Video hari akhir di Bangunan Penerbit sebagai staf UKM ada
DI SINI
Terima kasih banyak kepada en. matnoor yang membuat penerbitan video ni...
DI SINI
Terima kasih banyak kepada en. matnoor yang membuat penerbitan video ni...
Diari Daud - Hari ni hari KHAMIS, 28 FEB. 2019, hari ni hari akhir aku sebagai staf Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]..esok, 1 MAC 2019...aku mula menjelma sebagai YB...YANG BERSARA...Bertukar!..ekekeke.. Hari akhir ni memang aku plan nak datang ke opis aku di Bangunan Penerbit UKM tu...memang itu rancangannya. Aku ingatkan plan ni tak dapat dilaksanakan namun akhirnya dapat jugak setelah aku dapatkan ubat di farmasi petang semalam. Jadi pagi ni aku gerak ke Universiti Kebangsaan Malaysia jam 9.30 pagi. Sebelum tu cari pisang goreng di Bandar Baru Bangi. Bawak sebagai buah tangan untuk kenkawan kat opis tu. Tiba di opis lebih kurang hampir sangat jam 10.00 pagi.
![]() |
aku, suraya & khalid - foto selfie aku banyak yg blur....banyak takleh guna.. |
![]() |
aku, kamarul & en. matnoor |
Kat opis bersua dengan ENCIK MAT NOOR, ENCIK HAZRUL, CIK SITI SURAYA SULAIMAN dan CIK ANIM...ada lagi ENCIK KHALID dan sempat angkat tangan dengan PUAN ALIA. Aku berada di opis agak lama gak. Aku masuk bilik aku dan amik apa yang patut..Bilik tu akan didiami oleh EN. Matnoor...aku dah buat penyerahan kunci. Kunci2 studio aku serahkan kepada SDR SHAHRUL melalui Siti Suraya. Dia orang keluar buat shooting. Cadang nak bertemu dia orang tapi sampai aku balik dia orang masih sibuk dengan tugas di lapangan. Sebuah external hd aku serahkan kepada SDR JASRIL, aku letak atas meja dia. Aku jugak mintak CIK SURAYA shoot foto aku sedang tanggalkan nama aku di pintu bilik opis aku tu.....
mulalah amik apa yg patut... |
siap amik dah...lepas ni ada penghuni lain... |
Aku sempat juga berjumpa SDR KHALID dan kami bercerita dengan dia berkaitan penyakit yang dialaminya. Aku bertiga dengan Suraya. Aku kesian sangat dengan dia...tak tau nak kata apa, hanya dalam hati aku doa sangat sangat dia akan cepat sembuh...moga cepat sembuh. Kata kata untuk yang lain ialah moga kalian jangan stress dengan keje..cari ruang untuk rehatkan minda...moga kalian semua dilindungai oleh ALLAH SWT sentiasa...aamiinn...
Sempat juga aku posing dengan yang lain lain untuk kali terakhir sebagai staf UKM. Sempat jugak sembang sembang dengan Miza yang ada urusan dengan Sdr. Khalid. Panjang jugak sembang dengan dia orang ni. Sempat jugak kami berbincang untuk naik Bukit Broga pada 9 Feb ni...aku memang belum pernah daki Bukit Broga tu...Foto selfie dengan dia orang banyak blur..haiyaa....
serah kunci bilik kat en. matnoor..foto suraya kut... |
log out...foto suraya.. |
Encik Matnoor mintak aku berlakon sikit untuk dia shoot video untuk dibuat penerbitan video sebab hari ini adalah hari terakhir aku di UKM sebagai staf Pusat Komunikasi Korporat ni..tak sabar nak tonton hasilnya....rasanya takde masalah pun untuk dia laksanakan video tu sebab dia memang dah biasa menghasilkan video dan masih terlibat dalam penerbitan video video di Bahagian Multimedia, Pusat Komunikasi Korporat UKM tu...Tak sabar rasanya nak tonton...hahaha...Lebih kurang jam 12 lebih tengah hari aku keluar daripada opis kat bangunan Penerbit UKM tu....
Sayanglah...banyak foto yang aku amik rata rata blur aje...jadi amik yang ok aje untuk letak kat sini...
