Wednesday, March 13, 2019

Akhirnya perlukan gak Pusat Kesihatan Kerajaan..

Diari Daud - Hari ni hari Rabu...lepas Zohor aku pi ke #KlinikKesihatanBandarSeriPutra Bangi. Memang dari semalam kami plan untuk dapatkan rawatan kat sana
...maklumlah dah pencen ni kena la dapatkan rawatan kat
klinik kesihatan kerajaan pulak...Nak dapatkan
kat panel tak boleh sebab dah
pencen...Kalau
pi ke panel tentu bayarannya
akan dikorek daripada poket sendiri, bukan lagi jabatan
yang kita keje dulu tu....Jadi gitulah adanya bagi seorang pesara...hahaha...apa
boleh buat laaaa.....Alhamdulillah masih ada tempat untuk mengadu
berkaitan kesihatan ni......hahahaha.....
Kami tiba di klinik kesihatan tu sebelum jam dua
petang. Hahaha...kami ni memang macam rusa masuk kampung aje, tak
tau nak buat pape. Maklumlah dah 35 tahun aku tak pernah pi klinik gomen ni...sejak
aku keje di ukm tahun 1983 hingga aku pencen 1 Mac 2019 yang lalu...Akhirnya aku pi ke kaunter beritau nak jumpa doktor dan ini kali pertama nak jumpa. Dia suh isi kad
di tempat yang disediakan, kad2 tu ada di situ...Dia beritahu aku tanpa
lihat muka aku, rasanya la...Mungkin sebab dia tengah buat
keje catatan...memang sibuk keje kat sini...ramai
pesakit yang nak dapatkan rawatan kat sini rupanya......hahaha...apa2 la...


Nak isi kad atau borang tu pun aku
pening...aku isi borang isteri aku dulu sebelum aku
isi borang aku sendiri...isteri didahulukan...hahaha....Sekeping borang
buang gitu aje sebab salah isi...hahaha...apa apa laaa....Siap aje isi aku dan isteri
terus pi ke kaunter tu kembali...staf lelaki tadi dah takde dah...semua staf pompuan kat situ. Kami hulurkan borang kami tu...Dia amik dan suh tunggu dan nama
akan dipanggil.....Tak lama kemudian nama kami dipanggil..
isteri aku dipanggil dulu....isteri aku cadang
nak bayar singgit kut tapi dia panggil aku kerana staf tu mintak
kad pencen aku jadi isteri aku free aje la...Aku dipanggil dan dia tanya memacam
...tapi aku taknak kongsi apa yang dia tanyakan tu....Kemudian dia bagi nombor giliran dan borang pesakit luar. Seterusnya kami pi ke kaunter 17 dan letakkan borang tu
dalam bakul kat situ..Kami tak tau pape sebenarnya...kami terjah aje...
Dapatkan rawatan di klinik kerajaan kena bayar singgit
aje...harga ubat bukan singgit tau......Amat murah aku rasa...kalau kita beli
panadol kat farmasi pon lebih singgit tauuuu.....


Isteri aku dipanggil dan dia pi ke tempat pemeriksaan tu...jururawat tu cek
tekanan darah dan lain2 kut...Aku jugak dipanggil dan turut jugak di cek tekanan darah dan sebagainya...jururawat yang cek...selesai aje aku disuruh tunggu untuk dipanggil
oleh doktor untuk pemeriksaan...Ramai jugak orang yang nak jumpa
doktor nampaknya...tekanan jugak dia orang ni kan... keje
menghadap pesakit macam ni hari2 kannn...
...apa boleh buat la.....
Tak lama kemudian isteri aku
dipanggil masuk untuk jumpa doktor...dia pi masuk, sementara
aku masih lagi tak dipanggil. Bila isteri aku keluar, aku masih lagi tak dipanggil
masuk oleh nombor elektronik tu..huhuhu...Isteri aku datang duk kat aku...kami pun tak
tau nak buat apa lepas jumpa doktor tu...Tak lama kemudian nama aku dipanggil masuk...Aku pi masuk bilik doktor tu...bagi salam....kemudian aku duduk
Doktor tu doktor muda, melayu...Jadi bermulalah perbincangan
kami...Baru pertama kali berjumpa aku taklah tanya
soalan soalan yang besar besar...masih
baru lagi, sabar aje la.....Aku tak mau jugak berkongsi apa
yang aku bincangkan dengan doktor tu...biarlah ia jadi rahsia...hahaha...apa
boleh buat laaa..



 Setelah tamat sesi aku tu aku pun bagi salam dan berjalan kuar bilik doktor tu....Sampai di luar aku tak pasti nak buat apa2 sebab pertama kali kat sini...Akhirnya aku dan
isteri tanya lah pada jururawat kat kaunter 17 tu apa patut dibuat lepas
ni...dia jelaskan iaitu suruh kami pi ke meja buat temujanji
yang akan datang dan pi ke farmasi amik ubat...

Jadi kami pun pi
...tengok kat kaunter temu janji tiada
stafnya...kami pun pi ke kaunter farmasi, amik nombor dan kepilkan dengan
slip ubat dan masukkan dalam bakul kat situ. Tak lama kemudian staf farmasi tu panggil nama kami dan jelaskan supaya kami pi ke kaunter buat temujanji dulu. Dia
pulangkan kembali slip ubat tu....Kami pun kepilkan nombor
dan slip daripada doktor serta masukkan ke dalam
bakul kaunter temu janji tu...

Rupanya staf kaunter temu janji
tu takde mungkin dia ada tugas lain...maklumlah pesakit ramai
..apa boleh buat la...Bila nama kami dipanggil dia bagi kad temujanji dan catat
semua yang perlu serta tarikh kami perlu datang lagi...Kami akan jumpa lagi klinik ni dalam bulan April 2019...aku pun kena jumpa doktor dua bulan lagi dah bagi tarikh dah...



Selesai di kaunter temu janji, kami pun kembali ke kaunter farmasi pulak dan masukkan slip ubat tu ke dalam bakul...Kemudian nama isteri aku dipanggil untuk ambil ubat..
Kemudian nama aku dipanggil untuk amik ubat....
Di klinik kesihatan tu kami
bersua dengan beberapa jiran kami yang jugak
turut mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tersebut...Tu la kan masing2
da berumur tentu macam macam sakit yang menempel di badan kita kan...dah banyak usia gitulah adatnya kan...kan...kan...Sabar aje la dengan penyakit yang kita miliki
ini...Penyakit sebenarnya banyak sebab...mungkin antaranya
sebagai penghapus dosa, sebagai balasan dosa
dan mungkin jugak untuk meninggikan lagi darjat kita...kan...kan...sape tau kan...
sabar aje la...Semuanya ujian untuk kita...jadi sabar aje la....
dunia ni semuanya sementara...akhiratlah
kekal selamanya.......

Jadi sekarang ni aku dah faham la cara keje pusat kesihatan dalam ukm dan klinik kesihatan kerajaan...hahaha........Apa apa pun semua staf kat klinik kesihatan
bandar seri putra tu, ok semuanya........akan jumpa lagi dengan
dia orang semua lagi.......Kami balik ke rumah hampir jam
empat petang waktu malaysia.....


Apa apa pun sebelum aku tutup tulisan aku ni, ingain aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan
segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan
lupa sesangat untuk doakan moga ALLAH SWT
luaskan kubur kedua ibubapa kita
dan kedua ibubapa mertua
kita serta ALLAH SWT hindarkan mereka semua
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
dan ALLAH SWT masukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para
rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah serta mereka semua kekal di dalamnya......
aamiiiiinnnnnn....

~~~  SEKIAN  ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...