Saturday, November 11, 2017

...cuti yang terisi...

Hari ini, Sabtu, 11 Nov. 2016, waktu pagi rehat je kat rumah. Jam 12.00 tengah hari
pi nilai. Isi minyak kete dan singgah kat tesco nilai untuk
isi perut untuk sesi tengah hari.




Anak bungsu aku...macam biasalah order spegeti dan chicken chop. Macam 
benda tu je yang ada kat dunia. Kalau makan kat luar tu je la
menu dia....
Isteri aku order mee hon soto...aku...aku tak kisah
apa je...semua aku makan melainkan makanan yang aku pantang...
pantang sebab ia alahan untuk aku........




Sebelum tiba makanan, ada seseorang yang letakkan nota atas meja makan kami 
sebelum jual cup cake dia. 
Disebabkan telah viral di fb mengatakan cup cake tersebut dikhuatiri
bahan2 yang terdapat dalamnya maka aku menolak
untuk membelinya....Individu yang menjualnya
mirip macam warga asing. Namun yang jual cup cake
kat aku masa di tesco bandar puteri dulu mukanya mirip macam melayu...
dan dia kata untuk membantu pendidikannya....Kat tesco bandar
puteri tu aku beli sambil menderma rm10.00....
macam2 zaman sekarang niiii....
Habis je sarapan kami terus balik kerana petang nanti ada program lain pulak...

...........................................................................................................................

Tiba dirumah hampir jam dua petang. Lepas solat zohor rehat sebentar. Lebih
kurang jam tiga setengah petang kami tinggalkan rumah  untuk
menuju desa sentosa berhampiran dengan teras
jernang. Sebelum tu kami singgah
dekat masjid bangi
untuk amik seorang lagi rakan anak aku di situ....

desa sentosa...
dalam dewan
latihan sebelum majlis
majlis bermula
anak aku...


Tiba di kawasan ini, kami tercari cari lokasi tempat majlis berlangsung. Sebenarnya
desa sentosa ni da ujud berpuluh tahun dulu...tapi ini kali pertama
aku masuk ke sini. Rupanya banyak rumah dalam desa ni, daripada
apartmen hingga ke banglow. Betul2 aku tak
tau ada banyak rumah di dalam desa ni...hahaha...
Maklumlah sebelum ni takde apa2 keperluan aku nak masuk
ke sini. Yang berhampiran dengan jalanraya fasa satu ...yang fasa
dua kena masuk ke dalam lagi. Bila semak google map memang kena
masuk ke dalam lagi.....jadi kami teruskan ke depan...

anak aku...
demontrasi selepas terima bengkung..
demontrasi selepas terima bengkung..
demontrasi selepas terima bengkung..


Mulanya kami tersilap masuk lorong...lorong tersebut menuju ke blok perumahan.
Kami keluar balik dan pi ke depan lagi. Barulah jumpa dewan orang ramai
yang berhampiran dengan surau. Turunkan isteri dan anak
kemudian aku pi parking kat surau. Kemudian
masuk dewan.
Kami datang ke sini sebab
bawa anak ke majlis penyampaian bengkung dan
sijil selepas anak lulus latihan seni silat gayung beberapa minggu yang lalu.

demontrasi selepas terima bengkung..
demontrasi selepas terima bengkung..
grup foto dengan guru2...
acara penutup gelanggang...


Sebelum majlis mereka mengadakan latihan untuk majlis tersebut. Kami asar di
 surau berdekatan sebelum majlis bermula pada jam 5.00 petang.
Di surau tersebut terjumpa rakan se ofis aku yang tinggal
di desa sentosa berkenaan. Haha.....
terkejut kucing gak dia bila nampak aku kat situ....
Majilis tersebut mengandungi taklimat guru silat yang
mengajar silat berkenaan. Kata kata yang disampaikan oleh guru yang
akan menyampaikan bengkung, penyampaian bengkung, serta demontrasi silat
dan akhirnya bersurai....
Majlis ini ialah untuk gelanggang IMPIAN PUTRA, MASJID BANGI
dan gelanggang DESA SENTOSA. Tamat je majlis
dan selepas selesai minum kami gerak
pulang............
Moga apa2 aktiviti hari ini dan hari2 seterusnya dirahmati dan
diberkati ALLAH SWT....aamiinnn....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...