![]() |
foto lama ni masa jaga pa system di dewan anwar mahmud...1980-an |
![]() |
rakaman single cam dengan almarhum hj ramli....rasanya tahun 1990-an |
![]() |
sedang buat editing dgn media 100...sebelah aku tu abd. aziz ahmad, TA aku masa tu...1990-an rasanya.. |
Aku nak imbau kembali masa sebelum sampai Universiti Kebangsaan Malaysia dan setelah sampai UKM ni pada tahun 1983. Aku bersekolah rendah di SEK. KEB. LAYANG2 KANAN, PARIT PERAK. Masa sekolah menengah tahun 1973 aku masuk REMOVE CLASS di SEK. MEN. DATO' ABDUL RAHMAN YAACOB, BOTA KANAN, PERAK untuk beralih ke sekolah orang putih nak tau bahasa orang putih. Konon la. 1976 aku duduki PEPERIKSAAN Lower Certificate Education [ LCE ]. Lulus dan masuk FORM FOUR SCIENCE tahun 1977. Tahun 1978 duduki peperiksaan MALAYSIA CERTIFICATE EDUCATION, Science Class. Tahun 1979 bila keputusan keluar aku peroleh THIRD GRADE dalam MCE. Keputusan tu memang aku tak puas hati la. Ramai kawan2 dapat SECOND GRADE. Cuba cari keje masa lepas keputusan MCE tu tapi satu jawatan pun tak lekat. Ramai yang cakap mudah untuk dapat keje dengan sijil MCE ni. itu kata mereka. Aku mohon jadi GURU SARAWAK pun GAGAL. Bila semua peluang GAGAL masa tahun 1979, aku pun mohon ambil SPM tahun 1979 secara PERSENDIRIAN. Belajar sensorang la kat rumah dalam setahun tu. Terpaksa ambil SPM SASTERA sebab SPM SAINS aku rasa macam susah. Lagi pun kalau ambil jurusan sains aku kena hadir PEPERIKSAAN AMALI. Tentu sukar kan. Aku bukan dilahirkan untuk Kelas Sains kut. Dipendekkan cerita bila keluar keputusan SPM tahun 1980 tu...Alhamdulillah aku peroleh GRED SATU. Suka bukan main masa tu. Maklum la GRED SATU beb...hahaha..Lepas tu mohon masuk POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH dan mohon masuk MAKTAB PERGURUAN. Aku juga mohon masuk ITM. Politeknik panggil untuk masuk dulu. Tak sempat nak masuk MAKTAB PERGURUAN sebab Politeknik dah panggil dulu. Masa tu SATU je politeknik, takde pun politeknik yang lain iaitu POLITEKNIK UNGKU OMAR, politeknik tertua di negara ni tau..Aku diterima masuk untuk KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK tahun 1980 tu. Selama 2 tahun 3 bulan di Politeknik tu untuk dapatkan SIJIL. Masa belajar dapat biasiswa JPA. Lepas tamat belajar aku dapat surat tawaran untuk bekerja di UKM. Masa tu mudah sangat nak dapat keje. Dapat surat tawaran daripada JPA lepas tamat belajar kat Politeknik Ungku Omar Ipoh. Aku memang tak pernah keluar daripada negeri Perak, ini la mulanya. Sib baik kat KL ada adik beradik yang dah lama diam kat KL ni. Dari kampung terus KL dan tinggal bilik sewa dia dan rakan2 dia...Ada ramai jugak kawan dia tinggal ramai2 kat KL tu...aku pun dah lupa tempat tu entah wujud entah tak lagi hari ni, rasanya tak jauh pun dengan Bank Negara kalau tak silap. Jadi kawan dia yang bawak aku ke Bangi Lama sebab dia pernah tinggal dengan keluarga angkat dia kat Bangi tu. Rasanya perjalanan aku ke sini memang mudah, memang aku takde sedara mara pun kat Bangi ni. Jadi setelah kata putus dibuat maka aku pun tinggallah di Bangi Lama bersama sebuah keluarga yang tinggal dekat masjid Bangi tu. Baik sangat keluarga tu...moga ALLAH SWT masukkan kedua dua almarhum dan almarhumah kedalam syurga tanpa siksaan kubur dan siksaan Mahsyar dan siksaan Neraka...Aku mendaftar sebagai staf Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 November 1983. Macam2 la asam garam kehidupan aku rasai, maklumlah merantau dan duk kat Bangi Lama tu. Bukan senang duduk di rantauan ni...ewah....maklumlah semuanya atas diri sendiri, buruk pun usaha sendiri dan baik pun usaha diri kita sendiri gak. Kita kena pandai bawak diri dan pandai buat segala pertimbangan dengan sewajarnya. Umur aku masa tu baru aje 23 tahun...Aku duk kat situ sampai tahun 1986 kemudian aku pindah ke Teras Jernang, lebih hampir dengan UKM. Duduk satu rumah bujang dengan Zainal staf Unit Pembangunan UKM. Masa bujang ni selalu turun KL. Saja je turun KL naik bas. Kat KL merayau aje sensorang...ada masanya kami reramai berbuka puasa kat KL..
