Friday, February 15, 2019

Jadual rutin Sabtu..

Dairi Daud - Hari ni Sabtu, 16 Feb 2019, semalam memang dah plan untuk pi tasek ukm untuk peluhkan badan untuk jam kedua minggu ni. Dalam jam 7.15 pagi,
aku gerak ke ukm bersama isteri dan anak bungsu aku.
Isteri aku takde program senamrobik pagi ni
jadi dia ikut aku la...
Anak bungsu aku biasalah, kalau ibu dia pi
dia akan pi lah tapi kalau ibu dia tak pi maka tiada lah dia pi...

pagi pagi..
mula nak peluhkan badan
 
separuh pusingan 0.49 km.
 Tiba di tasek ukm tu lebih kurang jam 7.30 pagi. Nampaknya
macam ramai aje kat tasek tu hari ni. Aku hidupkan applikasi untuk
kira masa dan jarak di hp aku. Bila da dihidupkan
maka kami pun mulalah berjalan kat trek
tepi tasek tu..Depan kami berjalan tu ada dua orang
pompuan yang sama sama berjalan macam kami jugak sambil sembang.
Ada jugak sorang atau dua orang lelaki yang sedang berjoging...laju dia joging
...rasanya dua atau tiga kali pusing dan kemudian terus blah kut. Ada jugak beberapa pompuan yang joging jugak dan bila selesai terus blah...



jauh sana tu lelaki sedang memancing..
wefie...
 

Pagi ni banyak pulak burung bangau mengintai mangsa di tengah
tasek tu. Rasanya burung yang sama yang sering aku jumpa tu kut...tak pasti aku
sebab burung tu sama aje dipandangan aku. Terdapat jugak beberapa
orang pompuan yang berjalan berdua dua atas trek tu
sebanyak dua atau tiga kali, pas tu
dia orang blah.
Sering bila datang sini ada aje bekas makanan atas meja di wakaf yang ada kat sekitar tasek tu...aku rasa masyarakat kita ni agak payah nak didik, nak buang bekas
makanan sendiri pun malas sangat...sedangkan tong sampah
ada berhampiran, bukan jauh mana pun...





Ada jugak pompuan yang berjalan
ulang alik kat situ dan ada yang jalan sekejab dan akhirnya
duduk aje kat benteng berhampiran pintu empangan kecik yang mengawal air
di tasek tu...layan handphone...pastu blah...Kali ni ramai pompuan pulak kat tasek ukm tu. Ada sorang yang  muka macam kacukan cina pakai ketayap jalan ulang alik
kat tasek tu sambil layan hp dia. Agak lama jugak dia
kat situ sebelum dia blah dengan truck kecik dia tu. Aku masih terus
berjalan dengan anak dan isteri aku....

Anak bungsu aku buat dua kali pusing aje dan terus duk tepi, sementara isteri aku berjalan tiga kali pusingan kemudian duk tepi trek tu. Dia sambung balik bila aku dah di
pusingan terakhir iaitu pusingan ke enam. Di pusingan akhir tu
aku lebih banyak snap foto aje pun...





Terdapat jugak seorang lelaki yang sedang memancing kat tasek tersebut. Aku tak taulah sama ada memancing tu dibenarkan atau tidak tapi terdapat papan tanda
di larang memancing yang dah dicabut dan disandarkan
dekat pokok di tasek tu. Aku tak pasti
sama ada lelaki tu staf ukm atau bukan...kat motor dia
tu pun tiada sebarang sticker pun...Rasanya tak boleh lah mancing kat situ
..tak cantek pun kelihatan pemancing kat tengah tasek tu...Ada seorang pekerja sedang
bersihkan pokok pokok kat tasek tu...agak dah tua jugak...ewahhh...macam kan aku ni muda pulak...hahaha..opst! ...Sempat la aku sapa dia..sleng macam sleng jawa...rasanya memang orang dari seberang kut. Aku juga nampak ketua pekerja yang bersihkan
sekitar tasek tu yang aku kenal dan sempat aku tegur dan angkat tangan...dia tak keje nampaknya, mungkin pantau pekerja dia kut...





Bila da tamat aku berpeluh di tepi tasek tu...aku pun da nak berenti...terdapat jugak satu keluarga datang ke tasek tu...anak pompuannya joging...laju jugak
lebih kurang 2 pusingan dan berenti serta work out
kat tepi trek bersama adik2 dia...sementara bapanya terus
joging pelahan lahan...lama jugak sampai aku masuk kete dia belum lagi berenti. Ada jugak beberapa orang yang berjalan kat trek tu....







Sebelum masuk kete sempat wefie dengan isteri dan anak bungsu aku tu...Kemudian masuk kete dan gerak ke Bangi Lama. Masa tinggalkan tasek tu
ternampak beberapa pekerja baiki pagar sedang buat
keje dia orang......
Maaf lah, satu lagi entry yang tak berapa nak menarik...dan..hanya sesuai untuk diabadikan dalam blog aku ni....Hari ni hari penamaan calon pilihanraya Semenyih...hahaha..opst!

Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH akan semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa
sentiasa doakan kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
supaya ALLAH SWT ampunkan semua dosa
mereka, dihindarkan daripada
siksaan kubur siksaan akhirat dan siksaan api neraka
dan dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul,
para nabi, dan orang yang soleh serta solehah dan mereka kekal bahagia di dalamnya....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...