Monday, October 2, 2017

Aedeis, denggi tak boleh dipisah...seperti manusia dan dengki...ooopst!

Petang tadi, Isnin, 2 Sept. 2017, tiba tiba je ada pengumuman untuk buat semburan
nyamuk aedies di jalan taman rumah aku. Kelam kabut siapkan
apa yang perlu. Dia kata jam 6.15 nak sembur asap...
hermmm...jam 6.30 baru mula. Rupanya
janji Melayu ni memang da jadi darah daging orang Melayu...
huhuhu...opst!
Lebih kurang 6.30 petang barulah mereka mulakan semburan. 
Sebelum tu mereka telah buat semburan di jalan2 yang lain dulu. Mungkin mereka 
da mula sembur 6.15 ptg di jalan yang lain dulu kut...bersangka baik la kan...
Nampaknya semburan kali ini macam menyeluruh jeeee....

..kawasan2 hot denggi..

...jalan rumah aku ni...


Biasanya setiap kali semburan, kami biasanya akan buka pintu
supaya asap masuk jugak ke dalam rumah, bukan sebab apa, jika ada nyamuk
yang bersembunyi bawah katil ka...bawah kain ka...dalam
seluar ka....bawah tudung ka...tentu ia takleh tahan dan akan
keluar. Tambahan pulak sejak akhir akhir ni, rasa macam sering
digigit nyamuk rasanya...bila memalam...gatal2 kaki tangan rasanya.
Ramai jugak yang tak mau semburan dalam rumah sebab permukaan
apa2 aje dalam rumah akan berminyak...Aku tak kisah
asal jangan terkena denggi...kalau dah usaha masih kena denggi, itu
memang sudah takdir ALLAH SWT. Sape yang boleh lawan takdir...kan gitu...



asap ni macam boleh buat filem seram....
 Kalau di tengok kepada peta kawasan denggi, kawasan sini termasuk dalam
kawasan bukanlah panas sangat dalam bab denggi ni, berpandukan
kepada peta...mungkin kawasan ni kawasan suam2 kuku
je kut...bukan hot....gamaknya......
Dengar cite semburan ni dibuat sebab ada kes denggi berdarah
yang terjadi kepada jiran kami di jalan yg lain....................

...berkabus je...
langsung tak nampak pape....
...belakang tu macam kabus dalam filem seram je....


 Rasanya sejak aku duk kat sini maksudnya kat bangi lama ni hampir 30 tahun,
kawasan ni memang kawasan denggi jugak ni. Mungkin kawasan ni
banyak pembangunan kut salah satu faktornya.
Bila kawasan pembangunan mestilah
banyak takungan takungan air di sana sini sama ada
sebelum bangunan bangunan siap sehinggalah semua bangunan siap diduduki....
Denggi ni biasa dalam kawasan bandar atau urban......




Nyamuk Aedes ni memang special...telurnya boleh duk dalam keadaan tidak
menetas dalam masa yang lama sehingga wujud keadaan sekitar
yang sesuai untuk menetas. Nyamuk ini juga
mampu bertelur walaupun dalam air yang sedikit walau sesudu.....



Denggi ni memang takde ubat pun....
Tak taulah sampai bila nyamuk ni boleh di basmi dan sampai bila
wabak denggi ni mampu diatasi....macam jauh lagi rasanya 
untuk sampai ke tahap untuk dibasmi
nyamuk ni dan penyakit ni.....
Hermmmm....kita tuggu je laaaa....................

Tonton la video lama kami ni....berkaitan DENGGI...
DI SINI


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...