Aku jugak pernah duduk serumah dengan Sdr. Kamarul sebelum dia sambung belajar di UiTM di Perak tu.......Tahun 1990 aku pindah kembali ke Bangi Lama dan menetap di Taman Bangi Indah. Dah beli rumah masa ni. Masa tu dah ada bini dan anak anak. Kawin umor aku 28 Tahun. Sampailah sekarang aku menetap di Taman Bangi Indah ni...duk di sini daripada sikit orang hinggalah ramai orang di sini setelah tumbuh bermacam macam taman perumahan kat sekitar sini. Dulu taman perumahan sikit aje kat sini...sekarang ni dah bersepah...siap ada pasaraya lagi tu...kedai kedai usah cakap la...mana mana pun ada....Dah semua ada kat sini. Dah ada taman perumahan baru bagai cendawan kat sini. Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bangi Avenue, Southville dan banyak lagi la sekitar situ. Bangi Water Park pun dah ada. Memang dah penuh dengan taman perumahan kat berhampiran situ sekarang...Bila dah banyak taman perumahan, tentu la sesak dan jem je selalu kat situ...Itu yang stress tu...
![]() |
taman negara |
![]() |
ekspedisi hutan simpan ukm bangi..sebelah aku sdr. shahrul |
Kajang masa tahun 1980an tu, merupakan pekan tak besar sangat pun...Pasaraya yang ada masa tu Billion aje...kemudian baru wujud Ocean dan Parkson..Dulu selalu gak pi Kajang untuk shopping sebab kat Kajang aje yang ada pasaraya masa tu...Selain daripada itu aku sering naik bas ke KL, singgah Pudu Raya, la ni stesen bas bukan kat Pudu Raya lagi kan...Masa tu pi memana semua naik bas...kat KL selalu pi Bukit Bintang...masa tu tenaga kuat, pi mana pun kat KL tu berjalan aje dari stesen bas utama di KL tu.....saden aje takde pape..
Sekarang ni aku pun dah tak tau apa ada kat Kajang tu sebab da lama tak pi...Bandar Baru Bangi dulu simple sangat...tak banyak fasa pun...Sekarang ni jangan cakap la...sentiasa aje jem...nak masuk Bandar Baru pun susah...dah malas pun nak masuk Bandar Baru Bangi tu......La ni aku lebih banyak pi ke Nilai Negeri Sembilan, lebih dekat dengan rumah pun. Dulu masa baru sampai Bangi Lama 1980an...hanya bas aje yang aku gunakan untuk memana...kenderaan pun jarang je...Jalan UKM ke Bangi Lama gelap aje dengan kebun getah...lama lepas tu baru ada kelapa sawit....Masa nak balik ke Bangi Lama memalam buta pun takut kalau masa balik keje tengah malam tapi harung aje la sebab itu aje jalan yang ada...takkan nak ikut highway pulak kan....Masa duk Teras Jernang pun sama jugak takutnya...gelap aje jalan bila malam....Jalanraya masa tu memang jarang kenderaan pun, tak seperti hari ni...Dulu boleh katakan kita boleh baring2 atas jalanraya tu....sebab kenderaan jarang sangat, mungkin hantu pun bersepah bila malam...kut la...Sekarang ni jangan buat macam tu...sampai pagi pun masih ada kenderaan yang lalu lalang dan tak putus putus pun........Pernah jugak berlaku, bila balik keje waktu tengah malam ke Bangi Lama, ikut belakang bas last ke Bangi jam 11.30 malam kalau tak silap...ikut aje la belakang bas tu dengan motor hingga tiba di Kampung Bahagia Bangi tu..Bila tiba kat Kg Bahagia Bangi tu dah ok dah sebab banyak rumah dah tepi jalan...lawak kan...hahaha...Jalan Universiti Kebangsaan Malaysia ke Bangi Lama ditutup oleh rimbutan pokok Hutan Simpan UKM dan pokok getah kiri kanan jalanraya. Macam lalu dalam terowong. Sebelah atas jalanraya penuh dengan rimbunan daun pokok getah dan pokok2 Hutan Simpan UKM tu. Waktu siang pun redup..apatah lagi waktu malam..tentu la gelap giler waktu malam kan.
