Monday, February 18, 2019

Bila detik bersara semakin hampir..

Diari daud-Hari ni Selasa, 19 Feb. 2019..aku pi opis sat, memang dah plan dari minggu lepas pun. Tujuan aku datang opis untuk selesaikan aset uav yang masih lagi atas
 nama aku serta aset pusat treknologi maklumat yang
 aku perlu selesaikan hari ni...

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM
 Gerak ke opis jam 9.15 pagi. Aku pi bandar baru
bangi dulu. Kat sana aku beli goreng pisang. Kemudian terus
gerak ke opis. Tiba di opis, yang pertama aku bersua ialah sdr. khalid. Lama
betul aku tak jumpa dia sebab dia cuti panjang berkaitan masalah kesihatan. Sembang panjang la kami di situ...Aku tak boleh nak kata apalah...masing2
punya nasib yang tersendiri. Dalam hati memang la
kesian bila dengar berkaitan kesihatan
dia tu...dalam diam aku doakan dia cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...sama2 la kita doakan eaaa...tak rugi kita doakan orang walaupun
kita tak kenal siapa pun dia...mungkin ada diantara kita
doanya lebih dan penuh berkat dan dapat
sembuhkan orang lain...tak gitu..............................kan..kan..kan..
Masa sembang dengan dia tu sempat la bersua muka dengan staf yang lain..cik matnoor, cik anim, cik siti suraya sulaiman, sdr saniy, en hazrul, puan alia dan lain2....
Sdr. kamarul turut sama
sembang dengan sdr. khalid....Memang kesian aku dengan sdr.
khalid tu...berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul...moga ALLAH SWT
cepat sembuhkan dia......


Selepas tu aku berurusan pula dengan
sdr samsul pegawai aset pkk yang berkaitan aset yang masih atas nama
aku. Aku kena tandatangan aset2 yang aku bertanggung jawab. Banyak jugak aset tu. Aset uav seperti peralatan mcp di studio ukm dectar tu atas nama aku. Terdapat
juga dua buah kamera video atas nama aku. Aku kena
tandatangan aset aset tu sebagai tanda
penyerahan kepada pejabat aku...
Dengan sdr shamsul ni kita mesti sentiasa berhati2, kalau boleh biarlah kita jauh 3 meter daripada dia...hahahaha....

Selesai tu, aku pulak kumpulkan komputer
ukm yang aku guna selama ni. Ada dua komputer yang aku gunakan.
Satu komputer yang aku gunakan semasa bekerja di bilik aku. Satu lagi komputer atas nama aku yang digunakan untuk log in / out kat studio ukm tu...Kedua dua nya
aku kena pulangkan ke PTM. Pusat Teknologi Maklumat UKM.
Selesai kumpul aku pun bawak la satu persatu ke kete...masa nak pi ke kete
untuk masukkan komputer ke dalam kete...terjumpa pulak cik anim yang baru balik dari
pusat kesihatan ukm, di tangan ada bungkusan ubat nampaknya. Aku tegur aje pi
mana...da nampak bungkusan ubat, tanyalah jugak kan..itulah
budaya melayu yg sentiasa ingin bertegur sapa...hahaha..
Moga ALLAH cepat sembuhkan cik asmahanim amir tu dan sesape saje yang sakit hari ni dan hari2 yang mendatang....aamiinnn....


Sebelum kaunter ptm tutup jam 12.45 tghari, aku pi bawak
komputer tu ke sana. Tiba sana terus bawak satu persatu komputer tu
ke kaunter. Bila dah ada semua staf tu catatkan data yang ada kat komputer tu ke dalam borang pemulangan komputer. Dua komputer maknanya dua borang la.
Bila dia dah isi aku pula isi nama dan maklumat lain kemudian
tanda tangan. Masa tu jugak aku jumpa nana, 
krew mcp kami yang sentiasa membantu kami dalam rakaman mcp terutama mcp majlis konvokesyen ukm setiap tahun...Sempat sembang sat tapi tak banyak sembang
pun sebab dia sedang melayan pelanggan lain. Cadang nak selfie
dengan dia masa aku duduk kat kaunter, tapi...rasa macam segan pulak...hahaha...
Selesai urusan aku pun sempat bersalam dengan staf yang
layan aku tu....setelah dia serahkan salinan borang borang yang diisi tadi tu...kat nana aku angkat tangan aje la...mana boleh salam kan...hahaha..
Kemudian aku sempat salam sdr. faril dan staf ptm yang aku kenal terutama masa rakaman mcp konvo tu..di mana ada dia orang masa konvo tu, di situ ada kami...hahaha
..Aku jugak sempat salam en hisham ptm tu, kebetulan dia ada
di foyer ptm tu.....


Kemudian aku balik semula ke opis di bangunan penerbit tu. Amik beg dalam bilik aku dan sempat sembang sat dengan sdr. kamarul sebelum aku gerak balik ke
bangi lama....
Masa aku tinggalkan opis tu, sdr. jasril dan sdr. kamarul masih ada kat opis tu...jam lebih kurang hampir satu petang...
Aku tak banyak amik gambar pulak hari ni...amik gambar komputer aje...hahaha...

Sebelum aku tutup tulisan aku ni, aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan
jangan lupa jugak doakan kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa mertua kita supaya diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka,
dihindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga....Doakan mereka setiap kali lepas solat...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...