Monday, February 25, 2019

Selesaikan hal bersara hari ni...


Diari Daud - Hari ni hari Isnin, 25 Feb 2019..aku pi ukm sebab ada perkara yang perlu diselesaikan untuk bersara tak berapa lama lagi ni...Jam 9.00 pagi
lebih, aku pi gerak ke ukm. Sampai kat ukm lebih
kurang jam 10.00 pagi kut.
Dalam kawasan
kampus jenuh pulak cari parking.
La ni memang ukm susah sangat nak dapat parking...penuh je..
Akhirnya aku parking kat depan dectar, lokasi tu aje yang ada petak parking.
Aku parking aje kete kat situ dan....kena pulak menapak ke opis admin aku di bangunan canselori tu. Jauhnya mungkin dalam 200 meter lebih kut...kut la.....


dengan sdr. kamarul staf uav
..dalam bangunan ni jabatan pendaftar ukm...bahagian sumber manusia...
Tiba di opis tu terus jumpa hajjah juli...dia bagi borang yang dah
siap sain oleh bos aku. Borang tu aku hantar minggu lepas. Bos aku siap sain hari 
jumaat tu...hajah juli gitau hari jumaat tu da siap. Aku wassap kat dia aku amik hari Isnin...hari ni la....Tak ramai kat opis admin tu sebab memasing ada tugas
pagi tu...PKK ni memang memanjang sibuk, sebab stafnya cover
macam macam event....Sempat la jumpa dengan bos
aku encil saipul tu...salam ngan dia....

Kemudian aku kuar daripada opis admin
aku tu..Menapak lagi tuju ke kete. Tiba di kete masuk dan
terus pi opis aku tu di bangunan penerbit. Masuk dan jumpa staf kat sana.
Nampak dia orang tengah sibuk sangat dgn keje...sempat tegur geng media sosial. Mintak sampul surat besar daripada siti suraya sulaiman...tq su...Sempat ucap hai! kat cik asmahanim amir tu...opst! aku lupa aku ucap hai! atau bagi salam kat anim
 tu...lupa dah aku ni...benar sungguh aku da tua...da lupa 
sume...hahaha..memang patut aku pencen pun.....
Dia orang kata aku macam KJ bermisai berjanggut dan rambut panjang...aku akan bersara,
KJ pulak bersara daripada kerajaan...ekekeke....opst! kesian kan...


dengan bos aku ni en. saipul...
sdr. shiddan
Sempat aku berbual dengan sdr. kamarul berkaitan keje...
Aku tak masuk bilik pun, cadang nak masuk hari last nanti...nak amik barang
sikit, sebelum aku tinggalkan bilik aku tu buat selamanya...mungkin tak datang lagi la ke situ...dah pencen kan, buat je la macam orang dah pencen...hahaha...opst!. Bila 
semua dokumen siap maka aku gerak pulak ke pejabat pusat teknologi
 maklumat untuk hantar borang SMU pulak...haihhh...banyak pulak
tugas hari ni...Tiba sana parking kete dan
menapak ke bangunan PTM lebih kurang 50 meter kut...
Aku tuju ke kaunter dan bagi salam. Staf dia datang dan aku jelaskan
semuanya. Dia talipon staf yang berkenaan. Lepas cakap dalam talipon  staf tu
datang jumpa aku dan teliti borang tu. Kemudian dia catat sesuatu dan beri salinan kat aku. Jadi aku pun gerak pulak ke pejabat pendaftar yang jauhnya lebih kurang
500 atau 600 kilometer kut...Kene naik kete gak...kalau menapak
tentu macam cerita lawak aje..tengah2 matahari
terik atas kepala tu kan...kan....hahaha.....


dgn shiddan..
hajjah juli
Tiba di pejabat pendaftar bahagian sumber manusia,
aku terus tuju ke kaunter. Aku gitau aku nak sampaikan dokumen dokumen berkaitan pesara. Kebetulan tiba kakitangan bahagian sumber manusia cik aminah...
rasanyalah...Dengan cik aminah ni aku selalu berhubung melalui
telepon aje tapi tak jumpa muka pun...Dia semak dokumen
aku dan kemudian dia bawak masuk ke dalam.
Dia suruh aku tunggu sebab nak bagi kad pesara yang dah siap...La.. aku ingat kad tu dapat kemudian...jadi aku tunggu aje la kat lokasi menunggu di situ...Pi ke lokasi
menunggu tu...Laaa...di situ berjumpa pulak dengan pemuzik
pusat kebudayaan. Aku tanya urusan apa..dia
sebenarnya di situ berkaitan urusan tamatkan kontrak dia, dia kata dia boleh
sambung kontrak...Sekarang dia macam freelance aje la. Aku kata takde ke kolej kolej muzik. Dia kata sekitar sini takde yang banyaknya di kuala lumpur aje...


da pencen daaa...
pesara...


Tak lama kemudian datang la staf bahagian sumber manusia.
Dia berikan kad pesara kat aku. Kemudian aku perlu dapatkan tandatangan bos
aku untuk satu borang yang masih belum selesai. Aku ingat dah selesai rupanya ada lagi yang perlu dibuat. Inilah benda yang perlu dihadapi bila kita mohon option....
semua perlu diurus sendiri. Aku jugak perlu jelaskan hutang
dengan lembaga hasil dulu. Jadi ada dua keje hari ni...pertama jumpa bos dan
kedua jelaskan hutang dengan lembaga hasil dalam negeri tu...kalau tak jelas, gaji aku kena tahan untuk bulan last ni...ekekeke...ops! lawak kan...apa boleh buat la...

