Diari Daud - Petang semalam, 9 Mac 2019, Sabtu, kami berada di AEON Mall di Nilai Negeri Sembilan tu...Sebelum tu isteri aku ajak pi AEON Nilai
tu untuk berjumpa dengan cucu katanya.
Jadi lepas Asar kami gerak
ke Nilai tu....
Dalam perjalanan ke sana
kami jumpa anak sulung dan menantu kami.
Kami teruskan perjalanan ke AEON tu. Dalam jam lima lebih tiba
di sana, parking kete dan terus masuk ke dalam. Anak sulung kami nak pi makan
di premis LAKSA dalam mall tu...Aku tak berapa tau dalam mall tu walaupun dah beberapa kali datang ke sini. Hari ni hari cuti, macam ramai aje kat mall tu...Aku memang
tak berapa minat dengan keadaan ramai ramai tu....Tu sebab aku
lebih sering cari tempat tak sesak atau tempat
tempat yang bebas daripada
kesibukan...sebab aku tak suka sesak....atau aku duduk rumah aje...hahaha....
opst! ......apa boleh buat laaa...
Sedang tercari cari premis LAKSA tu, kami jumpa dan aku tengok dalam premis tu macam penuh aje...Ooopst! tiba tiba terserempak dengan bekas jiran kongsi dinding bilik
kat opis aku dulu di UKM, cik asmahanim amir...hahaha...aku kata
bekas jiran sebab aku da bersara, sedangkan
dia masih lagi keje kat situ dan
lama lagi pun nak
pencen...hahaha...Tergamam pulak
aku terjumpa dia di situ...tak disangka kan...hahaha..Nak selfie
tak boleh sebab dia anak dara orang...hahaha...opst! tak sangka pulak
boleh jumpa kat situ...bila tergamam tentu tak banyak kata kata kuar daripada mulut aku..hahaha...Aku cuma perkenalkan isteri aku aje kat dia...mereka bersalam...Dia dengan adik dia kut ... aku pun tak berapa ingat kata2 dia tu...nampak sangat aku da banyak umur...asyik tak ingat aje...rasanya adik dia la kut....Kami tak lama pun
terjumpa di situ...lepastu dia gerak bersama adik dia tu.....
Kemudian kami masuk ke premis LAKSA
tu dan duduk di meje yang ada kat situ...agak sesak gak dalam
tu...ramai sangat...Pelik aku nape ramai...sedap sangat ke makanan kat situ...
Dia orang order makan..sementara aku dan isteri aku tak makan
pun, cuma minum aje sebab kami da kenyang, baru
lepas makan tengah hari agak lewat
sikit kat rumah tadi....
Isteri aku bila dah jumpa cucu dia
apalagi la tentu dia dengan cucu aje...memang itu niat
nya dari rumah tadi...dia memang nak jumpa cucu sebab dah lama tak
jumpa...rindu katanya...Apa boleh buat laaa....
Dalam mall tu memang ramai orang
...mana mana aje ramai orang tapi taklah seramai masa pembukaan
mall tu dulu. Masa pembukaan mall tu dulu memang ramai sangat. Kami pun tak
merayau memana pun dalam mall tu...Lepas dia orang makan LAKSA tu, kami pun mula bergerak nak balik.
Kami tinggalkan mall tu lebih kurang jam 7.00 petang, tak sangka jugak aku, lama jugak kami dalam mall tu...dari jam 5.30 petang rasanya...cepatnya masa
bergerak kan...terasa sekejap aje.....
Apa apa pun sebelum aku
tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua
akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita
hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan kedua ibubapa kita dan ibubapa
mertua kita supaya ALLAH SWT luaskan kubur mereka dan dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
serta dimasukkan mereka ke dalam syurga bersama para
rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...aamiiinnnnnnnn....
~~~ SEKIAN ~~~
Tahniah kerana sudah memiliki cucu..
ReplyDeletetq
Delete