Wednesday, February 20, 2019

Ke UKM lagi hari ni...

Dairi Daud - Hari ni khamis, 21 feb. 2019...aku pi ukm lagi. Aku pi ukm atas  dua sebab utama. Pertama untuk pi checkup kat pusat kesihatan ukm. Aku memang selalu 
check up kat situ. Kedua aku nak pi opis admin di bangunan canselori
sebab ada borang yang perlu bos aku tandatangan
untuk tujuan pencen aku tak lama
lagi tu...........
Tapi sebelum tu aku kena
hantar isteri aku kat sekolah kebangsaan bangi
sebab ada hal dengan pihak sekolah. Isteri aku kena tandatangan sesuatu
di sekolah tu sebab dia dulu dilantik sebagai pemeriksa kira2 pibg sekolah kebangsaan bangi. Masa tu memang kami ada anak bungsu masih sekolah kat situ.
La ni anak bungsu dah pun ada di tingkatan satu.....
Selesai kat sekolah kebangsaan
bangi aku terus hantar isteri ke tadika surau tu...Kemudian aku terus pi ke ukm...
  


Perjalanan ke ukm pagi ni ok aje sebab dah jam 9.00 pagi tentu dah tak jem macam awal pagi...lancar aje pi ke ukm tu. Aku terus tuju ke pusat kesihatan ukm.
Pi ke kaunter amik nombor...aku mohon untuk jumpa
dengan dr. jawhar. Staf kat kaunter
tu kata boleh jumpa tapi kena tunggu la sebab ada 3 atau 4 pesakit lagi
yang tunggu giliran. Jadi sabar aje la tunggu kat situ. Dr. Jawhar ni bila jumpa pesakit agak
lama jugak sekurang kurangnya 15 minit kalau tak pun lebih. Aku tunggu
kat situ lebih kurang 45 minit baru turn aku muncul....
Aku tak pasti dr. jawhar ni bangsa apa,
mungkin bangsa burma kut..kut la.. dan aku suka
jumpa dia sebab teliti dan cerewet sikit....mula dulu memang tak suka jumpa
dia tapi lama2 pandangan aku jadi begini ' yang cerewet periksa kita, bermakna dia amik berat dengan kesihatan kita..' Tu sebab aku dah sering jumpa dia, lebih selesa
 jumpa dia........Bila turn aku muncul aku pun masuklah dan seperti biasa
 mulalah segala temubual dengan doktor jawhar tu....turn aku
 pun lama jugak lebih kurang 15 minit jugak.
Malas aku nak kongsikan apa hal aku jumpa dia cuma aku nak kongsi satu je iaitu kali
pertama dia cek darah aku 147/ 70an tapi kali kedua dia cek darah aku
 140 / 70an...Dia kata agak ok la tu.....Maaf, itu aje yang aku 
mampu kongsikan dengan pembaca.
..hahahahahahaha.....


Selesai aje di pusat kesihatan ukm tu maka aku pun
 mulalah untuk gerak ke opis admin pkk di bangunan canselori. Aku parking
 kete di dectar aje...nampak macam penuh tapi mujurlah ada kosong satu, jadi aku masuklah parking lot tu...Lepas tu kenalah menapak ke bangunan canselori tu, jauh gak, rasanya dalam 200 meter gak tu....


Tiba di opis admin tu..masuk...ucap salam..eh! ye ke aku ucap salam, terlupa pulak aku...hahaha....opst! Tak ramai staf di admin tu...yang aku ingat hajjah juli, 
cik anne dan puan fairuz...itu aje yang aku nampak....oh! sdr. samm
 pun ada....dengan sam ni kena jauh 3 meter...ekekeke..
Aku tanya hajjah juli yang aku nak tandatangan bos. 
Aku tanya boleh
pegawai lain ke. Hajjah baca dan dia kata bos yang
kena sain tapi bos mengiringi naib canselor pi mengadap Cabselor di
Istana di negeri sembilan....jadi aku tinggalkanlah borang tu kat hajjah juli. Dia akan 
wassap bila bos dah siap sain nanti. Kemudian aku pun ucap terima kasih kat hajjah juli dan terima kasih la pada semua... Seterusnya aku pi dengar bicara persada berkaitan pilihanraya semenyih. Ramai jugak panel yang  dijemput iaitu dari bn, 
pas, ph dan seorang ahli akademik. Program tu dah
 berlangsung sejak jam 9.30 pagi lagi..



