Monday, February 11, 2019

Pepagi di Tasek UKM..


Diari aku, Daud - Hari ni Selasa, 11 Februari 2019, aku dah plan semalam yang aku akan peluhkan badan di tasek ukm pagi ni...Pagi ni merupakan
sejam yang pertama untuk minggu ni, aku akan panaskan badan kat
sini...bukan joging, berjalan aje...joging da
tak larat, almaklumlah......hahaha..
Jadi pagi ni aku kuar rumah jam
5 minit sebelum jarum jam tunjukkan nombor
7 di muka jam dinding kat rumah aku...Masuk kete, hidupkan
enjin dan terus gerak ke ukm...Pepagi ni kalau jam dah pukul 7.00 pagi tentu
jem sebab ada 2 traffic light dan jalan pulak satu lane...macam jalanraya kat kampung pulak, yang cuma ada satu lane aje...Padahal kat sini dah banyak taman taman perumahan yang wujud tapi jalanraya masih satu lane...jadi sape yang nak jawab
ni...penduduk bertambah padat, jalanraya masih
sempit...apa da...hahaha...opst!..
Nak salahkan sape arrr...?


 

 

Balik pada cerita aku tadi...aku tiba di pinggir tasek ukm tu
lebih kurang jam 7.10 pagi...Pepagi ni rasanya aku yang mula sampai untuk
sesi panaskan badan ni...Di kejauhan sana aku tengok ada pekerja sedang bersihkan daun2 kering kat tepi tasek tu...pekerja yang aku kenal tu la..Aku mula
hidupkan applikasi di hp aku untuk kira jarak dan masa aku berjalan
nanti. Sebaik hidup applikasi tu maka aku
mulakan melangkah....Bila melewati pekerja yang aku
kenal tu aku bagi salam dan angkat tangan, dia balas dengan
mengangkat tangan jugak...Pada aku tidak salah kita menegur sesapa pun tanpa
pilih bulu atau tanpa melihat kepada darjat memasing...dalam bahasa yang lebih jelas 'JANGAN SOMBONG' mungkin orang yang kita anggap rendah tu, darjatnya
di sisi ALLAH SWT mungkin lebih mulia lagi dan lebih dekat
kepada PENCIPTA...mungkin dia lebih dikenali
di langit daripada di bumi...sape tau kan...jadi...berbaik baik lah dengan sesape pun..haha..






Tiba di kafe tepi tasek tu, kelihatan tak ramai lagi pelanggan kat situ, aku tengok sorang aje yang sedang minum pagi..Mungkin yang lain2 dalam kafe gamaknya. Bila
sampai kat situ yang paling semerbak ialah bau kari...haih!
pepagi bau kari, tentu terbuka luas selera dibuatnya...
Melepasi cafe tepi tasek tu, terus berjalan
..bersua dengan beribu anai besar yang sedang berbaris
atas trek tu..mungkin berpindah sarang atau jumpa mangsa untuk di kutip kut...
Di Parit ia dikenali sebagai 'mengkiak' besar sikit saiznya daripada anai anai. Ia berwarna gelap dan kalau dia gigit kita, rasa nak guling guling kat tanah, sakit wow....
Kepalanya keras, kalau dia gigit dia akan gigit sampai
kepala dia tercabut daripada badan. Walaupun
kepala da cabut, ia masih lagi tak
lepaskan gigitannya...
serangga yang keras kepala kut....hahaha...degil gamaknya....






Aku berjalan sampai habis tiga kali keliling tasek tersebut sebab
aku tengok kafe tepi tasek tu da ramai pelanggan jadi malas la aku nak
lalu depan pelanggan kat kafe tu...Masa tu jam hampir pukul 7.45 pagi...Mengkiak yang
berbaris panjang tu pun dah takde...biasanya serangga ni bergerak waktu malam,
bila matahari dah serlahkan cahayanya, serangga ni tentu dah masuk
ke sarang...tak tau la apa yang mereka duk buat dalam
sarang tu...malas nak jaga tepi kain mereka tu...hahahaha...opst!

