Thursday, February 7, 2019

Jumpa Lembaga hari ni dan singgah opis..


Hari ni Khamis, 7 Februari 2019...sibuk aku hari ni. Jam sembilan pagi lebih kurang aku pi jumpa lembaga kalau diterjemah 'monster' ke...hahaha...Aku pi jabatan hasil
di bandar baru bangi tu, seksen sembilan dekat masjid
hijau bandar baru tu...Baru aku tau rupanya
bangunan yang selalu aku nampak dari PLUS dan dari
ILIM tu inilah bangunannya. Baru ni la aku tau....dulu aku nampak aje dari jauh
dan sentiasa terfikir apa la fungsi bangunan tu. Dekat teras jernang pun ada bangunan ni...tapi tak tau apa pulak fungsinya...sebab aku takde urusan pape
pun kat bangunan tu...Bangunan yang tu memang
udah lama ada kat situ......

peta lembaga....
dalam bangunan lembaga sebelum nombor giliran dipanggil...
tu lah dia kaunter yang akan aku buat urusan...
selfie masa da kuar bangunan...
 Sebelum aku pi sini aku da google map dah tempat ni mengikut alamat dalam surat aku dari pejabat pendaftar ukm tu. Baru la aku tau bangunan tu kat situ. Nak pencen baru
tau bangunan ni. Aku tiba di bangunan tu lebih kurang jam hampir
sepuluh pagi. Disebabkan aku tak mahir sekitar bangunan
ni jadi aku parking aje kete kat jalanraya
depan bangunan tu...Lagi pun aku tengok banyak gak kete
yang parking tepi jalanraya tu. Jadi aku selit selitkan la kete aku kat situ. Da rasa
agak ok kete tu aku parking maka terus kuar dan 'lock'....

depan bangunan
belakang tu bangunan lembaga...
bangunan lembaga...
 Aku pun berjalan la menuju ke pintu utama pagar bangunan tu. Tinjau tinjau aje dan kemudian terus masuk. Aku nampak ramai yang masuk melalui satu
pintu bangunan tu jadi aku anggap la itu merupakan pintu utama
untuk berurusan dengan pihak lembaga ni....
Baru nak masuk pintu tu...pintu tu tinted, tak
nampak pun apa yang ada kat dalam, tiba tiba kuar sorang
pompuan, terus aku tegur. Dia tak perasan mulanya. Tanya urusan apa
kat situ...aku lupa apa dia jawab...hahaha...da tua rupanya aku ni...Baru habis tanya
datang dengan sape, tiba2 suaminya kuar daripada pintu bangunan tu...Apa lagi terus salam la...hahaha...Aku cite aku datang untuk urusan pencen yang ada kaitan dengan lembaga tu yang kena selesaikan. Dia kata kalau urusan pencen, lembaga
tu akan selidik agak 'detail' hahaha.... Sempat sembang sat dan kami
pun berpisah bawa haluan memasing. Dia orang sebenarnya jiran satu taman aku tu...dia laki bini da pencen pun, rasanya lama dah....

dalam opis aku ni....
bilik yang penuh nostalgia...la ni penuh dengan barang2 uac...hahaha...tak lama lagi tinggallah bilik ni...
foto ni jadi nostalgia la....
belakang tu rakan2 aku siti suraya, saniy dan en. matnoor...nampak sangat aku da tua kan...aku
penuh misai dan janggut putih...kat belakang tu masih muda, janggut misai masih hitam dan ada yang belum tumgnuh
misai dan janggut pun...ekekeke....
 Aku terus masuk pintu dan tengok ada barisan untuk beratur, jadi aku beratur aje la kat belakang yang lain lain. Tiba gilkiran aku... aku nyatakan tujuan aku tu
sambil aku tunjuk surat dari pejabat pendaftar ukm tu.
Dia baca kejab dan kemudian dia bagi aku
nombor giliran.
Masa aku tunggu tu aku tengok
ada beberapa orang yang sedang ada kat beberapa
komputer di tepi dinding dalam tempat aku tunggu tu. Aku tengok macam dia
orang sedang isi e filing kut. Aku memang biasa dengan efiling ni sebab aku memang guna e filing isi borang 'lembaga' tu...hahaha....
Dia orang sedang mendapat tunjuk ajar daripada seorang staf lembaga tu....mungkin dia orang tak isi e filing kut...harap2 tak lah gitu. Fikirlah kalau tak isi e filing bertahun 
tahun tentu akan ada masalah dengan lembaga tu nanti...silap2
banyak duit kita yang akan dicukainya nanti..

