Thursday, March 14, 2019

Oh! tasek Nilai...

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 15 Mac 2019, pepagi aku dah gerak ke tasek di nilai tu untuk berjalan sejam yang ketiga untuk minggu ni...Aku ulang balik la apa yg doktor
cakap...dia kata kalau berjalan, sekurang2nya 3 jam setengah
untuk setiap minggu untuk buang kalori yang
telah kita masukkan ke dalam
badan kita tu....

7.05 am
7.05 am
7.05 am
  Ini sebenarnya untuk kesihatanbadan kita la, bukan sebab takut mati...mati tu
bila bila masa aje yang telah ditetapkan oleh pencipta...mati tu memang
tak boleh elak langsung pun....Apa yang aku buat ni cuma untuk stay sehat atau untuk
mengawal penyakit yang kita alami supaya tak menjadi lebih teruk...contohnya kalau kita banyak lemak dalam badan dengan berjoging atau berjalan sekurang2nya
akan mengawal supaya lemak tidak terkumpul dari hari
ke hari...tak gitu...ekekeke...ooopst!

jam hampir 7.05 pagi...blur pulak dah....


Aku sensorang gerak dari rumah
jam 6.45 pagi dan tiba di tasek nilai tu lebih kurang
jam 7.05 pagi...masa aku tiba tu da ada beberapa buah kereta yang di
parking kat tepi jalan tu dan kelihatan beberapa orang sedang berjoging dan berjalan kat atas trek di pinggir tasek tu....Kelihatan jugak beberapa orang sedang
buat stretching sebelum mula berjalan atau joging kat situ.
Dia orang yang mendahului aku ni mesti dah
ada kat tepi tasek tu lepas jam 6.30 pagi kut...memang aku tak pernah berjaya mendahului mereka...memang aku selalu gagal dalam bab tu.....

foto da nak balik ni...
awal pagi 7.05 am
gelap lagi kat sini...
Aku hidupkan applikasi kat hp aku dan seterusnya
terus aku mula berjalan seperti yang lain...tapi yang lain ada gak yang terus
aje berjoging sampai abis...dan ada jugak yang berjalan sampai selesai dan ada jugak
yang berjalan dan ada ketikanya berlagi...Ramai jugak yang beraktiviti di sini apabila hari makin cerah...tua, muda, lelaki, pompuan...semua ada sebenarnya..Pelbagai kaum
jugak nampaknya...Ada yang tak lama kat situ dan ada yang lama
hingga sejam macam aku dan ada yang lebih sejam..
Aku tertarik dengan satu pasangan suami isteri tu, dia orang
joging dari mula lagi tak henti sambil isterinya tolak kereta sorong baby mereka
tu...gigih pompuan pun, bukan setakat berlari bersaing dengan suami tapi jugak sambil tolak kereta sorong baby dia...haihhhh....salute gak aku dengan pompuan tu....
Ada jugak satu pasangan muda tu, masa aku sampai jam 7.05
tu aku tengok dia orang dating kat wakaf tepi
tasek tu dan masa aku selesai dan nak balik, aku tengok dia orang
dating kat motosikal di tempat parking tu pulak...nampaknya dia orang tak berjalan dan berjoging pun atau mungkin dia orang dah selesai kut masa aku
tiba tepi tasek tu kut....

jam 7.30 da nampak mentari...


gigih betul pompuan tu, sambil joging sambil tolak stroller....kan...


Ada jugak perkara yang aku tak gemar
kat sini...sebuah lori pekerja lalu atas trek untuk ke pondok
pengawal hingga yang berjalan dan berjoging terpaksa masuk ke atas rumput
...aku memang tak suka manusia yang takde disiplin ni...aku jugak nampak sekuriti pun bawak motro atas trek tu...susah orang nak beraktiviti. Aku rasa memang ada
jalan untuk pi ke pondok pengawal tu...dia orang ni semua nak
jalan secara short cut...tak suka aku manusia
yang takde sivic ni....haihhhh.....

lori 1 tan lalu atas trek...kena masuk sekolah balik..belajar sivic...opst! ada ke lagi subjek tu...



Masa aku tiba pagi tu cahaya matahari masih
lagi belum nampak...dalam jam 7.30 pagi barulah ada nampak
sedikit wajah matahari tu dan hampir jam 8.00 pagi matahari dah muncul dan masa
ni agak panas sikit sebab tiada awan yang menghalang cahaya matahari untuk menerjah hingga ke bumi.
Kat tepi tasik tu biasalah, terdapat burung bangau dan burung raja udang sedang mengintai rezeki kat situ..Sementara satu sudut lain banyak sangat burung gagak sedang
berkumpul tepi tasek tu...entah apa yang diraikan oleh mereka..
Memang gagak banyak kat sini...suasana pagi kat situ
memang dihidupkan dengan suara gagak gagak yang garau tu...hahaha...opst!




nak balik dah...
Rasanya sejak akhir2 ni aku lebih banyak ke tasek nilai tu...mungkin sebab mudah nak pi sana, trek yang tak rosak dan lebar, suasana yang agak ok, trek yang panjang
lebih satu kilometer sekali pusing, aku buat 5 kali pusing, keadaan
yang bersih sikit kut...Jadi pada sesapa yang ada
kat berhampiran sini bolehlah
pi sana untuk beriadah...Kalau datang pagi elok awal
sebab jam 7.30 pagi matahari dah banyak cahayanya...atau mungkin boleh
pi waktu petang ketika matahari dah mula turun...aku tak pernah pi waktu petang pun.....
dan moga satu hari nanti kita akan jumpa di trek tasek nilai tu nanti....

sekali pusing trek

5 kali pusing trek...
Apa apa pun sebelum aku tutup tulisan ni, aku ingin doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat
dan jangan lupa doakan moga kedua ibubapa kita dan ibubapa
mertua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT kubur
mereka dan dihindarkan daripada
siksaan kubur siksaan
akhirat dan jugak siksaan api neraka
serta diampunkan segala dosa mereka dan dimasukkan ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah serta kekal di dalamnya....

~~~~~ SEKIAN ~~~~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...