Wednesday, February 13, 2019

Perkara rutin bila nak pencen..

Dairi Daud - Hari ni Khamis 14 Feb. 2019..aku  memang rancang dari minggu lepas nak datang opis aku untuk selesaikan beberapa perkara sebelum pencen.
Kali ni berkaitan peralatan yang aku miliki semasa
masih bekerja...

MInggu lepas aku uruskan berkaitan
Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih tak settle lagi..
Pegawai LHDN tu kata akan settle dalam dua minggu, la ni baru satu minggu.
Minggu ni aku nak settle kan pulak berkaitan dengan komputer yang dibekalkan untuk pegawai di ukm.

perasmian studio ukm...
dalam studio ukm..
Pepagi lagi jam 9.00 pagi...tak pagi sangat pun...aku pi ke ukm. Sebelum tu aku pi isi minyak kete dulu di bandar baru bangi. La ni minyak da naik beberapa
sen tapi kete kena isi gak minyak kalau tak macam 
mana nak gerak...bukan boleh isi
dengan air paip...ekekeke....

Selesai isi minyak aku
pi ke gerai pisang goreng yang aku selalu
pi tu untuk beli dan bawak ke opis untuk rakan rakan...Malangnya
gerai goreng pisang tu tutup pulak...tak tau apasal tutup pulak hari khamis ni..Jadi tukar
plan pulak. Aku pi ke gerai yang jual cakoi kat bangunan unikeb untuk
beli kat sana pulak...
Tiba aje aku pun mintak untuk
beli cakoi dan pau goreng, cadang nak beli karipap satu seringgit tu
tapi malangnya cuma tinggal satu aje yang ada. Tiba2 penjual pompuan tu tanya...'lama tak nampak...?'  Hah! terkejut pulak aku, kenal pulak dia dengan aku...memang la
aku selalu aje beli kat dia masa keje dulu. Tak sangka pulak
dia perasan aku da lama tak ada....

dalam studio ukm
depan pintu studio ukm..
Aku jawab la aku masih bercuti untuk tiba ke tarikh
pencen sebenar...Tiba tiba dia kata..'Eh! muda lagi, takkan dah nak pencen...' Lagi sekali aku pening nak jawab....secara spontan aku kata...' dah tua dah...janggut pun da
puteh dah...sambil aku sentuh janggut jarang aku tu...haha..opst!
Dia tambah lagi...'orang umur 18 tahun pun
ada yang dah puteh...' Tiba kat sini
aku pun dah takde jawapan..dah jem..., kebetulan makanan yang dia
bungkus dah siap dibungkus dan aku terus amik dari tangan dia sambil hulur duit..Jadi
ayat last dia tu tak sempat la aku balas...tergantung gitu aje...hahaha...
Lelaki ni kalau dah berumur, tapi dikata masih muda..
rasanya macam amat bahaya...hahaha...macam2
timbul dalam kepala, tambah pulak dah nak pencen ni...kan..kan..kan..hahaha.....oopst!


siti suraya yang snap..aku guna foto ni su...dalam gambar macam sado perut
tapi aku tengok sendiri tak sado pun...hahaha...
 Kemudian aku terus gerak ke studio ukm. Sib baik pintu
foyer bukak dan tak perlu masuk dari pintu panggung seni. Masuk aje kat
studio tu..macam2 nostalgia yang timbul terutama teringat kepada almarhum sdr. ramli
adnan, moga dia diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosanya...
Catatan berkaitan sdr. RAMLI boleh baca


Kemudian aku terus pi bilik editing untuk ambil komputer
yang digunakan untuk log in kedatangan tu.
Komputer tu atas nama aku sebenarnya dan di bawa ke studio
setelah aku dapat komputer baru. Jadi komputer ni perlu aku pulangkan sebab
ada dalam sistem data jawatan aku di ukm. Kalau tak pulang ia akan mendatangkan masalah masa kita nak pencen nanti...jadi kena pulangkan semua kat PTM.  Selesai amik
komputer dan keluar studio, kunci, dan sempat selfie depan studio yang punyai
 pelbagai nostalgia untuk aku....
Catatan berkaitan studio ukm pernah aku tulis sebelum ini...sila pi


Dipendekkan cite aku terus pi opis untuk letakkan komputer aku dalam bilik...Aku jugak bawak makanan tu sama dan letak kat partition dalam opis tu...Namun hari ni
aku takleh masuk bilik aku tu sebab bilik aku ada pekerja yang sedang
pasang aircond. Jadi aku dicadangkan cik siti suraya sulaiman
untuk letakkan dulu komputer tu di partition
yang kosong yang tidak berpenghuni buat sementara waktu.
Dia bagi marker untuk aku catat nota kat kertas dan lekatkan kat komputer
tu. Sebenarnya aku bercadang jugak untuk kosongkan semua isi hard disc komputer baru dalam bilik aku untuk dipulangkan jugak nanti tapi tiada kesempatan sebab
pekerja tu sedang sibuk pasang alat aircond tu...ok la...lain kali aje..


dalam data peribadi 'komputer dah amik tapi belum pulang lagi...hahaha...banyak taun daaa...
Jadi aku terpaksa datang minggu depan untuk
settle kan semuanya. Jadi buat masa ni tak boleh buat pape la. Tunggu
aje minggu depan. Komputer tu kena pulangkan sebelum tarikh bersara supaya tidak
berlaku sebarang masalah untuk bersara dan selepas bersara.
Semua tu kena pulangkan semua kepada ukm..

Jadi, masa aku berada kat opis tu, aku gunakanlah untuk tengok tengok aje dia orang buat keje. Tengok sdr. kamarul pasang komputer dalam bilik editing.
Tengok sdr. Saniy playback video mat Dan.
Sembang sembang dan sebagainya la...
Inilah aje masa
masa terakhir yang ada untuk aku bersembang sembang dengan
 kakitangan sebelum aku 'menghilang' diri daripada keje keje opis dan menjadi YB atau Yang Bersara...hahaha...Apa boleh buat laa.....
Kat pejabat staf yang ada ialah sdr. kamarul, shahrul, suraya, saniy dan jasril...Yang lain pi meeting di opis admin...Patut la semua pegawai takde kat sini..Dalam wassap
rakan rakan ajak aku sertai meeting tu...aku kata aku pakai t-shirt
aje...hahaha...apa boleh buat la.....

bersama dengan kengkawan...
kengkawan...
Hampir jam 12.00 tengah hari aku balik......tinggalkan opis tu...aku tunggu jugak kalau2 dia orang da habis meeting serta balik ke bangunan penerbit, nampaknya takde...
Kadang2 bila kita da nak pencen ni, rindu jugak kat kenkawan..
opst! rindu sebagai kawan aje ye....kan...kan..nak
 jumpa jugak sekali sekala kan...sembang sembang dan sebagainya...apa boleh buat la...

Masa aku tinggalkan opis tu pekerja pasang aircond tu masih
 lagi terus bekerja dan rakan rakan
masih jugak buat keje memasing....yang pi meeting masih tak muncul lagi..
...minggu depan la aku datang lagi untuk selesaikan apa yang
patut aku selesaikan....
Sempat la snap foto dengan rakan rakan kat opis tu...akan jadi nostalgia suatu hari nanti....

dgn kamarul...
Sebelum aku tamatkan catatan aku ni macam biasalah...aku berdoa moga kita semua, tak kira sape, akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga
ke akhir hayat kita semua. Dan jangan lupa doakan kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mertua kita setiap lepas
solat supaya ALLAH SWT luaskan
kubur mereka dan hindarkan mereka semua daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi selamanya...aamiinnnn.......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...