Monday, February 4, 2019

Dairi masih cite biasa...

Hari ni Selasa, 5 Februari 2019...cuti tahun baru cina mula hari ni untuk dua hari. Minggu ni jugak sekolah cuti seminggu...ok la tu kan...Jadual aku macam biasalah hari
ni. Aku plan nak pi ke tasek ukm untuk peluhkan badan untuk
jam yang pertama minggu ni. Aku plan nak
pi awal. Lebih kurang jam
7.15 pagi aku gerak ke ukm. Isteri aku
turut serta dengan aku sementara semua anak anak aku taknak pi.


satu pusingan 0.87 km dalam masa 11 minit...
isteri aku yg snap foto ni...
pepagi banyak burung bangau di tengah tu...
 Jarak bangi lama dengan ukm lebih kurang 10 kilometer aje. Hari
cuti tentu kenderaan tak banyak pun 
dari bangi lama ke ukm.
Walau bagaimana pun kalau ikut belakang
kenderaan lain tentu lambat gak sebab jalan tu hanya satu lane
aje...sabar aje la kan....Kami tiba ukm lebih kurang jam 7.30 pagi. Pintu kat tasek tu
tak bukak pun jadi kami terpaksa masuk ikut pintu utama. Dalam kampus ukm sunyi aje sebab cuti umum ni. Tiba aje tepi tasek tu aku matikan enjin kete, keluar dan lock
 pintu kete. Aku hidupkan applikasi kat handphone aku dan seterusnya 
kami mula berjalan keliling tasik tu..berjalan aje
pun..nak joging memang tak larat....kami da banyak umur...tua? entah..hahaha...





Masa kami mula sampai memang takde sesape pun
tapi bila da beberapa lama kat sana ada jugak yang datang beberapa orang
secara berterusan. Ada yang datang satu keluarga...ada yang datang laki bini...laki bini la kut...dan ada yang datang sensorang... dia orang tak lama pun...ada yang joging 
dan ada yang berjalan dan bila dia orang selesai dia orang terus blah aje....
Aku menang nak buat aktiviti tu selama sejam tanpa henti...





Keadaa trek agak basah kerana semalam hujan lebat kut kat sini..
banyak bahagian trek digenangi air dan ada yang agak berlumpur. Kalau musin
 kering memang trek tersebut akan kering dan ada beberapa bahagian aje yang basah sebab air meresap dari lereng bukit. Bila musin basah ni banyak
bahagian yang digenangi air dan terpaksa melompat lompat macam katak lompat parti..opst! hahaha....

Isteri aku cuma ikut aku setakat dua pusingan aje...selainnya aku berjalan sendiri aje atas trek tu hingga sampai sejam aku berjalan tanpa henti. Isteri aku sambung balik
 pada pusingan yang terakhir aje iaitu pusingan keenam. Satu
pusingan cuma jaraknya 0.8 kilometer aje.




Di pusingan yang terakhir tu aku habiskan masa
dengan snap beberapa foto dengan hp aku tu. Snap aje mana yang
aku sempat dengan isteri aku tu. Dalam masa yang sama ada jugak yang baru sampai ke tasek tu untuk aktiviti memasing. Ada yang datang bersama keluarga.
Ok jugak tasek tu...bila hari makin tinggi ada lagi pengunjung
yang datang untuk joging dan berjalan.....

Masa aku tiba tu tiada siapa pun pekerja yang buat
keje kat tasek tu..mungkin waktu cuti takde yang keje kut. Mungkin dia orang
rehat sakan kat rumah kut. Bila aku da complete sejam berjalan kat situ maka kami pun mula nak tinggalkan tasek ukm tu...Kami masuk kete, dan hidupkan enjin, masukkan gear, turunkan handbrake dan tekan minyak dan mula bergerak. Masa kami tinggalkan
tasek tu masih ada yang berjalan kat tasek tu...yang tinggal cuma
yang berkeluarga aje.....Waktu tu lebih kurang jam sembilan pagi waktu malaysia......

sejam lebih berjalan lebih 4 kilometer...

nak balik dah....
Kami terus keluar melalui pintu utama kampus ukm ke jalan besar dan gerak menuju ke arah bangi lama......
Hermmm...tamat satu lagi entri aku yang agak boring ni, takde yang menarik untuk di 'bawangkan' hahaha.......Tapi nak kata apa, itulah namanya 'diari'
kan...kan...kan....

Sebelah petang pulak pi hantar isteri dan anak pompuan aku urut kat rumah kakak ipar aku di Kampung Abu Bakar Baginda...InsyaALLAH TAALA....


IMEJ DARIPADA GOOGLE...
Kami tiba aje kat rumah kakak ipar dan biras aku lebih kurang jam 2.30 petang. Parking kete kat tepi jalanraya dan kami pi tuju ke rumah kakak ipar dan biras aku tu.
Masuk aje kat dalam tu kakak ipar aku yang sambut...biras aku
abang kamal pun ada. Masa kami sampai kat rumah
tu 'ibu' yang nak urut tu sedang berkemas
kat luar rumah...rajin betul dia...biasanya insan yang rajin
ni tak perlu pun disuruh, dia dah biasa begitu dan akan tak tentu hala
kalau takde keje yang dibuat. Tiba tiba kakak ipar aku hadiahkan 'tupperware'
kepada isteri aku sebab ulangtahun kelahiran isteri aku dan hari jadi aku jugak...akak ipar aku kata hanya itu yang dapat diberi kat kami...hahaha...jenama 'tupperware' tuu...
Namun pada aku bukan nilai hadiah yang diberi tapi nilai keikhlasan
si pemberi, itu yang penting...nilai keikhlasan yang akan
kami semat dan simpan dalam hati sampai berpindah
ke alam lain nanti...Moga kakak ipar aku sekeluarga akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dari dunia hingga ke syurga...InsyaALLAH....Sesungguhnya
ALLAH SWT sebaik baik pemberi balasan......kami sekadar mampu
berdoa aje....
Isteri aku dan anak pompuan aku selesai dengan urusan
urut dengan ibu tu hingga hampir jam 6.00 petang...memang lama la aku tunggu
dia orang selesai...sempat la aku dan anak bungsu aku tonton tv drama dan cite hindustan tu...nagin? entah aku pun tak pasti......hahaha....
Kami balik setelah selesai minum petang...waktu tu dah jam lebih enam petang...terima kasih abang kamal, terima kasih kak nab, terima kasih nini, mael...terima kasih
wani dan adawiyah...moga semuanya sentiasa dirahmati dan
diberkati ALLAH SWT dunia hingga syurga..aamiinnnn..

Kami balik ke bangi dengan dibekalkan beberapa sisir pisang...jika ALLAH SWT kehendaki pasti akan jadi...itulah rezeki kami....terima kasih semua....

terima kasih kak nab....hadiah untuk ulangtahun kelahiran kami 26 dan 29 januari 2019
...guna foto abang kamal ni....
Apa apa pun sebelum aku tamatkan kalam ni aku doakan moga kita semua, tak kira sapa akan diampunkan oleh ALLAH SWT segala dosa kita hingga ke akhir hayat
kita....dan aku jugak ingatkan diri aku dan kita semua supaya
tiadak lupa mendoakan kedua ibubapa
kita dan ibubapa mertua kita setiap kali lepas solat, supaya
mereka semua akan diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka dan dihindarkan
daripada siksaan kubur siksaan akhirat dan juga siksaan api neraka dan dimasukkan oleh ALLAH SWT ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...aamiinnnn.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...