Friday, February 22, 2019

Tukar angin..

Bertukar angin...


sekali pusingan...
sekali pusingan..

Diari Daud - Hari ni Sabtu, 23 feb 2019 - seperti biasa rutin aku hari Sabtu ialah panaskan badan di tasek ukm untuk jam kedua setiap minggu. Semalam da bercadang nak
ke sana. Anak bungsu aku suruh ibu dia ajak anak anak jiran yang
kongsi dinding dengan aku untuk turut serta bersama
ke tasek ukm tu. Isteri aku tak pi pun
sebab dia perlu pi hadir mesyuarat
pibg sekolah kebangsaan bangi lama tu. Dia dilantik sebagai
pemeriksa kira kira. Harap setakat ni aje la...hahaha...Sib baik isteri aku tu ada
sikit pengalaman masa dia bertugas sebagai setiausaha kesatuan sekerja ukm sebelum dia berhenti. Ada la sesikit pengalaman berkaitan kira kira ni...Tapi aku suh dia
tarik diri jadi pemeriksa kira kira tu, biarlah dia tumpu kepada
tadika surau tu aje..aku pun da tak lama nak pencen
..khamis depan aje...lepas tu bye bye la....





baru aku sedar bila misai janggut da banyak...baru nampak macam da banyak umur...ekeke...
Lepas hantar isteri pi sekolah kebangsaan tu, aku dan anak2 tu pi la ke ukm. Tiba di ukm...halamakkkkk...ada pulak program yang gunakan sekitar tasek
tu untuk program mereka...siap dengan khemah lagi tu....
Aku rasa mungkin suksis kut sebab dulu
aku pernah jumpa dia orang sedang buat aktiviti kat tepi tasek
tu...Jadi aku pun ajak anak anak pi ke tasek cempaka kat bandar baru bangi pulak...
Waktu tu mungkin hampir jam
sembilan pagi. Anak yang bungsu tu bagitau jalan
untuk masuk ke sekitar tasek cempaka tu...Aku sebenarnya dah lama tak
pi situ...lama sesangat,  tapi masih taulah jalan untuk pi masuk ke situ iaitu ke tempat untuk parking kete tu, dengan panduan anak bungsu aku tu la jugak...

teratai dan sampah memang agak ketara gak la dalam tasek tu...





Akhirnya sampai jugak kami di situ dan terus parking kete
kat parking lot tu. Ramai jugak orang yang datang ke situ dengan pelbagai
aktiviti...berjalan, berbasikal, jogging dan macam macam la..Anak anak terus aje keluarkan
bola dan reket..Dia orang main aje kat sekitar tu. Aku shoot foto dengan handphone
dia orang sedang main tu...Kemudian aku pun pi ke tepi tasek tu
..maksud ke trek di tepi tasek tu. Kemudian aku
hidupkan applikasi kat hp aku untuk memulakan aktiviti berjalan kat trek tu, sekeliling tasek tu.....Rasanya satu pusingan lebih daripada satu kilometer rasanya...Macam biasa
aku akan berjalan di trek tepi tasek tu selama sejam tanpa henti..
jalan aje pun, nak jogging tak larat dah...bukan sebab
tua tapi sebab da banyak umur..ekeke...

Ramai jugak orang sedang berjalan dan berjoging di situ..
tua, muda, kanak kanak...rasanya yang dah bersara pun ramai kut.
Cuma aku tak berapa berkenan bila ada yang kayuh basikal atas trek tu...Pada aku kalau nak kayuh basikal kayuhlah di trek yang lebar sementara trek yang sempit yang muat
untuk berjalan dan berjoging tak perlulah di ganggu...Tu lah aku dah kata
orang malaysia ni memang fail berkaitan kesedaran sivik,
memang lama la lagi nak maju kalau sikap buruk
kebanyakan orang malaysia ni masih di takuk lama...memang tak pi ke mana
dengan sikap yang sebegitu...Sikap buruk sebegini akan menjangkit
kepada sikap sikap yang lain...kan...kan...kan..opst!....
Nasib baik kat malaysia ni masih belum ada lagi yang kencing kat tiang tiang lampu atau letrik...ekekeke...opst!






Aku masih terus berjalan kat tepi tasek tu di atas trek..
Tasek cempaka tu ada lokasi tertentu bau air tasek tu agak busuk, macam
bau longkang yang kita pernah hidu. Taseknya pun agak keruh dan kotor airnya, sampah pun macam banyak aje. Tapi tu lah susah nak kata...sebab tasek tu merupakan
sungai yang diempang, tentu macam itu keadaannya...semua sumber
masuk ke situ selain air sungai...air longkang dari sekitar
pun mungkin masuk ke situ. Apa boleh buat la...
Burung bangau pun banyak gak kat situ..maksudnya dalam tasek...
burung gagak pun banyak berkeliaran di sekitar taman tasek cempaka tu...

Aku masih lagi berjalan sekitar tasek tu...banyak pokok pokok kat situ...bila
banyak pokok tentulah agak redup...aku perasan ada yang gunakan trek kat bawah rimbunan pokok untuk berjalan dan berjoging. Kalau kita berjalan atau berjoging keliling trek tu tentu ada part di sekitar tasek tu kurang pokok dan tentu sekali panas kena
cahaya mentari. Aku macam biasa aje terus berjalan keliling
tasek tu walau ada bahagian yang panas kena
cahaya matahari...takpe la...






