Friday, February 8, 2019

Sejam Pertama Panaskan Badan..

 Hari ni Sabtu, 9 Februari 2019...semalam aku memang plan nak pi tasek ukm untuk sesi peluhkan badan untuk sejam kedua minggu ni. Minggu depan mula balik sejam
pertama ...minggu depan la..Pagi ni agak terlewat bangun, ni kes
terpencil, memang jarang bangun lewat walau
pun aku dah hampir pencen...
Masa keje aku bangun biasanya 15 minit
sebelum pukul 6.00 pagi...aku memang awal pi opis...Da hampir
pencen pun memang biasa bangun awal, selewat lewat pun sebelum jam 6.30 pagi...Tapi hari ni kes terpencil...solat subuh pun da hujung waktu...sib baik tak
lepas waktu. Setiap solat memang wajib dijelaskan..wajib..
Berdosa besar kalau tak solat walau satu waktu.


jam lapan pagi lebih..
trek...

 Pernah dengar dan
baca, kalau kita tinggal satu waktu solat, 80,000 tahun
duk dalam neraka. Sehari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia,
bayangkan kalau 80,000 tahun duk dalam neraka...tentu masak giler kan...itu baru satu waktu solat...sehari ada lima waktu....Kalau ikutkan bacaan...neraka ada 8 tingkat dan pintu...Antara nama neraka tu ialah JAHANNAM...SAQAR dan lain2...Apinya amat panas, dikatakan 70 kali lebih panas daripada api yang paling panas kat dunia ni..Apinya bewarna
gelap...ada juga gambaran neraka seperti pengukus yang bertutup
...amat amat luas neraka ni untuk menampung penghuninya yang
ramai bermula daripada manusia zaman nabi Adam hingga ke hari kiamat. Dikatakan
jugak penghuni  neraka, yakni manusia bertubuh besar besar belaka, melebihi
besar bukit bukit....
Tuhan jadikan penghuni neraka besar besar sebab untuk memberikan
siksaan yang lebih maksima pedihnya...logik la kan bila permukaan lebih besar tentu lebih banyak deria rasa dipermukaan kulit dan tentu sakitnya lebih banyak. Bila kulit
 hangus akan diganti dengan kulit baru oleh Allah swt sebab pada
 kulit tu terdapat deria2 rasa untuk merasai sakit siksa neraka tu...logik kan...?
Jadi hindarkanlah diri kita daripada dimasukkan ke dalam neraka
 tu...ea...opst! macam kuliah agama pulak..hahaha...
Kembali semula ke cerita diri aku ye...hahaha...




Aku tiba di tasek ukm tu lebih kurang jam
8.15 pagi...dari bangi lama tak jem pun sebab hari ni
hari cuti...Aku pi sensorang aje pun sebab isteri aku ada program senamrobik
dan lepas tu ada pengajian kitab kat surau pagi ni...Jadi aku pi sensorang aje la...Tiba tepi tasek ukm tu, aku pun kuar dari kete. Aku tengok ada dua orang yang sedang
duduk kat benteng parkir tu, sorang lelaki dan sorang
pompuan, mungkin dia orang dah selesai
beraktiviti kat situ kut. Muda lagi pun...dia orang sembang sembang aje..
rasanya bukan laki bini sebab dia orang duk renggang lebih kurang satu kaki setengah...aku kalau duk dengan isteri aku mesti rapat rapat taklah renggang macam tu..hahaha..
...jadi dia orang bukan laki bini la tu......rasanya la....Tapi untuk berbaik
sangka anggap aje dia orang laki bini....nanti kalau silap
tafsir kita jadi pengumpul dosa pulak...kan..kan...
kan....hahaha.....






Seterusnya aku hidupkan applikasi kat hp aku untuk kira masa dan jarak
aku berjalan tu. Bila da dihidupkan maka aku pun mulalah berjalan. Ramai jugak kali
ni yang beraktiviti kat tasek ni. Ada yang berjalan, ada yang berjoging dan ada yang cuma buat work out kat tepi trek tu. Aku memang plan nak berjalan sejam tanpa henti
kat tasek ni dan memang itupun yang sering aku lakukan setiap
kali datang sini. Aku amik masa lebih kurang
10 minit untuk satu pusingan sejauh lebih kurang 0.8 kilometer....
Masa aku buat dua kali pusingan tu...lelaki dan pompuan yang bersembang kat parkir tadi dah belah dah. Masa aku berjalan ni terdapat sorang lelaki dan sorang
pompuan joging tak henti henti...mungkin dia orang buat
tiga atau empat kali pusing kut...kemudian dia orang blah...muda muda aje dia orang tu...tentu masih kuat nak berlari...aku dah tak boleh lari, berjalan aje la.....
Hari ni aku buat aktiviti berjalan tu complete sekeliling tasek tu sebab
hari ni cuti jadi cafe tepi tasek tu tutup dan boleh la aku lalu kat situ tanpa
sape pun kenal aku ... kalau tak, kalau cafe tu bukak pepagi lagi
da ada pelanggan dan jika ada yang kenal aku tentu dia orang akan panggil nama aku nanti..jadi, hari ni aku berjalan sejam dengan mengelilingi tasek tersebut
sampai tamat........


cafe ukm...




