Hari ni, Sabtu, 18 Nov. 2017... tukar menu pulak sarapan pagi ni... Aku
bawak isteri dan anak aku pi sarapan di gerai kat
stesen komuter Pekan Bangi.
Masuk gerai je terus
cari meja untuk duduk tiga orang.
Cadang nak duduk kat depan tapi memandangkan
ada pelanggan duk dengan isteri dan anak kecil kat depan, aku tak
jadi duk kat situ. Aku pilih meja jauh sikit sebab pelanggan
tu hisap rokok di meja berkenaan depan anak
bininya. Tulah kalau da IQ rendah,
perangai pun tak berapa
nak cemerlang....opst!
Asap rokok tu bahaya untuk
anak kecil dan bini tu....kalau ye pun nak merokok
pi jauh dari anak bini....jadi cerdiklah sikit...oooopst! Aku
duk meja jauh pun nak elak anak bini aku dengan asap rokok dia tu...bukan
nak berlagak pandai tapi..tanggung jawab bapa untuk
elak kemudaratan berlaku kepada anak bini....
Kalau aku perokok pun aku tak akan buat benda macam tu...huhuhu...
Rasa nak snap je foto brother tu...tapi...fikir rasa macam
tak baik pulak aibkan orang...hahaha...macam
ayat riyak je ni kan...hahaha....
Bila duk kat meja...datang
pelayan wanita kedai yang dah umur 53 tahun tu datang
dan tanya nak order apa. Aku order roti canai jantan (telor)...opst!, begitu
juga dengan isteri aku....Anak aku order roti bom dua....dan
satu lagi roti bom untuk bungkus. Meja kat
depan tadi dah dikosongkan oleh
pelanggan yang aku
ceritakan awal tadi dan kami pi pindah meja tu....
Bila sampai je makanan yang di order, kami pun terus sarapan.
Agak lama gak kami kat situ menikmati sarapan pagi.
Sebenarnya saja je aku nak sarapan kat
situ, mudahkan isteri supaya
rehat daripada buat sarapan. Lagi pun belanja
anak isteri makan ni berpahala jika ikhlas...ikhlas tu penting.
Tak kisahlah di mana pun kita sarapan, samada tempat murah, mahal
atau eksklusif dan sebagainya...yang penting kita sebagai
bapa buat semua tu dengan ikhlas dan bukan
tujuan untuk riyak.....tak gitu...
Riyak ni kalau
benar2 tak perihatin, kita tak sedar....rasa
diri tu berkemampuan untuk bawak anak bini sarapan luar
pun boleh menjadi riyak....sarapan tempat eksklusif pun boleh jadi riyak,
tayangkan makanan di media sosial pun boleh menjadi
riyak dan pelbagai lagi....aku tulis blog
ni pun boleh menjadi riyak kalau tak berhati2, jadi hati2lah
dengan riyak yang digalakkan oleh iblis tu....
Ermmm...petang nanti
aku ada tugas rakaman mcp di dectar.
Balik tentu tengah malam. Cuti2 ni
macam malas je nak pi keje...tapi apa boleh buat da tugas.
Keje aku ni bukan boleh sensorang...perlu sekurang2nya 10 orang.
Namun malam ni kami keje dalam bilangan krew yang
terhad. Itu je yg boleh dibuat. Sebab ...ada sebabnya
yang tak boleh didedahkan kepada umum...
Cuti hujung tahun aku pun da banyak
kerana membuat keje2 luar waktu opis macam ni....macam tak
cukup masa nak bercuti sebab banyak keje....mungkin ada cuti yg tak akan
diluluskan .....mungkin atas sebab banyak keje kut.....atau ada sebab
lain.. yang aku tak tau...huhuhu........tapi tu lah, hati2 dengan
hukum karma...atau dalam Islam pun kita dilarang
MENZALIMI insan lain kerana DOA insan
teraniaya kepada PENCIPTA
lain.. yang aku tak tau...huhuhu........tapi tu lah, hati2 dengan
hukum karma...atau dalam Islam pun kita dilarang
MENZALIMI insan lain kerana DOA insan
teraniaya kepada PENCIPTA
tiada hijabnya dan akan cepat di kabulkan PENCIPTA...huhuhu...opst!
SEKIAN
No comments:
Post a Comment