Saturday, February 2, 2019

Tasek UKM lagi..hahaha...

Hari ni hari Sabtu, 2 Febuari 2019, aku memang plan nak pi Tasek UKM untuk peluhkan badan untuk dua jam yang kedua minggu ni. Pepagi lagi aku da gerak
ke ukm. Rasanya jam 7.15 pagi kut. Aku pi sensorang
aje sebab isteri aku ada program
senamrobik di taman perumahan kami.....
Anak aku tentu ikut ibu dia main kat padang di taman perumahan tu.....





Tiba aje di tasek ukm rasanya jam 7.30 pagi
kut dan aku terus mulakan aktiviti berjalan lebih kurang selama sejam. Aku
memang tak mampu nak jogging, sebab umur dah banyak...rasanya berjalan ni
pun dah cukup kut, sekurang kurangnya untuk gerakkan badan. Maklumlah sekarang ni aku cuti sebelum pencen jadi tentu banyak masa tanpa aktiviti dan duduk diam aje.

Masa keje dulu memang tak duduk diam pun...la ni bila cuti pra pencen
ni macam banyak masa duk diam aje dan takde pun aktiviti untuk peluhkan badan. Jadi la ni aku kena peluhkan badan selama 2 jam seminggu, rasanya cukup la tu...
Kalau tak cukup korang berilah saranan berapa lama patut
aku amik masa untuk berjalan dalam seminggu
...hahaha...kalau korang nak tolong la...





Tiba aje di tepi tasek terus hidupkan applikasi
untuk aku kira jarak berjalan dan lama masa berjalan tu. Masa aku
peluhkan badan tu ada sorang orang muda yang sedang berjoging. Orang muda..
aku ni muda jugak kalau korang nak anggap muda...hahaha...opst! Lelaki tu joging agak lama jugak dalam 30 minit kut...lepas tu dia buat work out kat tepi
trek tu dan akhirnya dia belah...sebab dah cukup
kut dia berjoging....
Ramai yang datang ke situ silih berganti...bila dia orang dah selesai dia orang akan blah aje...Macam popular aje trek tasek tu...tapi tu lah ada bahagian tertentu
trek tasek tu yang dah rosak teruk...

air meresap dari lereng bukit...
kerosakan satu bahagian ni teruk sangat...perlu dibaiki ni....


Ada beberapa orang pekerja sedang memotong rumput
di sekitar tasek tu, rasanya dalam 3 orang kut. Pekerja bersihkan sampah
hari ni tiada di situ. Pekerja siapkan pagar masih berkerja dan aku tengok pagar tu dah hampir siap...
Terdapat juga lebih kurang 6 orang pompuan yang
beraktiviti masa tu sama ada joging dan berjalan...muda muda aje dia orang
mungkin student kut .. tak pasti pun...
Yang lecehnya bila dia orang berjalan di depan aku, terpaksalah aku kurangkan speed langkah aku...awas lelaki....Sayiddina Umar pernah berkata 'aku lebih rela
berjalan di belakang seekor singan daripada berjalan di belakang
 seorang wanita...' 
Kalau wanita tersebut berpakaian longgar mungkin tak menjadi masalah...Apa apa pun sebagai lelaki Muslim lebih baiklah kita jaga pandangan kita sendiri...
Manalah tau dalam keadaan tengok wanita berjalan di hadapan,
 tiba kita terus mati...bukankah itu boleh dikatakan mati dalam
 keadaan SU'UL KHOTMAH tak gitu.... Aku ni macam bajet waraq aje kan...kan..hahaha...
....oopst! melalut lalut pulak aku kan..kan...

cafe tepi trek tasek...



Ada jugak satu keluarga bawak anak anak dia orang berjalan kat situ dan buat work out kat tepi tasek tu...anak anak kecik aje...tak lama pun lepas tu dia orang blah...
aku masih di situ lagi.....
Sib baik sekarang ni bukan musim hujan, kalau tak tentu banyak bahagian trek tu akan berair. Bagaimanapun ada beberapa bahagian trek yang masih digenangi air
yang meresap daripada lereng bukit terutama berhampiran
hutan simpan ukm tu.
Ada jugak trek yang rosak, rasanya perlu dibaiki untuk keselesaan
mereka yang menggunakan trek ini untuk pelbagai aktiviti. Rasanya trek tersebut rosak sebab sentiasa digenangi air. Bila sentiasa digenangi air tentu struktur tanah
menjadi lembut dan tak secara langsung melonggarkan simen trek
tersebut. Bila dah longgar dan ada beban seperti
lori dan sebagainya tentu ia akan rosak.
Lori berkenaan mungkin lalu di situ untuk mengutip sampah sampah yang sudah di kumpulkan, rasanya macam tu la kut...kut...aku pun tak pernah
jumpa lori tu angkat sampah...cuma jumpa
bekas tayer aje...





Hari ni semua staf ukm cuti maka cafe tepi tasek tu pun tutup. Jadi aku buat aktiviti berjalan tu sekeliling tasek tanpa henti. taklah segan bila tiba di cafe tu. kalau hari bekerja
 cafe tu tentu aje ramai pelanggan. Jarak cafe dengan trek tu bukan
jauh sangat pun mungkin 2 atau 3 meter aje dari trek...

Tak lama kemudian aku dah cukup berjalan selama sejam aje...lebih kurang 4 kilometer aje jaraknya aku berjalan hari ni...itu aje yang sempat aku buat....Selesai aje terus
masuk kete dan tinggalkan tasek tu. Masa aku gerak pekerja
masih lagi menjalankan tugas mereka.....

satu pusingan 0.87 KILOMETER, dalam masa 10 minit 59 saat...
 

selesai sejauh 4.85 KILOMETER dalam masa sejam 28 saat...

Hermmmm...maaf la satu lagi entri aku yang tak berapa nak menarik, takpe la namanya pun 'diari' tentu merupakan catatan harian aku...kan...kan...kan....Apa boleh buat la...

Sebelum aku tamatkan kalam aku ni, aku doakan moga kita semua (semua sedara seIslam) akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat dan
jangan lupa doakan semua ibubapa kita dan ibubapa mertua
kita supaya ALLAH SWT luaskan kubur mereka,
ALLAH hindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga serta kekal di dalamnya....
Jangan lupa juga doakan untuk kaum muslimin dan muslimat seluruhnya serta rakan2
kita yang telah mendahului kita supaya ALLAH SWT hindarkan
daripada siksaan kubur, akhirat dan neraka
serta dimasukkan ke dalam syurga..

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...