Tuesday, February 19, 2019

..di sini lagi...





 Diari Daud - hari ni Rabu, 20 feb 2019, plan dari semalam nak pi panaskan badan kat tasek ukm. Jadi, memang plan nak gi awal pagi. Pagi ni agak mendung cuacanya...
Aku kuar dari rumah 5 minit lagi sebelum  jam 7.00 pagi. Lebih
 kurang 5 minit tiba di traffic light bangi lama
tu. Sangkut sat sebab lampu sedang merah menyala. Bila hijau aje, jalan..
Namun lampu tukar kuning, rasanya
memang tak lepas..bila lampu merah, kete aku betul2
hujung sekali dan macam ketua pulak pada kenderaan lain2 di traffic light tu
...hahaha...Masa lampu kuning kereta depan aku sempat terus ke depan...Yang peliknya ada sebuah motosikal dari laluan lain hon pulak kete yang lepas tu sedangkan
masa tu lampu kuning. Pada aku bila lampu bertukar dari kuning ke merah,
 ia mengambil masa 2 atau 3 saat untuk lampu laluan
lain bertukar hijau. Maknanya motorsikal tu yang salah, dia langgar lampu merah yang belum bertukar hijau...dia yang salah, dia pulak yang hon pemandu lain
...spesis apa kah ini...Jadi untuk nasihat kepada pemandu,
sila gerak setelah lampu bertukar hijau eaaa...
Stress bila kita duk atas jalanraya, bila ramai dikalangan pemandu ber spesis sebegitu..opst! Tu sebab bila berada atas jalanraya jarang pemandu yang tak merungut, sekurang kurangnya, selebih lebihnya memang akan keluar makian daripada
mulut memasing...tak gitu...atau aku aje yang berperasaan
 sebegitu...ekekek..opst!





Masa dalam perjalanan ke ukm tu sempat lagi aku ternampak sisa sisa supermoon kat langit tu. Setakat aku nampak taklah besar sangat bulan tu...atau itu
mungkin sisa sisa kut sebab supermoon tu berlaku
lebih kurang 12 tengah malam tadi......
Pagi ni aku tengok taklah besar sangat...aku bayangkan saiz bulan tu
lebih kurang 20% daripada luas langit yang aku nampak la ni...itu bayangan aku, tapi rupanya tak gitu. Supermoon ni merupakan fenomena dimana bulan
kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada biasa.
Ia jarang berlaku...tahun ni kita boleh lihat sebanyak 3 kali iaitu januari, februari dan mac.

Okay...kembali kepada cite aku la...aku tiba di ukm lebih kurang jam 7.20 pagi. Hidupkan applikasi kat handphone aku dan aku mula berjalan di trek tepi tasek tu.
Pada mulanya aku sorang aje...tapi tak lama kemudian
tiba sorang pompuan muda yang turut
sama gunakan trek tu.
Dia kelihatan berjalan dan adakalanya
berlari...sedangkan aku berjalan aje sebab tak mampu nak
berlari, maklumlah da....hahaha....Kemudian tiba beberapa orang lelaki, ada
yang berjalan dan berlari, ada yang terus berlari hingga tamat satu atau 2 pusingan dan kemudian blah dari situ.






Kemudian tiba sorang lelaki macam melayu campur orang puteh, rasanya pensyarah ukm kut. Dia berlari selama dua pusingan dan lepas tu buat work out kat tepi trek
tu dan kemudiannya blah dari situ. Rasanya hari ni macam
ramai aje yang berjalan dan berlari kat trek tu
...ramai lelaki....
Satu grup pompuan tu buat work out kat
tepi trek tu dan berjalan sekali, kemudian dia orang blah dari situ. Ada sorang
lelaki tu selalu aku jumpa dia di situ...dia berlari hingga selesai dan
kemudian rehat di tepi trek tu..Hari ni tiada dikalangan yang
datang tu bawak keluarga, semua single
dan kumpulan kenkawan aje..