Masa aku berjalan dan panaskan badan kat tasek tu
datang sorang lelaki mungkin dalam separuh umur kut...berjoging kat situ. Aku
rasa dia joging 3 kali pusing dan kemudian buat work out kat tepi trek tu..Tengok pada muka macam pensyarah ukm. Dia pakai t shirt tertulis 'bangkit bersama' iaitu program
sukarelawan ukm di bawah bekas menteri sukan, khairi dulu tu....Tak lama
lepas tu aku tengok dia blah...Kemudian terdapat dua orang
pompuan, mungkin student ukm gamaknya
...dia orang berjalan sambil berlari lebih kurang dua kali pusing dan kemudiannya terus blah..Tinggallah aku sensorang aje di trek tasek tu...aku kena berjalan
sejam... kena cukupkan sejam jugak.....Speed aku
berjalan pun dah makin kurang sebab kaki aku rasa sakit pulak dah...dulu ok aje...






Di tengah tasek tu macam biasalah, ada beberapa ekor burung bangau  sedang mengintai rezeki dari dalam tasek tu...selama aku selalu datang sini tak pernah pulak
aku bersua mereka sedang menangkap mangsa mereka
dari dalam tasek tu...mungkin aku tak perasan kut...
Ada jugak seekor burung ...aaa...aaa...aaah! lupa pulak aku nama dalam buku burung tu tapi orang paghit selalu panggil burung anjin anjin...mungkin sebab bunyi dia
macam anjing menyalak kut...Burung kecil dan warna biru dan hitam 
tu ada di pinggir tasek, sedang mengintai mangsa jugak
nampaknya dia duk membatu aje kat pinggir tasek tu....gigih betul makhluk Tuhan tu cari rezeki kan....Cuba semua manusia macam tu, tentu aman dunia, gigih
dan rajin cari rezeki halal...ini tak, badan sado tapi gigih cari rezeki dengan jadi penyamun bermotosikal...hahaha...opst!




bahagian trek yg ni kalau musim ujan memang basah...

Aku masih meneruskan aktiviti berjalan tu untuk mencukupkan waktu selama satu jam kat situ..Hampir tamat aktiviti, lebih kurang hampir jam sembilan pagi...aku lihat
ada sekumpulan pekerja duduk bawah pokok berhampiran
pokok pokok bunga di tepi parkir sambil menikmati
sarapan pagi...Rasa sedih pun ada tengok dia orang...di lokasi macam
tu mereka menikmati rezeki Allah swt...tentu mereka menikmati sarapan dengan penuh
rasa syukur kepada ALLAH SWT. Dalam kebanyakan orang sarapan
di kafe, di restoran, di mana mana yang lebih selesa...mereka
hanya sekadar sarapan di situ....Bagi yang bernasib baik tu, bersyukurlah anda
semua...kerana anda...opst! aku jugak, tidak pernah bersarapan di lokasi sedemikian.
.jadi, bersyukurlah dengan sebanyak banyaknya....Namun perlu diingat
 mungkin tahap kesyukuran mereka mungkin lebih tinggi dan
 lebih ikhlas daripada kita...tak gitu....hahahaha........






Setelah cukup sejam aku berjalan kat tasek tu maka selesailah aktiviti sejam pertama untuk minggu ni...Aku tutup applikasi kat hp aku dan screen shot....Kemudian
 lepas tu aku terus snap foto foto dengan hp aku.....
Masa aku mula nak tinggalkan tasek
tersebut, tiba pulak dua orang
pompuan, mungkin anak beranak kut untuk
beraktiviti di tepi tasek tersebut. Hari ni trek ada sikit aje yang
digenangi air...dan yang rosak tu tetap jugak rosak...harap ada yang baiki trek yang
rosak teruk tu supaya taklah menyusahkan ramai yang datang untuk beraktiviti di trek tasek berkenaan...

Aku masuk kete, hidupka enjin dan bergerak...masa tinggalkan tasek tersebut pekerja bersihkan tepi tasek terus buat keje mereka begitu jugak dengan pekerja
yang bertugas membaiki pagar yang rosak tu...Tiba di pos
pengawal sebelum keluar kampus ukm...sempat
angkat tangan kat pengawal pompuan
yang comel tu..opst!, yang sedang menjaga pos berkenaan...Aku
kenal pengawal tu sebab kami grup video memang popular, yang sentiasa bertugas merata rata tempat dalam kampus ukm tu...ewahhh....hahaha....opst!





Sebelum aku tutup kalam aku ni...aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita besar mana pun hingga
ke akhir hayat kita...dan jangan lupa doakan sentiasa selepas solat
untuk kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita supaya kubur mereka diluaskan
oleh ALLAH SWT serta hindarkan mereka semua
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta
dimasukkan ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah.






~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...