ok jugak nampaknya, kedai kek, kedai kasut berjenama, 
farmasi, watson, diy dan ada la lagi yang aku da lupa.....





Suasana dalamnya nampak macam ok, pada aku la...aku snap sikit foto kat dalam
ni....saje je untuk rakan2 tengok. kalau terasa nak pi...pi lah
bukan jauh pun lebih kurang 16 kilometer je dari
bangi lama.........................Bagaimana
pun mall ni tak besar mana pun..kalau sesape yang suka
mall besar besar bukan la sini tempatnya...lebih baik pi ioi je.......





Isteri aku beli sepasang kasut kat sini...kasut murah je tuk  dipakai harian....
aku tak beli pape pon...aku snap gambor je....mungkin satu
hari nanti datang lagi kat sini untuk
makan makan dan sebagainya....saje je kann........





Kat dalam tu sempatlah aku singgah masuk ke dalam kedai buku...belik majalah 
majalah dan tengok beberapa buku dalam pelbagai genre. Anak aku 
beli sebuah komik je...Starbuck pun ada kat sini....



Kami tak lama kat sini....lebih kurang ...ermmm...tak sampai sejam pun..
Keluar je dari mall tu terus pi kete dan balik....Sebenarnya
kat mall tu masih lagi terdapat bangunan yang
belum siap...masih dalam
pembinaan......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...