Diari Daud - Hari ni Isnin, 18 Mac 2019..aku pi tasek nilai lagi. Pagi ni agak lewat sikit.... Lewat bangun pulak pagi ni, alarm hp tak diset masanya. Sib baik isteri
sedar awal sikit, benar kata orang, isteri adalah jam loceng
untuk suami...hahaha...ooopst!
Bagaimanapun agak lewat untuk
pi ke tasek tu bila jam sudah lebih 7.00 pagi. Kalau nak pi
tasek tu perlu awal sekurang2nya sebelum jam 7.00 pagi. Kalau lewat
daripada tu matahari dah pun bersinar dan tentu panasnya terasa di kulit...jadi perlu tiba awal di sana, sebelum jam 7.0 am...sekali lagi sebelum jam 7.00am
...ooopst! hahaha...macam iklan pulak kannn...
Aku tiba di tasek tu
lebih kurang jam 7.30 pagi dan matahari dah kelihatan kat kaki langit tu...Tanpa buang masa aku terus mulakan menapak kat trek tasek tu. Ramai jugak orang kat
situ. Semua usia ada, semua kaum pun ada. Bagus tasek ni
untuk panaskan badan pagi atau petang
Jadi mana yang ada
berhampiran bolehlah datang ke sini...Orang pun ramai
kat sini sentiasa walaupun aku lebih suka dalam keadaan yang tak ramai...hahahaha....
Aku berjalan sejam lebih aje kat sini untuk jam pertama, minggu ni, dan masih ada lagi dua jam setengah. Otot otot kaki aku masih lagi sakit sebenarnya
selepas panjat bukit broga itu hari tapi sebab nak
penuhkan jadual tiga jam setengah
seminggu, aku mesti datang ke sini jugak untuk berjalan dan peluhkan badan.
Apa apa lah....
Cukup aje lebih kurang sejam maka aku pun berhentikan perjalanan aku tu dan mula snap beberapa keping gambor dan seterusnya aku masuk kete dan balik....
Aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita. Jangan lupa doakan jugak supaya ALLAH SWT
luaskan kubur kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita. Moga ALLAH SWT hindarkan mereka semua
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan siksaan api neraka
dan dimasukkan mereka semua ke dalam syurga serta kekal di dalamnya....
nak balik dah.. |
~~~ SEKIAN ~~~
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment