Wednesday, November 22, 2017

La ni cuti..saje je gi keje kejap

Hari ni, Rabu, 22 November 2017, aku cuti seminggu tapi gi keje kejap sebelah
pagi sampai la ari ni. Petang aku tak pi pun.. Aku gi keje sebab
nak buat suntingan video. Ada beberapa video
belum disunting. Aku taknak
video tersebut menjaji basi dan seterusnya 
menjadi busuk.... Cuti aku diluluskan untuk seminggu ni. Akan
datang aku akan mintak cuti lagi untuk lebihan cuti aku yang melambak tu.
Harap bos baru akan luluskan...kalau tak dia yang luluskan, sape
lagi...aku bukan ada bos besar yang lain....huhuhu...
Antara video yang sempat aku edit
boleh lihat di SINI...
Ini salah sebuah video yang aku
sempat edit siang tadi...video ni dirakam pada
pertengahan bulan Oktober yang lalu...macam da basi je rakaman ni...

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/0Wiy7YGgZM0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Esok pula aku akan involve
dalam rakaman MCP program KPT
di KLCC. Walau pun aku cuti...aku hadir juga bukan
sebab apa, keje MCP ni perlu ramai krew...kesian dengan kawan2
yang terpaksa bekerja banyak. Harap aku juga akan dikasihani ALLAH SWT
kerana mengasihani insan lain. Apa guna kita beragama ISLAM
kalau tidak mengasihani sedara seagama...? Cuba lah fikir
jauh sikit....huhuhu....opst!

nilai negeri sembilan
Lepas balik keje tengahari tadi
aku ajak isteri aku pi makan sementelah aku isi
minyak kete di shell Nilai Negeri Sembilan...kat bangi ni tak ada.... 
stesen minyak petronas je...tak jauh je pun...15 km je... Kami terus singgah
di food court di Tesco Nilai Negeri Sembilan. Kerap juga aku
ke luar negeri Selangor masuk Negeri 
Sembilan..huhuhu...
Sampai di food court aku gi duit kat isteri aku, dia dan anak aku gi order makanan
kami. Aku tiada sebarang menu yg khusus, apa yang aku nak
makan ...akan aku makan...cuma aku ada alahan kepada
makanan makanan tertentu...terutama
makanan laut yang sering boleh menyebabkan aku selsema....





Aku order mee goreng je....harga lebih kurang 7rm kut....aku tengok kat tanda
harga ada tercatat mee goreng special. Cuba tengok apa specialnya..
dia tulis kat situ tambah telur dadar je...huhu...Cuma tambah
telur dadar harga sampai 8rm lebih...sedangkan
sebiji telur lebih kurang 40 sen je...huhuhu................
Anak aku order nasi ayam...hari ini dia tak pulak pilih spegeti....
da jemu la tu kut....Isteri aku makan mee bandung....tak pasti kat bandung
ada ke jual mee niiii...hahahaha.....



ni lah benda2 yang aku takleh makan....ketepikan je...


Aku memang makan dalam masa yang singkat. Sekejap je aku da selesai makan...
Anak dan isteri aku memang lambat sikit makan...masih belum siap..
Aku memang jenis taknak buang masa kat meja
makan kalau kat mana2 pun melainkan
kalau ada ramai rakan2 untuk bersembang sembang panjang panjang...

kerepek ubi pedas yang budak tu jual tadi...
aku da selesai pon...


Sebelum makan atau selepas makan...aku da lupa...ada kanak kanak...
mungkin dalam darjah sekolah rendah jual kerepek ubi
sebungkus 10rm. Aku tanya dia datang dari
mana ....dia kata dari Nilai Utama...
Aku cuma nak tau je kalau2 dia tak tau bahasa
melayu...bila dia cakap sah lah dia budak melayu. Kesian tengok
wajah suramnya...aku beli jugak apa yang dijualnya dengan niat untuk membantu.
Kecik kecik lagi da cari duit...mungkin untuk bantu emak bapak.
Harap niat membantu aku tu akan ALLAH kira sebagai
amalan baik. Aku jugak tulis kat sini supaya
kita sama2 membantu orang yang memerlukan untuk
dapatkan pahala yang akan diperlukan sesangat masa kita mati nanti.
Aku tulis kat sini bukan untuk riyak pun...cuma mengajak
kita sama2 beramal.
Dulu pun aku makan kat sini...
ada jugak yang datang jual cup cake...tapi yang jual tu
remaja yang bukan mirip muka melayu. Lagi pun da viral ada yang jual
cup cake dikhuatiri akan bahan2 dalam cup cake tersebut.
Cara penjualannya ialah dengan meletakkan
satu nota berbahasa melayu di atas meja kita........huhuhu...


Esok pulak ada tugas kat KLCC, program KPT. Kami buat rakaman video MCP.
Gerak ke KLCC jam 10.00 pagi. Buat persiapan teknikal 12 tengah hari
dan rakaman jam 8.00 malam...harap2 
semuanya ok.
Hujung Disember 2017, aku nak
amik cuti panjang sikit...harap bos baru luluskan...
Kalau tak lulus susah hati gak...cuti rehat aku banyak dan tak boleh
carry forward. Kalau tak ambil ia akan 'burn' gitu je... Kalau bos
aku tak luluskan... aku tak boleh buat pape pun...
sedih la jugak... Tapi aku
teringat kata sorang ustaz ...dia kata kalau
kita susah hati baca je...Laila hailla anta.... banyak kali untuk
tenteramkan hati kita. Sebenarnya ALLAH nak uji kita...ALLAH nak kita
dekat kepadaNYA....mungkin sebab kita dah jauh
daripadaNYA......jadi bersangka BAIK kepada ALLAH SWT.

Selesai je makan aku bersama isteri dan anak terus
gerak balik ke rumah...moga apa jua yang aku lakukan untuk isteri dan
anak ALLAH SWT kira sebagai amalan baik yang berpahala..
InsyaALLAH....Sebenarnya aku sedangkan
galakkan para suami jangan
berkira sangat dengan anak bini...ada ganjaran yang 
ALLAH beri nanti jika ikhlas dan tidak riyak..
huhuhu....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...