Sunday, November 5, 2017

rutin hari ahad...

Hari ini Ahad, 5 November 2017. Rutin hari Ahad kalau tak keje aku
uruskan hal anak. Anak bungsu aku bila jam 11.00 pagi
kene hantar pi latihan silat di masjid bangi.
Bukan tujuan nak jadi pendekar
tapi sekurang kurangnya adalah masa yang di isi 
dengan perkara yang berfaedah. Mungkin silat juga mampu
membentuk disiplin diri dia sendiri. Maksudnya tidak pengecut, takut
dan sebagainya. Mungkin boleh membentuk hati menjadi
cekal dan tahan dengan segala dugaan yang
mendatang. Tidak mudah mengalah...
dalam perkara yang benar laaa...

anak aku tak lari dgn menu regular dia..spegeti..



Latihan tersebut sampai
jam satu petang. Aku pi amik dia jam satu.
Dalam kete lagi dia da ajak makan kat luar. Kalau ikutkan
aku memang aku taknak pi pun makan kat luar, tapi tak sampai hati,
jadi aku kata selepas solat zohor baru pi. Hari ini
juga isteri aku ada program di surau.
Bila isteri balik dan selesai
solat zohor, terus ajak pi ke tesco bandar puteri.
Lagi pun hari ni anak aku kena pi klinik sebab matanya sakit,
merah dan perlu cek di klinik. Tapi sebelum tu kena
pi makan dulu. Tiba di tesco terus
je masuk dan rayau2 dulu.




Akhirnya kami singgah di food court.
Isteri aku pi order setelah aku gi duit. Dia order air dulu.
Dia order kopi untuk aku...mereka order air tembikai. Kemudian
dia order spageti dan chicken chop untuk anak aku...
Isteri makan  set kentang dan mushroom sup.
Aku makan kentang goreng je.....
Selesai je terus pi
klinik. Lama pulak dia orang kat
klinik sebab doktor tiba lewat sangat kat klinik. Ada
bayaran tambahan untuk bil klinik. Sekarang ni segalanya da
naik....apa boleh buat laaaaaa.........
Apa2 pun bersyukurlah masih ada tempat untuk
mendapatkan ubat buat masa ini dan.....
insyaALLAH untuk masa depan.....................................




Sebagai bapa kita tak perlulah berharap apa yang kita belanjakan untuk anak
dan isteri dibalas oleh mereka. Yang penting kita sudah tunaikan
tanggung jawab kita sebagai bapa, kita berharap
je  la kepada rahmat dan keredhaan
PENCIPTA ... yang kita
duk sembah 5 kali sehari tuuuu....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...