Friday, March 8, 2019

Dengan Isteri pi tasek Nilai

Pi Tasek Nilai dgn isteri..


Diari Daud - Hari ni Sabtu, 9 Mac 2019, aku pi tasek nilai. Kali ni aku pi dengan isteri aku dan anak bungsu aku. Agak lewat sikit hari ni, jam tujuh 15 minit rasanya
kami gerak ke sana. Tiba kat sana lebih kurang 7.30 kut..
Terus aje aku hidupkan applikasi kat hp
aku tu..Ramai nampaknya
orang orang datang sini mungkin sebab
hari cuti kut...sebelum ni aku pi hari biasa dan tak ramai
macam hari ni...memang ramai. Aku bersama isteri aku aje berjalan di trek tu
...anak bungsu aku duduk aje dan tak turut sama pun sebab dia demam..Aku dan isteri berjalan dua kali pusingan aje, lebih kurang 2 kilometer dalam masa lebih
kurang 27 minit aje...Kemudian kami terus balik sebab isteri
aku ada program pengajian di surau taman
kami jam 9.00 pagi nanti...

Pagi ni pi ke tasek nilai negeri sembilan...ke luar negeri lagi pagi ni.....

jarak dari rumah lebih kurang 10 kilometer aje...sebab lewat kena bawak kete laju sikit hari ni..laju sikit aje..
tiba sini macam ramai aje..ini kali pertama aku pi masa hari cuti...hari cuti, tu sebab ramai kut....
matahari merah aje di kaki langit tu...tak tau la betul ke tak langit ada kaki, nanti marah pulak golongan insan yg kata bumi ni bukan bulat...ada sekor burung bangau di gigi air tu mencari rezeki..biasanya aku
jumpa sekor aje setiap kali aku datang sini...kesian kan...takde pasangan...hahaha...opst!
kita kat mesia ni masih jauh lagi untuk mencapai tahap pemikiran manusia yang maju...kita masih jauh daripada
insan berdisiplin...tengok la tu...papan tanda tertulis jangan mancing tapi kita duk mancing jugak, bukan
satu papantanda tapi 4 papantanda di sekitar tasek tu...tapi orang kita masih lagi tak ada sivik dan tak
patuh undang2...rasanya kesedaran sivik perlu dilakukan ketika kanak kanak lagi...mulakan dengan
bapak2 yang cenderung untuk melanggar undang2...haihhh...teruk orang kita ni...
Kalau kita berfikiran maju tentu takde papantanda pun kita
takkan akan tangkap ikan di tasek umum bacam
tu...buat saden aje...langsung rasa
tak bersalah...
satu pusingan sejauh 1.11 kilometer perlukan masa lebih kurang 13 minit, itu kalau kita berjalan...
lebih kurang 7.50 matahari dah pun nampak selepas gumpalan awan menipis di kaki langit.....
tika ni keadaan masih sejuk lagi...
semakin hari meninggi, makin ramai yang datang ke tasek ni...lagipun hari ni hari cuti tentu ramai yang miliki masa yang banyak untuk datang ke sini...
ada yang berjoging, berjalan dan buat work out di tepi trek...masing masing dengan hal masing2, ada yang sendirian, ada yang berduaan dan ada yang datang berkeluarga....
baru tamat berjalan sebanyak dua kali pusingan yang berjarak lebih kurang 2 kilometer....
makin ramai datang ke sini dan ada yang datang berkumpulan....
terus berjalan...
makin ramai..
ramai yang parking kat sini...hari cuti nampaknya lebih ramai lagi yang datang ke sini melebihi hari hari biasa.....
hari ni berjaya buat 27 aje...tak sampai pun setengah jam atau jam....apa boleh buat la.....
27 minit aje hari ni...
nak balek dah ni...isteri ada program lain pulak...aku tak ada program pape pun, orang pencen kan mana ada program yang banyak kan...kan....kan....


Apa apa pun sebelum aku tutup cite yang tak menarik ni...aku doakan kita semua akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa kita
hingga ke akhir hayat kita...dan, jangan lupa sentiasalah kita doakan
supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
akan diluaskan oleh ALLAH kubur mereka
dan moga ALLAH hindarkan
mereka daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat dan jugak siksaan api neraka serta DIA masukkan
mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi dan orang
yang soleh dan solehah serta mereka kekal di dalamnya....aamiiinnnnnn.....................

~~~ SEKIAN ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...