Hari ini Ahad, 26 Nov. 17, pagi ni agak letih sebab semalam sampai
rumah jam 12.00 tengah malam selepas habis buat
rakaman video mcp pesta tanglung...
Jadi duk diam je pagi ni...
Tapi jam 11.00 pi hantar anak bungsu
latihan silat di masjid bangi. Kemudian ajak isteri pi beli
barang dapur. Masuk pasaraya.....waaa....ramai orang... nak sorong
troli pun susah terutama kat bahagian sayur dan ikan...mungkin orang amik
kesempatan beli barang masa cuti kut. Rasanya harga barang
ni mungkin berubah ubah kut mengikut harga
minyak yang berubah tiap minggu
...gamaknya kut.....Apa boleh buat la....
Kalau tengokkan
apa yang ada dalam bakul macam tak sepadan
dengan bayaran yang diberikan kepada cashier kat kaunter tu....apa
boleh buat...kan kita nak menuju negara maju. Tak tau aku apa kelebihannya
negara maju tapi rakyatnya.....ermmm...tak mampu nak teruskan
bicara di sini....Masa nak bayar pun amik masa
jugak...ramai orang.........
Selesai bayar aku ajak isteri
pi makan di food court. Kami order dan makan
yong taw foo....satu pinggan makan berdua.. Aku tengok jam
hampir pukul satu...kena cepat untuk amik anak aku kat masjid sebab
latihan silat tamat jam satu petang. Terkocoh kocoh habiskan
makanan sampai tak sempat nak order air.
Dalam terkocoh kocoh pi
tempat letak kete...isteri aku dapat call
dari jiran sebelah...dia kata dia amik anak aku bersama
anaknya dari latihan silat. Tengok...aku memang punyai jiran jiran yang baik...
aku amat berharap aku sekeluarga juga menjadi jiran yang baik dan diberkati serta dirahmati ALLAH SWT dunia hingga syurga...aamiinnnn....
Latihan tamat cepat sebab di masjid akan
aku amat berharap aku sekeluarga juga menjadi jiran yang baik dan diberkati serta dirahmati ALLAH SWT dunia hingga syurga...aamiinnnn....
Latihan tamat cepat sebab di masjid akan
diadakan satu program lain. Hah! lega rasanya...jadi taklah kami terkocoh
lagi untuk jemput anak.
Waktu petang pula
kami lawat anak SALAH SEORANG KENALAN KAMI YG PALING ISTIMEWA
...huhuhu....di Semenyih. Anaknya bersalin baby pertama. Kenalan kami
...huhuhu....di Semenyih. Anaknya bersalin baby pertama. Kenalan kami
YANG PALING ISTIMEWA tiada di rumah kerana ada satu urusan di johor.
Sebenarnya kami cadang nak
Sebenarnya kami cadang nak
melawat tengah hari semalam tapi aku nak keje, tak jadi. Cadang
juga nak melawat tengah hari tadi tapi dikatakan dia akan
keluar petang ni lepas asar. Jadi akhirnya
kami melawat lepas asar.
Tak lama pun kami di rumah SALAH SEORANG KENALAN
PALING RAPAT kami tu....hahaha...... Lebih kurang sejam je kami kat situ
sebelum kami gerak balik ke bangi. Sampai rumah da masuk
maghrib.
sebelum kami gerak balik ke bangi. Sampai rumah da masuk
maghrib.
Itu je la hal yang dibuat hari ni....esok keje
...huh! hari senin ni rasa berat je nak langkah kaki pi keja......huhuhu........
*suami, isteri, anak2, harta, pangkat dan segalanya adalah pinjaman ALLAH SWT....
sebagai ujian untuk kita semua...hati2 lah...
*suami, isteri, anak2, harta, pangkat dan segalanya adalah pinjaman ALLAH SWT....
sebagai ujian untuk kita semua...hati2 lah...
SEKIAN
No comments:
Post a Comment