Hutan Simpan UKM berada betul betul sebelah jalanraya. Itu sebab kawasan tu gelap giler pada waktu malam. Bukan ada lampu jalan pun kat situ. Memang gerun kalau lalu situ waktu malam. Lagi pun ada dengar mereka yang pernah jumpa hantu di kawasan tu. Lagi la rasa gerun.
Rasanya memang banyak jin pun di situ. Sekarang ni pun masih gelap jugak kat situ. Tak tau nape pihak berwajib kedekut sangat nak buh lampu kat situ...kedekut sangat. Bukan susah pun sebab sekarang ni boleh pasang lampu solar kat situ yang tak memerlukan pemasangan kabel letrik....Negeri maju dan kaya tapi...lu fikir la sendiri. Fikir la sejak aku duk Bangi Tahun 1983, sampai sekarang takde lampu jalan kat situ..Lebih 30 tahun duk situ. Bahaya jalan tu. Sunyi sebab waktu malam takde lampu kat situ...apa la salahnya pasang lampu solar banyak2...Tak tau la tahun 2025 ni...udah banyak lampu ka di situ. Lama dah tak pi Bangi bila aku dah pindah ke Perak ni.
![]() |
program ISYAK di LANGKAWI 2007 |
![]() |
rakaman TNEC 2009 RASANYA... |
Mula keje, aku naik bas dari Bangi Lama ke UKM...kalau tak silap aku, tambang bas tu cuma beberapa sen aje dari Bangi Lama ke UKM. Beberapa bulan lepas tu beli motor cup buruk pun..dengan moto tu lah aku berulang pi dan balik keje...banyak jasa moto tu...Ada motor senang sikit pi keje dan
tak perlu pun berhimpit himpit dalam bas masa balik dan pi keje...Bas tu pun bas tua aje, macam2 bunyi dalam bas tu, maklumlah bas tua, skrew da banyak longgar kut...Namun gitu kena gak bersyukur kan...tapi tu la, aku lupa pulak sama ada aku bersyukur atau tak masa tu..ekeke...
Di Universiti Kebangsaan Malaysia aku diletakkan di Pusat Teknologi Pendidikan UKM tahun 1983. Masa tu Pengarah Teknik Pusat Teknologi Pendidikan ialah Chan Bing Fai. Masa tu jawatan aku sebagai Juruteknik..memang grad daripada Politeknik akan menjadi Juteknik J17 tapi sekarang ni jawatan tu da jadi Penolong Jurutera J29. Lebih seronok sikit kan......Mula keje aku tak tau nak buat pape pun, bantu aje keje keje juruteknik video yang lain, yang lebih senior...Masa tu juruteknik di Pusat Teknologi Pendidikan ialah abang Jalil, Kamarul Baharin dan juruteknik rendah almarhum Haji Ramli...Sekarang jawatan juruteknik rendah dah dimasuhkan....semua naik ke juruteknik dan seterusnya penolong jurutera.
