Thursday, March 7, 2019

Tasek Nilai..

Diari Daud - Hari Jumaat, 8 Mac 2019..pepagi dah kuar rumah. Memang plan nak berjalan di trek Tasek nilai tu..Keluar negeri lagi pagi ni...ekekeke... Jam 6.50 pagi
aku dah start enjin kete dan terus ke nilai tu...Jalan ke sana
agak banyak gak kete sebab orang pi keje.
Tapi taklah jem sebab traffic
light pun tak mengganggu sangat pun kenderaan yg gunakan jalan tu....

awal pagi



Agak laju gak la sebab nak sampai cepat kat sana..
Dalam perjalanan yang lampu jalan ada yang tak menyala tu bimbang
gak kalau kalau terlanggar orang yg melintas. Sepatutnya kalau nak melintas
...melintas terus tak perlu berdiri di tengah2 atas garisan tu...bahaya tu bukan semua orang boleh nampak...lagi pun silau dengan kenderaan yang di hadapan tu...Di kawasan kilang kat nilai, tu yang selalu dia orang buat.........kalau laju memang tak
sempat nak brek pun....hidup mesti guna akal...opst!

Aku tiba di tasek tu dalam jam 7.05 pagi lebih kurang..masa tu
orang belum ramai lagi guna trek tu, rasanya bawah bilangan sepuluh kut.
Matahari masih terbenam mungkin sebab ada segumpal awal tebal di kaki langit..eh! langit
ada kaki ke...
Setelah aku berjalan sekali pusingan barulah orang makin ramai...semua usia ada, yang dah pencen pun macam ramai aje...Lelaki dan pompuan macam lebih
kurang sama aje jumlahnya. Ramai jugak yang mungkin
pelajar usim kut sebab kolej kediaman
dia orang hampir dengan
tasek tu....





sekali pusing trek..
Macam biasalah aku berjalan
selama sejam aje...maknanya minggu ni dah
3 jam berjalan tapi masih kurang lagi setengah jam sebab sepatutnya
kalau 'berjalan' kena buat selama tiga jam setengah seminggu...yang setengah jam tu aku
tak tau bila nak langsaikan.
Doktor tu kata tiga jam lebih tu bertujuan untuk hakis kalori yang kita amik hari hari tu..tapi
kan..kalau dia hakis kalori yang kita amik hari hari tu, maknanya kalori yang
dah lama tertanam dalam badan kita tu tak kurang kurang la
kan...kan...hahahaha......oooopst!

Payah jugak kan nak keluarkan balik
kalori yang da terkumpul dalam bentuk lemak dalam badan tu
kan...haihhhh...Maknanya kita mesti lebih giat bersenam kut...tu yang payahnya..
Sementara tu selera makan asyik terbuka aje macam mulut ikan paus...asyik nak makan aje
..selera makan memang tak berkurang, sama aje macam masa remaja tu sebab
makin lama makin banyak lemak yg disimpan terutama kat perut
...sado aje kelihatan perut tu...hahaha...opst!





Setelah siap berjalan selama sejam akhirnya aku
matikan applikasi di hp aku tu dan aku mulalah shoot foto di sana sini.
Memang ramai orang yang gunakan trek tu pagi ni, rasanya mungkin lebih 50 orang kut tapi silih berganti la..
Sempat jugak aku tengok sorang lelaki tu tahan perangkap ikan atau udang di tepi tasek tu padahal di papantanda tu dah jelas tertulis dilarang memancing dan menangkap
ikan di tasek tu...mungkin agaknya dia hanya baca memancing aje
kut...tu sebab dia pasang perangkap ikan aje....hahaha..

Ada beberapa orang pengawal dalam pondok pengawal tu
..mereka jaga secara bergilir gilir kut selama 24 jam...Pondok tu siap dengan tandas
lelaki dan wanita...cuma yang musykil bagi aku kenapa font 'bahasa
inggeris' LEBIH BESAR daripada font 'bahasa melayu'
...tu yang aku rasa aneh sikit...sedangkan ramai je yang berekreasi di situ orang malaysia aje...hahaha...apa la kan...hahaha...opst!






Akhirnya aku masuk kete dan start enjin kemudian terus gerak ke bangi lama
...masuk balik ke negeri selangor...Maaf la coretan tak berapa nak menarik kan...tak ada banyak benda yang nak dibawangkan hari ni....Apa apa pun selesai
untuk hari ni..minggu depan tak tau kat tasek
mana pulak.....






Sebelum aku tutup kalam ni..ingin aku doakan semoga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua doa kita hingga ke akhir hayat dan jangan lupa sentiasa doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka
serta dihindarkan mereka daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan
siksaan api neraka serta dimasukkan mereka
semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah.......
aaamiinnnnnn..............Tidak jadi masalah kita doakan sekarang walaupun
mereka semua masih hidup lagi....

~~~~ SEKIAN ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...