Hari ini, Ahad, 19 November 2017, aku dan isteri bawak anak bungsu pi
klinik. Dah 3 atau 4 kali pi klinik...kalau tak silap...tapi..demamnya
on off on off je...Rasanya da macam dua atau tiga minggu dia
macam tu...Latihan silat dia di masjid bangi hari ni pun tak pi
sebab demam dan muntah muntah tu.......Aku bimbang
kalau kalau demam denggi. Kawasan aku memang kawasan denggi pun...
klinik |
tesco bandar putri |
Hari ini dia muntah, jadi dek kerana
risau demam denggi, aku bercadang untuk cek darah
kat klinik di bandar seri putra tu. Jadi tiba je di klinik, parking kete
dan terus register di kaunter. Tak ramai pelanggan pun, sib kami baik sebab
kami je yang mula sampai. Jadi tak berapa lama kemudian
anak aku dipanggil nama. Isteri aku bawak dia
masuk...aku tunggu luar je....
Seketika kemudian
dia orang keluar. Isteri aku kata tak perlu
cek darah sebab doktor kata tonsilnya merah, bengkak gak
kut. Itu mugkin sebabkan demamnya on off...on off je tu..
Doktor bagi ubat demam dan antibiotik dulu...dan
tengok dua atau tiga hari ni.......
food court |
tesco |
Selesai je pi klinik
kami pi tesco untuk beli ikan dan sayur sikit. Masuk je terus pi tengok2
dulu bahagian alat alat letrik. Tengok harga je pun, bukan beli.......
Kemudian pi beli ikan. Beli 4 jenis ikan...beli sikit je pun
...bukan ramai....tuk makan tiga atau empat beranak
je.... Bila tiba tesco ni aku teringat dia
orang viralkan ayam sembelihan kat tesco tu...
pada aku kalau da ada 'halal jakim' boleh je dibeli dan makan...
tak perlulah kita nak periksa sampai ke kilang sembelihannya pulak...kan...
kalau macam tu susah la. Islam ini memudahkan...tapi bukan
dimudahkan. Tentu sukar kalau kita selidik sampai
ke akar umbi. Aku beri contoh..wang kertas
yang kita gunakan hari hari ni...
tidakkah kita fikir ia bernajis kerana wang tersebut
beredar dari satu tangan ke satu tangan yang lain. Tentu tak mustahil
wang tersebut di pegang oleh penyembelih babi yang masih ada darah babi di tangan
nya semasa pegang wang tersebut....tentu wang tersebut menjadi najis kan.
Begitu juga... mungkin wang tersebut terkena najis oleh tangan
yang mengelap anunya dengan kertas tandas selepas buang
air besar atau kecil....kan...kan...kan......
Ooopst! ini bukan fatwa ye...
tapi cubalah tanya ustaz ustaz yang bertauliah........
Oooopst! berbalik kepada cerita tesco tu...
lepas keluar tesco...biasalah...anak aku mesti nak pi makan..
Jam pun da tunjuk angka 12.00 tengah hari...jadi kami singgah kat food
court tesco tu... Gi duit kat isteri...dia yang pi beli makanan dan minuman dengan
anak aku. Kami minum milo panas dan teh tarik panas...Teh tarik tu
anak aku punya. Makanan aku order mee hailam...isteri aku
sop cendawan...anak aku biasalah tentu spageti...
Mee hailam aku tu setakat ok je...sebab aku tak pandai menilai
makanan...pada aku kalau boleh makan...aku makan je.....jangan ada makanan
yang alahan tuk aku ..sudah ok la tu....Selesai je makan kami beredar dari tesco untuk
balik. Harap apa yang aku belanjakan dengan ikhlas dan tidak riyak untuk
anak isteri ni menjadi amal dan berpahala...insya ALLAH...
Petang ni pula isteri aku nak pi
hospital serdang untuk tengok anak jiran dengan jiran sebelah
rumah. Sebenarnya aku da plan nak melawat hari ini waktu tengah hari. Dulu
semalam aku dah rancang. Disebabkan sabtu aku keje petang hingga malam, jadi cadang
nak pi tengah hari ni. Oleh sebab jiran sebelah rumah dah ajak isteri aku nak
pi lepas asar jadi aku tak perlu pegilah. Alhamdulillah, aku
memang punyai jiran-jiran yang baik kat sini....
separuh makan...anak aku amik sop cendawan...ibunya spageti pulak...aku tak minat spageti ni...melainkan kalau aku tak dapat makanan seminggu ...huhuhu... |
spageti & chicken chop |
Esok aku mula cuti seminggu yang baru diluluskan ....minggu depan
selama seminggu. Walau bagaimana pun aku akan pi keje sebab ada keja
suntingan yang perlu aku buat serta ada keje rakaman MCP yang aku akan 'involve'.
Namun takde la aku buat suntingan sepanjang hari..mungkin separuh
hari je dan taklah aku masuk opis 7.00 pagi lebih kurang seperti
biasa. Mungkin aku masuk jam 8 pagi dan balik tengah
hari...ok la tu kan.....ada video yang perlu
diselesaikan sebab da lama dalam 'peti sejuk'.....rakaman mcp
semalam pun aku kena cepat sunting....
aku da abis da... |
kuah mee hailam ni macam banjir kat penang...oopst! |
Apa apa pun doa aku, moga kita muslimin muslimat, bahagia hidup di dunia hingga ke syurga...aaminnn..
SEKIAN
No comments:
Post a Comment