Tak lama aku di Pusat Teknologi Pendidikan aku dihantar ke Dewan Kuliah Utama untuk membantu almarhum abang Fadzil yang bertugas di sana. Tugas di sana ialah menyediakan alatan bantuan mengajar dan mikrofon untuk kuliah dan pelbagai program yang diadakan di dewan kuliah tersebut. Sekarang ni dewan kuliah utama tu dah dikenali sebagai dewan Anwar Mahmud. Alatan teknikal di sana semua dikendalikan oleh kami dari Pusat Teknologi Pendidikan. Beberapa lama kemudian aku sorang aje yang bertanggung jawab mengendalikan alatan audio dan tayangan kat dewan tu apabila almarhum abang Fadzil kembali ke Pusat Teknologi Pendidikan UKM. Jadi sejak itu aku yang sediakan mikrofon dan on kan sistem audio di sana untuk kuliah harian dan sebagainya. Bukan itu aje...aku juga bertanggung jawab menyediakan mikrofon untuk program program seperti ceramah agama, forum dan sebagainya di dewan tersebut. Aku juga mengendalikan Tayangan Filem 16mm masa tu bila diminta. Fikir la kalau satu reel habis kena tukar reel yang baru untuk ditayang. Masa tukar reel ni pun risau jugak kalau ada masalah bila reel di run kan untuk sambung tayangan. Satu tayangan filem ada kalanya menpunyai 2 atau 3 reel...Peluh juga weh bila penonton sedang tunggu untuk tayangan sambungan...hahaha..Berharga jugak la pengalaman tu...Banyak sangat program di sana bukan siang aje tapi jugak malam serta hari cuti Sabtu atau Ahad...memang banyak keje masa tu...ot tu kami takde had pun masa tu, yang penting keje dibuat tanpa soalan....ewah...tanpa soalan...Ramai jugak staf lain yang aku ajak keje dengan aku di Dewan Anwar Mahmud tu termasuk sdr. Kamarul, Haberi dan almarhum Haji Ramli. Memang banyak sangat keje kat dewan tu dulu. Kerja Lebih Masa pun banyak dan takde had masa tu. Ceramah agama pun sering dibuat disitu. Ceramah tu anjuran pelajar. Biasanya hujung2 minggu. Ustaz yang popular masa tu PAK YAZID...almarhum lama dah dia tu....Banyak jugak la pengetahuan agama Islam yang aku peroleh masa ni. Bukan saja pelajar je yang mendengar, aku pun turut sama mendengar isi ceramah agama oleh setiap penceramah tu.
Masa tu ada dua buah dewan yang besar di ukm iaitu DEWAN CASELOR TUN ABDUL RAZAK yang di tepi jalan BANGI - KAJANG dan dewan kuliah utama atau DEWAN ANWAR MAHMUD sekarang ni....ANWAR MAHMUD tu PENDAFTAR UKM yang dulu-dulu...Aku pun belum ada lagi di UKM masa era Pendaftar tu...
ULU DONG RAUB PAHANG...sdr. ali almarhum haji ramli dan siti suraya sulaiman |
ULU DONG, RAUB PAHANG...2010 kalau tak silap...aku, sdr. ali, prof. jumaat, almarhum hj ramli dan cik shukri... |
![]() |
ulu dong raub.. |
Di Pusat Teknologi Pendidikan aku pernah berpengarahkan pertama Chan Bing Fai, Dr. Rudin Salinger, Ahmad Jafni, Dr. Halimatun, Prof. Kamaruddin....itu masa di Pusat Teknologi Pendidikan..Masa di Penerbit UKM pulak ialah, En Hasrom, Prof Datuk Abdul Razak dan Prof. Dr. Kamaruddin. Masing2 punyai karekter masing masing sebagai Pengarah. Masa dulu kami guna punch card untuk masuk dan keluar keje...tak tau la sekarang ni, masih adakah lagi mesin punch card tu lagi...kat UKM memang lama dah tak wujud...aku pun tak ingat bila masa kami mula mula guna log in dengan komputer ni.