Aku cuma buat dua kali pusingan sebab kat cafe tepi trek tu da ramai pelanggan dan selebihnya aku berjalan ulang alik dari satu point ke point yang lain
selama cukup lebih kurang sejam. Ada jugak datang
sekumpulan lelaki, rasanya dalam5 orang
kut yang buat work out kat
tepi trek tu secara berkumpulan, mungkin
dia orang rakan rakan kut...dia orang buat work out secara
beramai, buat sesama dan bilang gerakan secara bersama sama...Masing masing
badan semuanya gempal gempal aje...memang patut la dia orang rajin
rajin work out kat situ...hahaha...opst! ..membawang
pulak kan...hahaha......
Masa aku dah siap tempoh aku peluhkan badan kat sini, dia orang masih buat work out lagi kat situ....






Setelah aku selesai berjalan tanpa henti selama lebih kurang sejam, maka aku tutup applikasi kat hp aku dan seterusnya baru aku ada masa tuk snap foto
kat sekitar tasek tu. Trek kat tasek tu basah banyak
bahagian sebab mungkin hujan semalam
kut...Trek yang rosak tu memang rosaklah, harap satu
hari nanti akan dapat dibaiki kan...Trek yang rosak tu tentu bertambah rosak
sebab kenderaan pun lalu kat atas trek tu, rasanya lori amik sampah kut sebab ada bekas tayer lori kecik kat trek tu....

Pekerja masih terus bekerja masa aku dah siap tu...keje di sini memang takkan abis sebab pokok pokok banyak di situ. Selagi pokok tu wujud selagi tu lah keje tak abis.
Sampah yang banyak di situ yang selalu dibersihkan oleh pekerja
ialah daun daun kering...Kalau musim luruh memang
penuh la daun2 kat tepi tasik tu....Memang
tak abis abis la keje kat situ sampai bila bila...sempatlah aku bagi salam
dan angkat tangan kat pekerja yang selalu keje kat situ yang memang aku da kenal dari mula aku beraktiviti kat tasek ni.....






Tasek ukm tu rasanya dulu macam luas sikit tapi la ni cuma ada dibahagian tengah aje. Ini mungkin sebab bertahun tahun keladak masuk ke tasik dan menimbun sikit demi
sikit tasek tu. Keladak yang terkumpul tu makin banyak dan kemudian
ditumbuhi rumput dan sebagainya..Rasanya kalau tak di atasi maka
 akhirnya tasek tu akan jadi kolam aje..ekeke...Perlu jugak
di bersihkan supaya di dalam tasek tu jugak tak 
ditumbuhi tumbuhan air yang akan
 menyempitkan
permukaan tasek tu terutama pokok pokok tumbuhan air
termasuk pokok kelandi bunting, sape pulak yang membuntingkan
 keladi tu...huhuhu..opst!. Serius owww...lama lama tasek tu akan jadi padang bola je kan...kan...kan...hahaha...opst!

Selesai snap foto foto maka aku pun masuk kete dan mula gerak balik. Masa aku tinggalkan tasek tu, kumpulan lelaki gempal masih work out kat tepi tasek tu, lelaki muda
yang kuat joging tadi tu duk rehat sambil belek handphone,
dan pekerja masih teruskan keje dia orang...






Sebelum aku tutup cite yang tak berapa nak menarik ni, aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke
akhir hayat kita...dan jangan lupa setiap kali lepas solat
doakan supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mertua kita diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka dan dihindarkan
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka oleh ALLAH SWT ke dalam syurga yang kekal abadi...
Jangan lupa jugak doakan untuk rakan2 kita yang
telah mendahului kita. Jangan lupa jugak doakan supaya rakan2 kita
yang sakit akan segera sembuh...begitu juga doakan yang baik baik untuk semua kaum muslimin dan muslimat seluruhnya...aamiinnnnn.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...