Aku terus aje berjalan, dengan cara ini aku lebih mudah mengetahui apa yang ada keliling tasek tu. Bangunan tandas kat situ macam ok tapi...pintunya macam dah runtuh.
Macam takde letrik aje dan macam tidak diselenggara aje...Kalau macam
tu tandasnya...tentu takde sape yang sanggup masuk ke 
dalam tandas tu...mungkin ada yang sanggup
tahan apa yang perlu ditahan daripada masuk ke tandas yang macam
berbulan tak diguna tu...hahaha...Entah entah ular pun ada gamaknya dalam bangunan
tandas tu...hahaha...Tak pasti aku, adakah tandas tu boleh digunakan...
aku tengok dari luar aje......

Sampah macam biasa, bekas minuman, bekas makanan, kertas dan sebagainya ada kelihatan bertaburan. Adakah sebab hari ni hari cuti, takde pekerja untuk
kemaskan apa yang patut dikemaskan. Daun daun kering
bertebaran...macam jarang dibersihkan...Tong tong
sampah kat situ nampak banyak tapi nape
takde kesedaran untuk masukkan ke dalam tong sampah tu..
Aku rasalah sikap pembersih ni perlu diajar di rumah kepada anak anak...terapkan
sikap suka pada kebersihan...kalau majoriti emak bapak ajar anak
macam tu, aku rasa masalah tak mau buang sampah
dalam tong sampah akan selesai...setiap keluarga mesti ajarkan nilai
nilai murni kepada anak anak walau di mana pun mereka berada, kebersihan mesti diutamakan...tak gitu....

bangunan gerai terbiar yang banyak kerusi dah rosak...semak mata...



tengah tu anak bungsu aku, kiri kanan tu anak2 jiran yg kongsi dinding dengan aku....
Aku masih terus berjalan kat trek di tepi tasek tu..dikawasan yang dilengkapkan dengan mainan untuk kanak kanak memang la ramai kanak kanak bermain kat situ.
Anak anak memang suka panjat memanjat ni...itu memang
bagus untuk dia orang. Bising bunyi suara kanak
kanak kat situ memang biasalah kan...dah namanya pun kanak kanak.....

Aku tengok dekat bangunan tandas tu ada signboard
yang mengatakan terdapat cctv selama 24 jam. Berfungsi kah gamaknya..
Betul ke atau cuma signboard aje...harap2 betul la sebab ada kawasan kat sini macam
bersemak aje dan ada lokasi yang agak tersorok jugak dari pandangan.
Namun yang aku nampak cuma satu tiang kamera kat
bangunan tandas tu je atau aku tak perasan di lokasi lokasi lain tu....tak pasti pulak...


tandas..
hilang segelas teh tarik ganti dengan 2 gelas teh tarik...ekekeke...


Di kawasan tasek tu jugak terdapat bangunan mungkin gerai kut yang terdapat banyak kerusi yang dah rosak...Rasanya kerusi yang rosak ni memenatkan mata bila
memandangnya...Aku rasa la...aku rasa kalau boleh kerusi yang
rosak tu dilupus la...nampak macam semak aje..
Bila kerusi rosak tu takde tentu agak
cantek mata memandang
..tak gitu...rasanya gitu la gamaknya, melalainkan
yang memandang tu robot atau yang seumpama dengannya, tentu tak rasa
pape pun...kan...kan...kan...






Kesimpulannya setelah aku berada di tasek cempaka tu lebih kurang sejam setengah..Aku lebih suka tasek ukm atas beberapa sebab. Tasek ukm walaupun tak sampai
satu kilometer treknya tapi ia lebar sikit cuma ada bahagian tertentu
treknya dah rosak. Trek ukm bau air tasik yang tak enak
tak banyak sangat. Trek ukm tak ramai dan bagi
aku..aku memang suka tak ramai dan sesak...aman aje bila beraktiviti
kat situ. Bagi mereka yang suka ramai ramai tasek cempaka la tempatnya. Tasek ukm mungkin lebih banyak oksigen kut sebab ia berhampiran hutan simpan
ukm yang masih banyak pokok pokok. Kalau kat tasek
cempaka, sekeliling banyak kenderaan
sebab tasek tu ditengah tengah kesibukan bandar baru bangi..Satu
 lagi tasek ukm tu sentiasa bersih daripada sampah dan daun daun sebab ada pekerja
 yang sentiasa membersihkannya. Walaupun ada ketikanya terdapat jugak sampah di sana sini...Rasanya itu aje la sebab nape aku lebih prefer tasek ukm daripada tasek cempaka...hahaha..opst! Apa apa pun kalau tasek ukm tak dapat guna,
 aku kena gak pi ke tasek cempaka tu.......kan..kan...kan.
..hahaha...opst!






Lepas aku selesai sejam berjalan kat tasek cempaka tu maka aku pun tutup applikasi kat hp aku dan mulalah aku snap foto foto sekitar tasek tu. Aku berjalan lagi
satu pusingan keliling tasek tu untuk amik gambar
dengan handphone pulak......
Selesai aje semua maka
aku pun balik ke kete dengan anak anak..
Anak bungsu aku da bising dah sebab tak jumpa aku lama sebab dia
orang dah dahaga, air pulak tinggal dalam kete...Lepas beli air kat situ kami pun 
masuk ke dalam kete dan gerak ke bangi lama....Masa tu masih ramai orang beraktiviti di situ walaupun jumlahnya dah berkurang sikit....

dahaga la tu...hahaha...


Jadi sebelum aku tutup kalam aku yang tak berapa menarik ni, aku doakan kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir
hayat kita dan jangan lupa selalulah kita doakan kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mertua kita supaya ALLAH
SWT luaskan kubur mereka
dan ALLAH SWT hindarkan mereka daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan
mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...aamiinnnn.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...