Masa Pusat Teknologi Pendidikan mendapat kelengkapan peralatan audio video bernilai satu juta RM daripada Grant Jepun untuk mewujudkan STUDIO UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, aku diminta untuk sama sama involve dalam unit yang berkaitan dengan video. Jadi keje keje di Dewan Kuliah Utama di gilir gilirkan dengan staf yang lain. Masa tu dalam grup audio visual ada beberapa staf iaitu abang Jalil, Kamarul, almarhum Haji Ramli, Aduka dan aku. Kami diketuai oleh Pembantu Teknik sdr. AZIZ AHMAD....Keje kami di studio UKM tu meliputi pelbagai tugas iaitu rakaman Multi Camera Production setiap program besar di dewan besar, DECTAR dan yang utamanya ialah Majlis Konvokesyen UKM setiap tahun tu.. Apabila DEWAN ANWAR MAHMUD diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM, maka kami tumpukan keje keje MULTIPLE CAMERA PRODUCTION [ MCP ] di DECTAR dan jugak keje keje rakaman video SINGLE CAMERA PRODUCTION [ SCP ] sahaja. Di studio jugak kami membantu menyediakan peralatan untuk latihan MCP pelajar Jabatan Media dan Komunikasi. Setelah sekian lama kami jugak turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk mengendalikan peralatan rakaman MCP berkenaan hinggalah berakhir pada tahun 2013 kut apabila mereka sendiri mempunyai studio MCP di Jabatan Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
![]() |
amali mcp pelajar pengajian media...2009 atau 2010 mungkin...ada foto almarhum hj ramli... |
![]() |
amali mcp pelajar pengajian media...2009 atau 2010 mungkin... |
Masa tu semua keje video kami yang buat sama ada dalam kampus dan diluar kampus, tu sebab kami dari UNIT AUDIO VIDEO PTP popular seluruh kampus. Kalau ada nak buat video dalam UKM, kami la yang dihubungi. Kami jugak buat tayangan video masa pelawat luar datang ke UKM sama ada di Bilik Senat atau Bilik Majlis. Dulu dulu Bilik Senat di kenali sebagai Bilik Jemaah....kalau tak silap..hahaha...Masa tu kami kenal Hajjah Juli dan sebagainya masa tu...masa tu kami ni masih muda...sekarang ni pun kami masih muda kalau bandingkan dengan yang berumur 80 tahun ke atas...ekekeke....opst!
- Di bawah ni diantara beribu video yang kami
terbitkan untuk UKM
Lagi contoh penerbitan video yang diterbitkan..
![]() |
rakaman kayuhan basikan dari upsi ke ukm, sempena 45 tahun ukm |
![]() |
kendalikan pengarahan mcp di dectar |
![]() |
sanggar keje di langkawi 2018 |
Tahun 1999 aku dapat peluang belajar untuk dapatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Komunikasi masa tu. Aku dapat belajar sepenuh masa dengan bergaji separuh. Bermulalah fasa belajar pulak. Aku amik bidang komunikasi...Major Komunikasi dan Minor Sejarah. Masa belajar lainlah pulak ceritanya. Masa ni memang aku dah ada bini dan ada anak anak....Masa ni tumpu aje la kepada pelajaran. Tiga tahun belajar...berulang alik la aku pi kelas dari Bangi Lama ke UKM. Bila masa nak siapkan projek video tu kadang kadang balik ke rumah awal pagi...lalu aje la jalan sunyi dan seram menuju Bangi tu.. Masa ni la aku kenal rakan rakan yang muda2 daripada aku satu bidang pengajian...Pengajian Media dan Komunikasi iaitu RAZIF, ISMA, FIZA, NIZA, JAMILAH, GHAZALI, MAT FAT, NOORUL HAWA, MAT ROTU, NUYU...rasanya itu aje kut...Maknanya mana yang aku ingat ni tentu aku pernah akrab dengan dia orang...Dia orang masa tu muda2, baru kuar dari sekolah...Aku masa tu da usia banyak tapi...belum tua sangat pun...la ni pun belum tua...cuma lama aje kut...hahahaha...oopst! Masa belajar tu jugak aku jumpa Juruteknik 'garang' si Bad tu..'Bad' tu panggilan kebanyakan pelajar Masscom masa tu...hahaha...tapi la ni dia dah jadi Pensyarah KUIS tentu dah tak garang dah kut...hahahaha...Walaupun 'garang' namun dia amat membantu para pelajar yang bernaung bawah Pusat Pengajian kami tu...bidang Media dan Komunikasi....Bad, staf yang sering ikut pelajar ke lapangan...mana mana aje.......
![]() |
masa rakaman video POS GOB dengan sdr. kamarul.... |
![]() |
tasek chini pahang...pusat penyelidikan...2017 kut |
Banyak kenangan yang indah dan tak berapa indah masa belajar ni..Yang tak indahnya ialah sebab kena belajar, kena gerak sana sini, kena pi sana pi sini, sama ada pi kelas dan pi cari bahan di Library...tapi tula kan, dah namanya belajar...Kelas bukan setakat siang, malam pun ada, jadi kena laaku berulang dari Bangi Lama ke UKM tu....