Masa aku berjalan tu...ramai yang datang silih berganti ke situ...bila mereka selesai dengan aktiviti mereka maka mereka pun tinggalkan tasek tu. Aku masih lagi berjalan.
Ada jugak yang datang bersama isteri dan anak anak...Ada sorang
bapa tu bawak anak dia berjoging sekali atau dua
kali pusing kemudian dia orang blah..
Ada satu keluarga tu datang 3 orang, anak lebih kurang sekolah rendah dan isteri
..dia sorang aje yang berjoging mungkin dalam lerbih kurang 3 pusingan kut...dah berumur jugak rasanya...berjanggut dan kepala bahagian atas dah takde rambut
...pada aku di kawasan bangi yang banyak IPTA dan IPTS
ni..tentu yang mempunya profail fizikal macam
tu tentu seorang pensyarah kut...mukanya pun kelihatan macam tu
...dah banyak usia tapi lebih muda dari aku...mungkin hampir 50 tahun rasanya...isterinya
main dengan anak dia tepi tasek tu...pompuan yang berpakaian jubah
muslimah.....Masa dia orang blah, aku masih lagi di situ....





Ada sorang orang muda lelaki, masa aku sampai tu dia buat work out kat lokasi beraktiviti di tepi trek tu...lama dia buat work out. Masa aku berjalan kat trek tu aku sempat
jeling sticker kat motor dia...nampak sticker GMI 2018..maknanya
dia pelajar German Malaysia Institute yang
letaknya berhampiran dengan ukm dekat dengan stesen komuter
ukm...ukm pun ada stesen komuter weh! Mana ada universiti lain yang ada stesen
komuter, sila namakan....hahaha...opst! Maknanya tasek ni bukan saja di kunjungi oleh warga ukm, malah jugak warga luar ukm....memang ukm galakkan orang luar
masuk kampus ukm...kenal dengan ukm...kenal dengan universiti
kebangsaan malaysia ni....hahaha....

Masa aku beraktiviti di tepi tasek ni terpandang aku dua kawasan rumput yang telah dikorek korek rumput dan tanahnya....dari pengalaman aku kalau rupa tanah tu
sudah di gembur macam tu makna memalam tadi
mungkin babi hutan dah masuk ke sini
dan mengorek tanah tu untuk mencari cacing cacing la kut...Memang
kat hutan simpan ukm ni memang ada babi hutan, mungkin dia jelajah jauh cari makan malam tadi kut....macam manusia jugak cari tomyam sampai ke putrajaya
sedangkan di bandar baru pun banyak kedai tomyam .. hahaha...
apa boleh buat la.........





Ada beberapa bahagia trek digenangi air sebab semalam hujan lebat gamaknya. Banyak bahagian, kalau bukan musim hujan dalam 1 atau 2 kawasan aje. Rasanya kena
lakukan sesuatu untuk trek kat tasek ini terutama bahagian yang rosak
teruk tu...Trek tasek ukm ni memang macam ramai jugak
yang datang untuk beraktiviti di sini bukan saja
warga ukm tapi orang yang datang dari luar kampus ukm.....Rasanya
perlu jugak dibaiki untuk menjaga imej universiti...kan...kan...kan...

ada bahagian trek digenangi air...
ada trek yang rosak teruk..kalau dapat dibaiki tentu cantek trek ni kan....
bahagian sebelah trek yang diganggu babi...
kalau hujan semalam tentu berlumpur sikit kat sini...

Masa aku tamatkan aktiviti berjalan aku tu kerana dah cukup sejam berjalan, kat trek tu cuma tinggal satu keluarga aje yang berjalan atas trek tu bersama sama
...dia orang baru sampai sebenarnya....yang lain lain semua
dah takde...semua dah balik...Tamat aje aktiviti
aku tu maka mulalah aku snap foto
dengan hp aku sekeliling tasek tu...Tiba tiba...adoh..adoh...dalam
hati aje tu...ada rasa gigitan di leher...apa lagi secara spontan aku penyetkan...rupanya
kerengga...kemudia ada lagi dalam baju aku...cepat cepat aku penyetkan sebab
rasa sakit kat belakang aku..semua aku penyetkan...biasanya
kerengga ni kalau gigit ia mesti kuarkan cecair dari mulut dia masa gigit tu...sampai
sekarang aku tak tau fungsi cecair yang kuar masa dia gigit tu.....
Kerengga tu bukan aje gigit leher dan dalam baju aku tapi jugak siap masuk ke dalam seluar aku tapi sib baik sempat dibenteras dengan berkesan sebelum
ia teroka lebih jauh lagi...ekekekeke...opst!
Jadi nasihat aku kalau sape nak tangkap foto atau selfie kat tasek 
ukm ni...hati hati la, tengok keliling tempat berpijak sebab kerengga ni ada berhampiran atau atas pokok pokok tempat kita selfie tu..sakit ouww...kalau dia gigit....mungkin dia jugak
 boleh naik kat kita dengan aksi seperti spiderman dari atas pokok berhampiran
kita tu...gamaknya la...hahaha....






Selesai aje aku beraktiviti tu...terus tuju ke kete, masuk, hidupkan enjin dan gerak...masa aku tinggalkan tasek tu...memang dah takde yang beraktiviti kat situ..
cuma terdapat pekerja yang buat keje pasang pagar
kat situ...yang sedang kemaskan keje keje terakhir pasang pagar yang dah hampir siap tu...

da banyak usia kan...kan...



akhir aktiviti mampu buat 5.11 kilometer dalam masa lebih
kurang sejam....
Sebelum aku tamatkan kalam ni...aku doakan moga kita semua, tak kira sape akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa dosa kita hingga ke akhir
hayat kita semua...dan jangan lupa kita doakan setiap
kali lepas solat, supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita akan ALLAH SWT luaskan kubur mereka, hindarkan mereka semua daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan mereka
oleh ALLAH SWT ke dalam syurga yang kekal abadi.....
Jangan lupa jugak kita doakan jugak untuk rakan2 kita yang telah mendahului kita semua.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...