Friday, November 24, 2017

Jadual SABTU yang PENUH...keje & majlis kawen..

Hari SABTU, 25 Nov. 2017... Pagi ni aku free....isteri pi uruskan Majlis Penyampaian
Sijil Tadika Surau taman kami. Pagi pagi lagi dia da pi tadika
untuk uruskan perkara berkenaan.
Bila takde apa nak buat ....aku ajak anak bungsu
aku pi Tesco Bandar Puteri. Aku nak belanja dia makan dan beli pape
je di Tesco tu. Lagi pun hari lahirnya da lepas dan belum raikan pape lagi pun. 
Tarikh lahirnya 20 November..... Da lebih 5 hari berlalu. 

tesco bandar puteri
food court
order air
hasil perbincangan dengan penjual kat food court...


Kami tiba di Tesco jam 10.00 pagi
lebih kurang. Masuk Tesco tuk beli apa2 je yang nak
beli. Aku beli toaster roti sebab isteri aku kata sebelum ni, nak beli. Anak aku
biasalah budak lelaki, beli mainan hot wheel dua bijik...hampir 30rm..
kurang beberapa sen je....

Kemudian kami keluar dan pi
ke food court. Sampai sana tanya anak aku nak makan apa...kemudian
kami pi ke bahagian western....order kentang goreng....anak aku order beef ball....
kemudian pi ke tempat minum. Aku order white coffee...dia order teh 
tarik....aku tanya nape pilih teh tarik...dia kata dia suka...
...mana mana laa.....




Kemudian pi bawa minuman ke meja..
Duduk dan tunggu makanan yang di order tu...
Tak lama kemudian order pun siap. Anak aku pi amik...aku tunggu
je.... Dia bawak dua2 makanan tu tangan kiri dan kanan. Aku nak supaya dia
biasa cara macam tu...supaya dia terlatih supaya pi amik sendiri
makanannya...huhuhu...tapi tu la...makanan aku pun
dia bawak sama...hahaha...susah gak nampaknya pegang pinggan kiri kanan...


sekejap je beef ball abis...
mula makan kentang goreng depan aku ....suh order lagi taknak...


Kemudian kami berdua terus menjamu selera
dengan makanan tadi. Nampaknya anak bungsu aku da lupa da dengan
menu spagetinya tu...jemu la tuuu.... Aku tengok beef ball dia cepat je abis...aku
tanya sedap ke...dia kata sedap...namnpaknya lepas ni... tu je la menu
dia....hampir 8rm....lebih murah la drpd spageti dia yang
lebih 13rm tuuu............... Habis je
beef ball dia....dia makan pulak kentang goreng yang depan aku pulak
sampai habis....huhuhu.... Selesai je makan kami keluar....



minuman penutup...


............................................................................................................................................

Hari ini jugak merupakan hari perkahwinan ANAK SEDARA isteri aku
di kampung. Anak kakak dia. Kami tak dapat balik sebab isteri aku uruskan
 penyampaian sijil tadika yang tarikhnya da ditentukan lebih awal. Sementara aku
 pula ada tugas rakaman MCP di UKM malam ni. Maafkan kami kerana tak dapat
 meraikan hari gembira SYIMA yeee... Facebook anak sedara isteri 
aku tu di SINI

pinjam foto wassapps abang Kamal...
Apa apa pon ayah cik ingin
ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada KALIAN BERDUA.
Moga kalian BAHAGIA di DUNIA hingga ke SYURGA yg
kekal abadi. Jaga SUAMI BEBAIK ye...dan untuk suami, jaga ISTERI tu BEBAIK.
Jangan biarkan dalam berkeluarga ada gelora ombak yg tidak keruan. 
Mustahil dalam hidup bersuami isteri tiada gelora sikit pon...tapi 
cuba transform kan kepada setakat ombak dalam cawan je..
Bincang  baik2 suami isteri berlandaskan agama.  Bersuami dan 
beristeri bukan macam DRAMA KOREA yang duk ditonton hari hari tu....
walau bagaimana pun tidak mustahil untuk membentuk
 famili seperti RASULULLAH SAW....
Ok...selamat pengantin baru yeeee........
selamat dan bahagia dunia hingga ke syurga
....aamiinnn...itu doa ayah cik....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...