Tuesday, February 26, 2019

Pi Pusat Kesihatan UKM

 Gi ke pusat kesihatan...

pusat kesihatan..
Diari Daud - Hari ni Rabu, 27 Feb. 2019 - aku pi ukm sebab nak jumpa doktor kat pusat kesihatan ukm tu. Semalam dah pi tapi keputusan ujian darah tu belum mai lagi,
 jadi hari ni aku buat follow up la...Aku tiba ukm lebih kurang jam
9.30 pagi. Aku pi dulu kat makmal tempat amik
darah tu. Aku tanya result darah
aku...Staf kat situ
semak buku dan tak lama
kemudian dia gitau dah hantar kepada doktor.
Jadi aku pun terus naik atas dan terus gi ke kaunter, isi nama dan
lain lain data, kemudian bagi kat staf situ...Aku kata nak jumpa doktor jawhar, doktor yang sering aku jumpa tu. Staf tu kata boleh. Staf tu cari fail aku...
Aku kata ni kali akhir aku datang sini, dan bila bersara nanti aku kena buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan kat luar. Aku ucapkan terima kasih la kat dia orang 
semua, selama aku dapatkan khidmat kat sini. Dia orang ucapkan
selamat bersara...Kemudian aku tunggu
nama aku dipanggil untuk
masuk jumpa doktor...lama jugak aku tunggu,
rupanya memang ada pesakit kat dalam bilik dr jawhar tu...
Selepas pesakit tu keluar tak lama kemudaian aku pula dipanggil masuk...
aku bagi salam kat doktor tu...walaupun  namanya DR THAM tapi ada @ iaitu DR. MUHAMMAD JAWHAR kalau tak silap aku...
Aku duduk dan dia jelaskan apa yang terkandung dalam ujian darah aku tu..
Dia kata keputusan ujian tu ok dan boleh diterima, terkawal dia kata. Tapi tekanan darah aku 134/80...ok gak kut dengan umur aku...Kemudian dia buat surat untuk
buat rawatan di klinik kerajaan di luar sebab lepas pencen
aku tak boleh lagi terima rawatan di sini...kalau
nak rawat di sini aku akan dikenakan
bayaran...jadi terpaksalah aku minta surat rujukan untuk dirawat di klinik kerajaan luar ukm.


dengan DR. JAWHAR..hensem dr ni kan...
Masa dia tulis surat tu macam macam dia bagi tau...dia suruh aku kurangkan berat badan, selalu eksesais dan jaga makan. Sebab penyakit orang dah bersaranya
macam macam, tambah lagi bila umur dah banyak...jantung
biasanya....Dia kata eksesais sekurang2nya
2jam setengah kalau berlari
dan 3 jam setengah jika berjalan...dalam seminggu...wah! aku ni dah silap la..
aku biasa buat 2 jam aje seminggu maknanya tak cukup la macam tu...Jadi aku kenalah buat lebih 3 jam sebab aku cuma berjalan aje...berlari dah tak mampu...ekeke..
Bila pulak nak start 3 jam lebih ni...minggu ni pun belum
buat walau sejam pun...ekekeke...

Bila semua dah siap, dia pun bagi surat tu kat
aku..Aku pun ucapkan terima kasih kepada dia banyak banyak
selama aku dapatkan rawatan kat sini...Dia pun ucapkan selamat bersara kat aku..
Kemudian aku terus kuar bilik selepas beri salam kepada dia...Tiba di luar ooopst! bersua pulak dengan cik anne rakan se opis aku...Laaa...aku pun tanyalah kabar dia...Aku tanyalah apa sakit dia...kami sembang kejap...Aku kata
kat dia moga cepat sembuh...Siankan, bila kita tau orang lain sedang sakit...Aku memang harap supaya dia cepat cepat sembuh...aamiinnn...Kita doakan dia supaya
cepat sembuh....Lepas abis sembang dengan cik anne aku pun gerak pulak ke farmasi untuk amik ubat...bila ubat sampai dan diberi kat aku maka
aku ucapkan terima kasih banyak2 kat staf tu dan ini kali akhir aku datang situ..
Staf farmasi tu pun ucap kat aku selamat bersara.....ok, itu aje cite aku hari ni, esok hari akhir aku sebagai staf ukm dan aku akan datang sat ke opis aku tu untuk kali
yg terakhir....mungkin aku tak pi lagi ke sana...kalau dah pencen,
buat la cara orang dah pencen...ekekeke....opst!

tunggu ubat..
Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan ALLAH SWT ampunkan semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita...dan jangan lupa
seringlah kita doakan supaya ALLAH SWT luaskan kubur kedua
ibubapa kita dan ibubapa mertua kita dan dihindarkan
mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan
api neraka dan dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, dan orang yang soleh dan solehah.....aamiinnnn....

~~~ SEKIAN ~~~
daud.montak.zakaria

1 comment:

  1. Aminnn. Terima kasih mendoakan kesembuhan saya. Moga² kita sentiasa dilindungi Allah swt. :)

    ReplyDelete

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...