Kenangan yang indah tu memang banyak jugak, bila da bercampur dengan pelajar lain tentu macam2 cerita yang timbul. Masa ni memang seronok, memang enjoy walaupun kepala masa itu terbeban dengan maklumat..Aku masih ingat beberapa perkara yang seronok gak masa belajar tu iaitu berkaitan dengan penerbitan filem atau video..Ingat lagi aku, kami reramai bermalam di tepi pantai Klanang Banting untuk membuat rakaman nelayan di situ...sepanjang malam kurang tidur..tidur bawah khemah aje..Aku lupa video tentang penerbitan apa. Aku masih ingat jugak involve dalam penerbitan drama yang mana diselitkan tarian dan lagu hindustan. Aku involve dalam rakaman...ingat lagi Ghazali yg sado pikul Jib Arm...berat beb...usung ke sana sini...Aku jugak ingat rumah aku jadi lokasi shooting drama rakan rakan sepengajian...Aku ingat lagi kena stayback di Jabatan Komunikasi untuk tunggu video siap disunting...kami ramai ramai ada di Studio Jabatan Komunikasi...aku balik rumah kat Bangi Lama waktu dinihari dalam gelap gelita dan melalui jalan UKM ke BANGI lama yang banyak hantu tu...ekekeke...tapi tak pernah pun aku jumpa hantu kat situ hingga hari ni pun...ooopst!
Masa tu kat Jabatan Komunikasi orang kuatnya sdr. Shuhaimi dan si 'bad' yang garang tu la...kalau takde dia orang memang susah la para pelajar Masscom, jawabnya...Pensyarah Masscom kami masa tu ialah Dr. Rahmah [almarhum], Dr. Asiah Sarji, Raja Ahmad Alauddin [almarhum], Puan Arfah dan...arrr...lain2 aku lupa dah......
![]() |
train mcp pelajar intern tahun 2013 rasanya....5 orang di belakang tu pelajar intern yg tudung kuning senyum lebar berdiri tu bukan intern.. |
![]() |
kendalikan rakaman mcp...lupa bila... |
![]() |
keje editng, lupa tahun bila.. |
Aku ingat jugak masa kami buat rakaman Perayaan Thaipusam di Batu Cave tu untuk sebuah program video yang aku lupa apa tajuknya. Aku jugak ingat masa buat video untuk subjek 'kewartawanan siaran' dengan Ros yang sekarang ni dia ada kat RTM tu...Aku ingat jugak menghasilkan video iklan tongkat ali, aku jugak ingat aku hasilkan secara grup video eksperimental LGBT yang tak berapa erotik tu...aku jugak ingat penerbitan MCP kumpulan aku di STUDIO UKM tu dan aku salah sorang daripada krew kamera masa tu..
Aku jugak ingat malam Festival Filem dan Penyiaran Pelajar ke 10 di dectar tu..dan kami juara keseluruhan malam tu...dan...ada banyak yang lain lain yang aku tak ingat pun lagi...tapi tu lah, belajar masa tu memang enjoy aje walaupun banyak keje sesangat..Yang paling aku terkesan, kami dalam pengajian media ni amat rapat di antara satu dengan yang lain...memang rapat sangat...mungkin salah satu faktornya ialah kerana banyak kerja2 penerbitan video dimana kami perlu berkumpulan dan juga perlu ada kawan kawan lain untuk bantu membantu menyiapkan sesebuah video....rasanya itulah kut...tu sebab kami rapat.....Kami semua grad pada tahun 2002...rasanya semua berjaya dan ada yang meneruskan pengajian hingga peringkat yang paling tinggi...Tahniah kepada MILAH, ISMA dan RAZIF yang berjaya keperingkat PHD...Title DR. da sekarang...Bagi aku cukuplah setakat Ijazah Pertama je..Ijazah Sarjana Muda, Secong Class Upper...tapi tak pernah dapat Anugerah Dekan pun...Alhamdulillah juga la......Sekurang kurangnya aku dapat merasai bagaimana rasanya belajar untuk dapatkan segulung Ijazah...rasanya gitu la kut...sekarang ni..da pencen da punnnnn......
