Tuesday, March 5, 2019

Tasek Nilai lagi...

Diari Daud - Hari ni Rabu, 6 Mac 2019, semalam plan nak pi ke tasek nilai negeri sembilan untuk panaskan badan. Bercadang jugak untuk pi pepagi untuk elakkan
panas bila lewat. Aku pi sensorang aje dan gerak dari
bangi lama jam 6.50 pagi waktu malaysia.
Tiba aje di tasek nilai tu
nampaknya dah banyak kete parking kat
tepi tu...maknanya dah ramai jugak yang dah datang ke situ
untuk beriadah. Aku ingatkan aku sensorang aje. Matahari belum timbul lagi
dah pun ada orang yang panaskan badan di trek tasek berkenaan. Aku kuar daripada kete dan snap satu shot waktu pagi, sebelum nampak matahari pun, masih gelap lagi..






Aku hidupkan applikasi kat hp aku untuk kira jarak dan masa aku berjalan kat trek tepi tasek tu...aku berjalan aje pun... sebab usia da banyak, tak mampu nak joging macam
bebudak muda tu...jadi berjalan aje la sebab usia dah banyak..kann..
tapi bukan tua...ekekeke...opst! Masa matahari belum
timbul tu memang agak sejuk kat
trek tu....selesa aje...

Dari masa ke semasa aku
berjalan tu, makin ramai orang datang kat situ..
tua, muda, kanak kanak dengan famili dan sebagainya. Ada yang
berjalan, ada yang berjoging dan ada yang berjalan dan juga lari lari anak...Ada jugak
yang datang dengan famili dan ramai2 berjalan dan ada yang datang
sensorang macam aku. Aku rasa ok la lokasi ni untuk beriadah
...rasanya mungkin aku selalu datang sini kut
sebab jaraknya sama macam
pi ke UKM.....keadaan sekeliling pun ok aje tak sesak dengan kenderaan dan sebagainya...






Sekitar tasek tu pun ok...bersih nampaknya bunga2 kertas yang ada dijaga, bersih aje..rumput pun nampaknya macam selalu di trim...sampah kurang jugak
cuma ada dalam tasek tu botol botol dan tepi tasek tu ada
bunting yang dibuang gitu aje...masih takde
kesedaran sivik penduduk malaysia ni...padahal tong sampah
kat tepi tasek tu banyak.. lebih kurang 100 langkah satu tong sampah, rasanya
takde alasan untuk sepahkan atau buang sampah merata rata...itulah nilai kita sebagai rakyat malaysia...jadi jangan lupa didik diri kita dan baka baka kita supaya
tidak buang sampah merata rata...didikan mesti bermula
dari rumah, memang mesti dimulakan
di rumah...tak gitu.....

Aku memang bercadang untuk berjalan sejam
setiap kali berjalan di trek ni...kali ni jam kedua untuk minggu
ni aku peluhkan badan...ikut nasihat doktor kalau berjalan sekurang2nya mesti 3 jam setengah setiap minggu...Oleh kerana ni jam kedua, maka ada lagi
1 jam setengah untuk complete kan masa berkenaan..
Masa aku berjalan kat tasek tu memang
ramai yang lain turut sama beriadah di situ, kelihatan jugak pelajar
Usim beberapa orang berjoging kat trek tu, mungkin kolej atau rumah sewa dia orang
terletak di kawasan berhampiran kut...







Rasanya di sini sesapa pun beriadah mungkin selamat kut sebab
ada sebuah pondok pengawal yang agak besar di situ dengan beberapa orang pengawal.
Rasanya taklah bahaya sangat sebab pengawal sentiasa ada di situ
24 jam. Tapi tu lah zaman sekarang ni banyak penyamun
di mana mana dan di halaman rumah pun
dia orang samun dengan gunakan parang, payah jugak
nak cakap sebab la ni dimana mana aje macam tak selamat nampaknya..Jadi
akhirnya kita tawakkal aje la...

Menjelang jam 7.50 pagi matahari dah timbul, masa aku datang sebelum ni, matahari
tak kelihatan sebab ada awan yang melindunginya, la ni awan takde, clear aje
langit tu.. sebab tu lah cahaya matahari cepat bersinar di tesek nilai ni...
Menjelang jam 8.00 pagi trek berkenaan dah terasa bahang
cahaya matahari tu...
Bagaimana pun masa tu aku dah hampir cukup sejam
beriadah di situ... Sebaik selesai aje sejam, aku pun tutup applikasi kat
hp aku dan seterusnya aku shoot beberapa foto dengan hp aku tu sekitar
tasek berkenaan. 







Sekali lagi aku sarankan kalau korang duduk dekat2 bangi lama dan nilai ni rasanya tasek ni lokasi yang agak ok untuk beriadah tapi kenalah datang awal pagi
sebab jam 7.45 aje matahari udah agak panas jugak
walaupun masih ada orang yang beriadah
di situ walaupun da panas...
Sebaik selesai aku pun gerak ke kete...masuk dan hidupakan enjin
serta mula bergerak...Masa aku tinggalkan tasek tu masih ramai lagi orang yang beriadah di trek tasek berkenaan... Hahahaha...itu aje la coretan aku yang macam tak menarik ni...
apa boleh buat laaaa...





nak balik dahhhh....
Sebelum aku tutup kalam ni...aku doakan kita semua akan sentiasa
diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita dan
jangan lupa sentiasalah kita doakan supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka serta diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa mereka dan dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan meraka ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang
soleh dan solehah....aamiinnn...

~~~ SEKIAN ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...