Aku dengar bicara persada tu hingga habis...banyak maklumat, banyak lupa...hahaha.. Aku dapat tau program melalui fb ukm. Aku pun ada bertanya pada siti suraya
 sulaiman sama ada dia buat live atau tak..Dia kata ada buat...
namun sebab aku dah ada di ukm maka aku hadir
 la ke situ...kalau tak hadir memang cadang aku nak tonton live kat fb ukm aje...

Jadi aku buat buat kesimpulan daripada apa yang aku dengar
...maksud aku dalam pilihanraya semenyih la ... bukan dalam bab yang lain...Aku pun amik
apa yang ahli akademik kata tu...iaitu prof. agus....PH agak sukar nak menang di
semenyih walaupun tak mustahil untuk menang. Faktornya ialah
banyak perkara yang tidak selesai terutama bab
manifesto yang masih banyak tak
terlaksana sampai hari ni...dah sembilan bulan pegang kerajaan...Aku sokong jugak pandangan prof. agus ni yangmana dia kata ramai menteri PH ni tak 'perform'...
memang aku setuju...cuba la nilai sendiri melalui media media...
...selalu sebut kesilapan kerajaan
lama tanpa cipta penyelesaian yang jitu terutama untuk 'PERUT RAKYAT..'
Opst! jangan nilai tulisan aku ni dengan persepsi yg negatif
...gunakan akal untuk menilai semuanya......

dgn en matnoor...
penuh gak tu...kalau student tak cuti mesti tepu persada canselori ni...
Aku setuju dengan pendapat prof agus tu...manifesto banyak yang tak tertunai...pada aku kalau kita nak kuasai hati rakyat supaya sokong kita ialah 'JAGA PERUT RAKYAT'
Sama la jugak  dengan suami...kalau isteri nak tundukkan
SUAMI ialah dengan cara 'JAGA PERUT
dan BAWAH PERUT SUAMI'...hahahaha...opst!  tak gitu....hahaha...


Itu aje la serba sedikit yang dapat aku kutip...Terima kasih la kepada siti suraya sulaiman sebab buat live tu...sempat la aku tonton lagi bila dah ada kat rumah ni.....Jadi 
oleh itu kita tunggu aje la apa yang akan berlaku di semenyih nanti..
...ia boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk piliharaya
 kecil atau umum nanti...tapi, aku pun tak ngundi kat semenyih tu...hahaha...opst!
Lepas ni kat RANTAU NEGERI SEMBILAN pulak.....Kalau nak tonton program ni secara penuh sila pi


....ada jugak...

DI SINI

Masa aku hadir program tu sempatlah aku jumpa kenkawan di sana en matnoor, staf muzium kat canselori tu iaitu aidil dan pegawai dia yang aku lupa nama
tapi kenal sangat muka...Sempat la aku jumpa cik siti suraya
sulaiman, izwan...tapi tu la, macam mana boleh lupa selfie ngan dia orang...
hahaha...Dan sebelum tu aku dan en. matnoor sempat la salam dengan mantan naib canselor ukm, PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI...masa dia lalu berhampiran kami.....sempat jugak la tengok dari jauh Naib Canselor UKM yang sekarang ni.......hahaha...jadi la...

duduk depan kami kiri sekali tu NC baru, sebelahnya TNC HEPA...
masa ni da abis....
Selesai aje kat situ dan program pun da abis maka aku pun tinggalkan ukm bangi untuk balik ke bangi lama....

Sebelum aku tamatkan coretan ni...aku harap moga kita semua sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita dan jangan lupa lepas solat doakan supaya
kubur ibubapa kita dan ibubapa mertua kita ALLAH luaskan
dan hindarkan mereka semua daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan mereka
semua ke dalam syurga yang kekal abadi.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi singgah ke ofis td. Sejak da nak pkai title berpencen ni kemain bela rambut panjang ye. Hehehe. Moga² anti singgah lg (bwk la buah tgn...optsss! Hehhee)

    ReplyDelete

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...