![]() |
foto untuk hari raya..2018 |
rakaman ucapan raya di masjid ukm foto kmarul 2018 |
![]() |
rakaman ucapan raya di hukm..kiri sekali pengarah hospital tuanku muhriz..2018 |
Tahun 2002 aku masuk keje kembali setelah tamat belajar. Kali ni Pusat Teknologi Pendidikan telah 'dinikahkan' dengan Penerbit UKM dan kami duduk di bangunan baharu iaitu bangunan Penerbit UKM. Macam biasalah bila dah bekerja kembali tentulah buat keje kan...Bos aku masa ni Encik Hasrom kemudian Prof. Dr. Abdul Razak dan akhirnya Prof. Dr. Kamaruddin. Masa ini banyak keje keje video yang kami buat..
Rakaman Penyelidikan Tasek Chini...Masa ni kami tidur dalam khemah PLKN aje, mandi air kolah...masa tu aku dengan almarhum Haji Ramli, jurufoto pula Sdr. Ikhwan Hashim. Lama jugak kami kat situ, seminggu kut, line tepon pun takde...dah la duk kat hutan Tasek Chini tu. Kami jugak banyak buat rakaman Program Mobiliti Pelajar...Masa tu merata rata kami pi...hingga Sabah dan Sarawak serta Taman Negara lagi tu...
![]() |
tak tau krew konvo taun bila... |
![]() |
konvo 2018..grup rakaman mcp- foto mimi |
![]() |
konvo 2018 grup rakaman mcp... |
Dalam tahun 2008 ke atas kalau tak silap aku..kami terima staf baru iaitu...Sdr. Shahrul, Jasril dan Siti Suraya...Kami berharap staf muda dan baru ni akan terus memajukan Unit Video di masa depan. Masa ni dalam UAV ialah aku, Kamarul, almarhum Haji Ramli, Aji Ruhaizad, Shahrul, Jasril dan Siti Suraya. Itulah grup video kami. Semua keje rakaman video kami buat sama ada single camera dan jugak multipple camera...semua kami buat. Rakaman mcp macam biasa, siang dan malam termasuk rakaman Majlis Konvo tiap2 tahun tu...Kami jugak buat rakaman penyelidikan Rafflesia di Hulu Dong Raub Pahang. Kawasan Hutan Simpan. Masa tu kami tak tau pun berkaitan Ladang Haram Musang King tu. Da pencen baru aku tau. Masa itu la kenal pegawai perhutanan EN. SHUKRI tu..Selalu jugak kami pi ke sana...Cik Siti Suraya pun pernah pi ke sana...Maknanya segala keje keje rakaman video kami buat dengan sebaik mungkin..
Akhir sekali...tahun 2013 Penerbit UKM dipisahkan daripada Unit Grafik, Unit Cetak dan jugak Audio Visual. Penerbit UKM cuma tinggal Penerbit UKM sahaja iaitu berkaitan penerbitan buku buku je. Unit Audio Visual diletakkan di bawah Pusat Komunikasi Korporat sementara unit unit lain terbubar dan kakitangannya di letakkan dibawah jabatan dan pusat pusat yang berasingan....apa boleh buat laaa.....
Kami daripada unit audio video diletakkan di bawah Pusat Komunikai Korporat hinggalah aku bersara pada hari ini......gitu la citenya......huhuhu...Aku bersara semasa jawatan sebagai PENERBIT RANCANGAN....
SELAMAT BERSARA UNTUK AKU.....
rakaman scp di kedah..2018 kut..aku, ikhwan dan saniy, staf baru masuk 2018... |
![]() |
rakaman untuk pusat citra- dr muzaphar sbg host..2017 kut..dari kiri cik asmahanim, cik suraya, en. matnoor, sdr. izwan dan sdr. shahrul...depan tu aku la.. |
Sebelum aku tamatkan coretan ini, aku doakan moga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa setiap kali lepas solat sentiasa doakan moga ALLAH SWT luaskan kubur kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mentua kita dan ALLAH hindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga dan kekal di dalamnya...aamiiinnnnnnnnn......