jadi nostalgia ni nanti....
hahahaha....
ni dengan grup unit audia video aku, sdr. shahrul dan sdr. jasril....
 Kemudian nombor aku dipanggil, rasanya tak lama pun aku tunggu kat situ. Aku bagi salam dan duduk depan pegawai pompuan kat kaunter tu. Kemudian aku serahkan
surat daripada jabatan pendaftar tu. Dia baca sat kemudian
dia mintak penyata tahunan pendapatan aku
untuk dua tahun iaitu tahun 2016 dan
2017. Laaa...sib baik aku bawak, kalau aku tak bawak
dah tentu urusan aku tu akan tertunda pulak...Aku perlu cepat sebab
aku akan pencen ujung bulan ni. Mungkin UKM tak lepaskan aku bersara kalau urusan dengan lembaga ni tak selesai. Alhamdulillah aku bawak benda tu. Aku jugak 
bawak cukai pendapatan aku selama 5 tahun tapi dia tak tengok pun
...dia kata dia boleh print daripada akaun lembaga tu nanti.
Kemudian dia kata urusan ni akan amik masa
2 minggu hari bekerja dan bila
dah selesai dia akan call aku. Dia mintak
nombor hp aku. Dia bagi pilihan sama ada dia akan pos ke pejabat
pendaftar atau aku amik sendiri. Aku kata amik sendiri...tu sebab dia kata akan call bila
siap nanti. Aku rasa kalau aku amik sendiri aku boleh terus hantar ke pejabat pendaftar ukm dan tak perlu pos, kalau pos tentu lewat sikit, nanti ganggu pulak urusan
bersara aku tu...ewah...hahaha...opst!
Selesai aje aku tanya ... ada apa2 lagi tak puan...dia kata itu aje...lalu aku ucapkan terima kasih dan keluar dari kaunter tu.
Kemudian aku terus kuar daripada bangunan tu..Sampai luar terus rakam foto dgn hp tu...selfie pun ada. Kemudian masuk kete dan terus drive jauh ke depan
untuk buat u turn dan gerak ke ukm. Cadang nak singgah opis
sat. Sebelum tu singgah kat gerai pisang goreng kat
shell bandar baru tu......

sdr. shah & jasril..
semua geng audio visual..sdr. shah, jasril dan saniy...
roadtax...
Tiba di opis, aku tengok dia orang sedang kemaskan partition memasing yang baru siap tu. Opis aku tu baru buat renovation dan dah siap sebahagiannya. Yang ada kat situ en matnoor, suraya, saniy, dan tak lama kemudian shah dan jas baru balik 
daripada minum kut... Aku tinjau aje la
dalam opis aku yang macam da serba baru tu.......

Aku pun masuk kat bilik aku tu untuk kemas apa
yang patut dan tak lama lagi aku akan tinggalkan bilik aku tu bila besara.
Aku pulangkan balik komputer suntingan aku ke bilik suntingan. Sebelum ni aku guna
untuk buat editing video dalam bilik aku aje. La ni aku kena pulangkan balik
ke bilik suntingan. Jadi aku kena kosongkan bilik aku sebelum
pencen. Banyak kenangan kat bilik tu...ewahhh...

Hari ni aku kemas sikit aje, nanti hari2 lain aku
akan datang lagi dan akan aku kemas lagi. Selesai aje kat
opis tu, sebelum balik sempat la aku snap foto dengan rakan rakan opis aku
tu...buat kenangan la tu...bukan tentu akan jumpa lagi di masa akan datang...manalah tau kan...hahaha....

Selesai aje terus kuar dan masuk kete untuk kuar dari ukm. Sebelum balik bangi lama singgah sat kat unikeb untuk amik roadtax yang aku dah urusan dengan
pihak unikeb sebelum ni.......


Apa apa pun sebelum aku tutup kalam ni aku doakan moga kita semua tak kira sape la akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga 
ke akhir hayat kita semua...dan jangan lupa selalu doakan untuk
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
supaya mereka diampunkan
oleh ALLAH SWT segala dosa mereka
serta dihindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat dan siksaan api neraka serta ALLAH SWT masukkan mereka semua ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi dan orang soleh serta solehah...
Doakan mereka semua selepas setiap selesai solat
..mereka memang menunggu nunggu doa
daripada kita semua....
Jangan lupa, doakan jugak untuk rakan rakan kita yang telah mendahului kita semua...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...