Friday, November 3, 2017

Persiapan Majlis Aqiqah cucu sedara..

Semalam, Jumaat, 3 Oktober 2017, hantar isteri pi rumah kakaknya di di Kampung
Abu Bakar Baginda. Lepas solat Jumaat terus hantar anak bungsu
dan rakan2nya pi sekolah agama dan kemudian terus hantar
isteri ke rumah kakak dia...kakak dia tu kakak ipar 
aku la jugak...........




Aku tak singgah pun cuma turunkan isteri aku dan pastikan dia masuk rumah...kemudian
aku terus gerak ke UKM untuk bekerja la..... Ada kerja suntingan yang
perlu aku selesaikan. Namun walaupun dah cuba
tuk siapkan keje aku tu...tapi tak
selesai jugak...huhuhu...sambung je minggu depan...

Sebelah malam lebih kurang jam 9.30 malam gerak
untuk amik isteri aku di rumah kakak dia. Namun sebelum tu aku terus
pi bandar baru bangi tuk isi minyak kete. Hermm...minyak da naik ni agak kurang gak
minyak tu dapat memenuhi tangki. Kurang setakuk lagi tuk penuh...huhuhu..
Aku pi dengan anak bungsu aku. 
Tiba di rumah akak ipar aku lebih kurang jam sepuluh
malam. Masa aku duk sana, aku bantulah sikit2 keje yang aku mampu
buat...tu pun bila diminta...biasalah lelaki kan...bila diminta baru dibuat...huhu..
itu mungkin aku je kut...orang lain tentu tak gitu kannnn....

persiapan...
anak bungsu aku tu...


Sebenarnya isteri aku bantu kakak ipar aku serta
menantunya buat persediaan majlis aqiqah yang akan berlangsung
hari ni...tunggu je cerita baru tuk hari ni... Masa berbual dengan akak ipar aku
tu...dia kata dia tak sihat, kakinya ada masalah dan tak boleh berdiri lama, mungkin
itu sebabnya dia minta isteri aku bantu dia untuk buat persediaan.
Moga isteri aku memperoleh pahala kerana membantu insan
lain yang perlukan bantuan...insyaALLAH...
Akak ipar aku kata... belum pi klinik lagi...mungkin lepas selesai 
majlis aqiqah ni...

Pada aku....kalau isteri aku sakit...
pertama aku bawak pi klinik...bila tak sembuh2 ...baru aku
pi darus syifaq. Aku percaya kepada dua2 kaedah sebab kita manusia yang
jiwa kita semua di tangan PENCIPTA. Tak perlu kita sombong mengatakan kaedah
perubatan Islam sangat mengarut. Dunia ni bukan kita je duduk tapi
makhluk ciptaan ALLAH yang lain, yang ada dikalangan
mereka(makhluk tu la..) yang berikrar untuk menyesatkan
manusia. Jadi kalau
perkara tersebut disebabkan sihir, maka
hati2 lah perbuatan tersebut merupakan perbuatan khurafat...perbuatan
syirik yang mungkin boleh menyebabkan pembuat sihir dan pengupah pembuat
sihir akan meringkuk dalam penjara NERAKA buat selama lamanya.
Neraka panas beb...tak payah tanya macam mana panasnya neraka..cuba
letakkan tangan di api dapur...tak kena lagi pun...tapi
bahangnya amat terasa...kalu kena tentulah haru kan...........Bayangkan
api neraka tu 70 kali lebih panas drpd api yang ada kat dunia ni.
Pada aku api yang paling panas kat dunia ni seperti
lahar gunung berapi lebih drpd 1000 darjah celsius....kan gitu....
dan kalau kita kekal dalam neraka, bayangkanlah..............................................
Jadi tolonglah...siapa pun kita...jangan cuba melakukan
sihir kerana sihir dipegang oleh jin dan syaitan...
tolong arrr...jangan amalkan sihir.
Macam yang aku katakan dosa sihir adalah dosa
dengan PENCIPTA dan juga dosa yang berkaitan dengan manusia. Dosa dengan
ALLAH SWT boleh terhapus dengan TAUBAT...Dosa dengan manusia lain...macam mana?
Hermmm...tepuk dada tanya IMAN....Bahaya dosa sesama manusia ni...lebih2
lagi dosa sesama Islam. Tak sempurna IMAM jika kita menyakiti
sesama sedara seISLAM sama ada  secara rohani 
atau jasmani. Kalau tak sempurna
IMAN maka kita tak layak pun jadi penghuni SYURGA. 
Kalau tak layak untuk SYURGA, maknanya KITA layak ke mana.... ...huhuhu...
tanyalah hati sendiri ye...

laksa beb...
laksa tepung uli sendiri...
ni pinggan aku...
kanan tu isteri aku...yang kecik tu cucu sedara isteri aku...sorang lagi tu anak sedara isteri aku...


Di rumah akak ipar aku tu....sebelum balik
kami pekena LAKSA dulu...selesai menikmati LAKSA kami minta
diri untuk balik. Jam masa tu menunjukkan angka lebih kurang 12 TENGAH MALAM...
Doa aku moga majlis aqiqah anak mail dan nini serta anak safiah dan...
ermmmm....lupa nama suami dia daa....akan berlangsung
dengan licin dan lancar...serta diberkati ALLAH SWT....insyaALLAH TA'ALA...
Tak lupa juga doa tuk akak ipar aku...moga cepat sembuh.....aaminnn...

SEKIAN....

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...