Jadi sebelum tinggalkan lokasi tu aku salam dengan staf bahagian
sumber manusia tu..en. nasir...dan dengan bekas staf muzik pusat kebudayaan
tu...aku tak tau nama dia walaupun da kenal sejak dia jadi staf pusat kebudayaan ukm tu...hahaha...apa boleh buat la....
Jadi aku terus gerak kembali ke opis admin aku di bangunan
canselori tu. Cari parking...payahnya...dapat di tempat yang tak sepatutnya...parking
aje la...dan...kena menapak lagi...menapak aje la...
Tiba di opis admin tu, pertama sekali muka yg aku nampak ialah hajjah juli
 kat kaunter tu la...Sembang ngan dia sat berkaitan borang yang perlu aku dapatkan tandatangan bos lagi. Tanya dia boleh ke aku masuk jumpa bos sendiri...dia kata boleh je, jadi terus masuk dan bagi salam. Kemudian duduk dan jelaskan apa yang aku nak tu...
Dia teliti sat borang tu dan dia tanyala apa yang patut ditanya oleh 
seorang bos kat aku...




Selesai aje terus aku amik peluang akhir untuk selfie ngan bos ni...mungkin takkan jumpa
lagi masa akan datang... Keluar dari bilik bos, sembang sat dengan puan
siti, setiausaha bos dan dapatkan cop. Sembang sat dengan rakan2
kat situ dan selfie ngan shidan...Kemudian singgah di kaunter..
sembang sat dengan hajjah juli dan selfie dengan dia, kene amik
kesempatan untuk selfie dengan hajjah juli ni...akan datang mungkin tak jumpa lagi..
Hajjah Julie ni orang lama, aku kenal dia masa aku staf sokongan lagi, selalu bila kami dari uav buat tayangan video di bilik majlis, sentiasa aje jumpa dia sebab masa tu dia
 staf PRO...memang masa tu keje kami tayangan video untuk
pelawat dan rakaman video....staf uav dari dulu memang popular aje sebab
pi seluruh kampus sebab event yang banyak...masa tu kami staf PUSAT TEKNOLOGI
PENDIDIKAN atau lebih popular dengan gelaran PTP....sekarang pusat tu
da berkubur dan dah takde nesan...maknanya takde tanda...ekeke...
Selesai aje, aku pun terus kuar dan menapak lagi 
menuju ke kete...
.Aku bercadang untuk selesaikan urusan di lembaga hasil kat bandar baru tu sebelah
petang pulak....lunyai dah rasanya badan hari ni...hahaha..opst!

Lepas zohor aku nak pi lembaga hasil dalam negeri kat
bandar baru bangi tu. Isteri aku nak ikut serta...aku tak kisah pun nak ikut
atau tak...mungkin risau kalau2 aku kena kidnap kut...hahaha...suami bukan boleh dibeli kat kedai tayar, kan...tak caya pi la cuba beli...ekekeke...opst!, tak lawak kan...hahaha....
Jadi aku gerak ke lembaga hasil tu jam dua setengah lebih kurang...makan masa lebih kurang 20 minit gak nak sampai sana tu...dekat masjid hijau tu...Tiba aje terus
parking tepi jalanraya aje...Masuk bangunan tu...kaunter pertanyaan
tu belum lagi ada staf...tunggu aje la...Nampaknya ramai
gak orang yang berurusan dengan 'lembaga'
ni...hahaha....



dgn isteri di lhdn bangi..
Tak lama kemudian staf kaunter tu tiba...
aku kena gak ikut berbaris bersama yang lain. Bila tiba turn aku,
aku tanya macam mana nak bayar cukai hasil tu...dia kata di situ tak terima
bayaran...Sebelum tu aku dah amik penyata jumlah cukai untuk dibayar...nak kata banyak tu tak la...tapi banyak gak la...kalau beli tembikai penuh troly kut.....hahaha...
Dia kata kalau nak bayar kena bayar kat bank...pulak dah....
satu keje lagi...Jadi aku pun terus la kuar dari bangunan dan masuk kete, gerak ke cimb kat
bangunan unikeb tu.....Tiba di cimb tu...kena beratur lagi untuk
dapatkan borang bayaran hasil lembaga tu...
Dapat borang isi dan bila siap isi terus pi kaunter pertanyaan balik untuk
dapatkan nombor giliran pulak....Bila nombor giliran dipanggil, aku pi ke kaunter dan hulur borang serta wang tunai hampir enam ratus ringgit aje...hahaha.....
Dapatkan slip bayaran dan slip bayaran ni lah yang bahagian sumber manusia
nak tengok, kalau tak ada,  bayaran gaji takleh dibuat lagi...Jadi, esok aje la
aku gi ukm lagi untuk serahkan semua dokumen tu...hari
ni aku pun dah letih sebab umur da banyak...hahahaha...opst!..Jadi selesai
aje terus aku balik ke bangi lama dengan isteri aku....



Jadi sebelum aku tamatkan entry yang tak berapa nak menarik ni...aku doakan moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH
SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua..dan..
jangan lupa setiap lepas solat doakan supaya
kedua ibubapa kita dan ibubapa
mertua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT
kubur mereka serta dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan siksaan api neraka dan dimasukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal abadi...aamiinnnn...

~ SEKIAN ~ SEKIAN ~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...