Friday, March 1, 2019

Panas Badan Pertama Setelah Bersara..


tasek kejuruteraan ukm
Diari Daud - Hari ni Sabtu, 2 Mac 2019, dah hari kedua aku digelar pesara...hahaha Memang semalam dah plan nak peluhkan badan di Tasek KejuruteraanUKM
ni. Lebih kurang jam 7.15 pagi aku gerak sensorang ke UKM.
Isteri dan anak aku tak ikut pun. Isteri aku ada tugas
di surau tu pagi ni. Anak aku macam biasalah
kalau ibu takde memang takde la...
Ini merupakan aktiviti peluhkan badan
yang pertama setelah menjadi yang bersara. Sepatutnya
aku panaskan badan dua kali seminggu tapi sebab minggu ni sibuk berkaitan
hal bersara jadi takde pulak ruang untuk aku panaskan badan di tasek ni. Jadi hari ni aku kena datang jugak ke sini untuk peluhkan badan sikit di sini. Esok aku tak dapat
berkunjung ke sini sebab aku ada tugas lain yang memerlukan aku
berada di rumah....Oh! ya...nak gitau gak hari ni hari
pilihanraya kecil dun semenyih...tapi aku tak ngundi pun..yang ngundi
tu pengundi daerah sebelah...kongsi sempadan aje...





sekali pusingan 11 minit dan jaraknya 0.86 kilometer.
Dalam pukul 7.45 lebih kurang aku tiba di tepi tasek kejuruteraan UKM tu. Aku tengok dah ada pun beberapa orang yang sedang panaskan badan kat situ. Turun kete aku
pun snap tasek tu sekali dengan handphone aku. Kemudian aku
hidupkan applikasi kat hp aku untuk kira distance
perjalanan aku sekeliling tasik tu.
Satu pusingan tasek ni tak sampai pun satu kilometer...
dah sukat dah masa datang sebelum ni...kemudian aku pun mulakan perjalanan aku kat trek tepi tasek tu...





Nampaknya banyak jugak sampah kat atas trek tu. Mungkin semalam hujan kut tu sebab sampah banyak terdampar atas trek tu. Yang ketaranya dikawasan longkang
daripada cerun  menuju ke tasek. Air longkang tu memang terus
masuk ke tasek dan disebabkan hujan lebat
semua sampah sarap seperti
daun dan sebagainya ikut sekali melalui longkang
tu ke tasek. Rasanya hujan lebat la kut yang sebabkan sampah bersepah kat
 trek tu... Pagi ni banyak jugak bahagian trek yang berair dan ada yang berlumpur sikit di sana sini....Rasanya kawasan trek yang rosak tu perlu segera dibaiki...
Kat dalam tasek pun nampaknya memang ada jugak sampah
, mungkin sisa daripada hujan lebat semalam kut...





Ketika aku melintasi pekerja yang sedang bersihkan sampah sekitar tasek tu beri salam kat aku...aku sambut macam biasa. Pekerja tu memang aku dah kenal pun. Kalau ada
masa terluang memang aku akan sembang dengan dia tapi aku
sedang berjalan ni takde la masa untuk sembang
sembang...beri dan sambut salam aja
la sambil angkat tangan...
Kali kedua aku pusing tasek tu aku nampak
pekerja tu dapat beberapa ekor udang galah yang terdampar di
laluan air yang sedang dibersihkan oleh pekerja tersebut...rezeki la tu kan...aku tanya dari jauh dan sambil berjalan aje...dia tunjukkan udang kat tangan dia tu....





Sepanjang aku berjalan sekeliling tasek ni aku anggarkan lebih kurang sepuluh orang jugak yang gunakan trek tepi tasek ni. Mereka silih berganti. Ada yang berjalan dalam
beberapa pusingan kemudaan blah. Ada yang berjoging lebih
kurang satu atau dua pusingan kemudian rehat
kat tepi dan akhirnya blah...
Ada yang berjalan dan seketika berjoging
beberapa pusingan kemudian buat work out kat lokasi tepi
trek tu dan tak lama kemudian mereka blah. Ada yang sekadar buat work out
kat tepi trek tu beberapa lama dan bila dah selesai dia orang blah aje...
Yang ramai pagi ni gunakan trek tu ialah pompuan...mungkin semuanya pelajar kut...Bila dia orang potong aku masa dia orang berjoging tu...wangi pulak baunya..huh! nak turun
trek pun kena guna wangian ke...tak pernah aku buat macam
tu kalau nak turun trek untuk panaskan
badan...hahaha...opst!...hahaha...ter 'membawang' pulak kan..





Aku bercadang untuk berjalan tiga jam hari ni sebab minggu ni aku dapat datang untuk panaskan badan hari ni aje..satu pagi...sepatutnya aku buat dua jam seminggu
tapi minggu ni cuma sempat datang satu hari aje. Doktor pun pesan
kalau berjalan kita kena buat 3 jam setengan seminggu
kalau berjoging kena buat 2 jam setengah
seminggu...Selama ni aku buat 2 jam aje seminggu maknanya
aku tidak memenuhi kehendak yang sepatutnya iaitu seminggu 3 jam setengah kalau berjalan. Nampaknya aku kena cari jugak hari lain untuk cukupkan selama
3 jam setengah setiap minggu...kena buat tu....demi untuk
hapuskan kalori yang kita hantar masuk ke dalam
perut hari hari tu...Nak kurangkan makan macam payah aje,
sentiasa aje ada selera untuk makan macam macam walaupun usia dah banyak
Jangkaan aku masa dedulu bila da tua..opst! bila dah banyak umur ni selera makan akan berkurang tapi...dak gitu..masih macam sama aje dgn. selera makan masa
umur muda gak....apa boleh buat laaaaa.....





Pagi ni aku cuma mampu berjalan selama 1 jam setengah aje...nak cuba teruskan...macam malas aje aku rasa.. hahaha....Aku memang berjalan sejam setengah tanpa
henti...terus aje berjalan hingga aku rasa aku dah letih. Ini
bermakna aku kena tentukan hari hari untuk buat
tiga hari seminggu kut...
setiap kali berjalan buat sejam setengah
lebih kurang, maknanya kalau 3 hari tentu jadi 4 jam setengah...
itu mesti ok sebab dah melebihi 3 jam setengah seperti yang disarankan oleh doktor tu...
Ok lah rasanya setakat ini aje entry aku tak berapa nak menarik ni...
Masa aku tinggalkan tasek tu pekerja masih lagi bersihkan sampah kat situ
dan ada sebuah keluarga sedang buat work out kat tepi tasek tu..

Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua, tak kira sape la,
akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa sentiasa doakan supaya ibubapa dan ibubapa
mertua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka
dan dihindarkan mereka semua daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan jugak
siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga....

~~~ SEKIAN ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...