Friday, December 22, 2017

Cuti dan keje...dan nak balik kampung sat...

Hari ini, JUMAAT, 22 Disember 2017, merupakan hari kelima aku bercuti.
Pagi tadi aku involve dalam keje rakaman MCP
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat UKM.
Bercuti pun aku pi jugak keje...aku tak
kisah pun...lagipun aku ada kat umah dan takde pape nak buat ...jadi...
apalah salahnya sumbangkan sedikit keringat untuk
buat keje sikit....ewahhh...huhuhu....



shahrul....pinjam foto JI...
jasril...pinjam foto JI ye...

Acara bermula dengan bacaan al quran oleh qari dan qariah. Kemudian selawat,
nasyid, bicara tuntas dan sebagainya. Jurukamera terpaksa berdiri 
lebih dua jam...huhuhu.....
Apa boleh buat laaaaaaaaaaaaaa.....
bacaan al quran



sorang je kat control room..
Ucapan Tan Sri Naib Canselor mengambil tempat. Dalam ucapan beliau
pelbagai perkara telah di sentuh. Semasa membaca
hadis beliau kerlihatan hiba dan menangis.
Sebelum ini ramai yang aku
dengar terutamanya para ustaz yang menangis 
bila membaca hadis dan bila kisah Rasulullah saw dibaca dan
dikisahkan. Bukan mudah nak menangis macam ni tambahan kaum lelaki
yang keras. Tidak akan menangis juga kalau kita keras hati, jadi carilah
perkara yang boleh melembutkan hati kita..... Ramai dikalangan
hadirin juga kelihatan sedih dan suram terutama
wanita........


Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM



Lepas acara tamat aku terus balik ke rumah kerana sudah abis keje. Jadi aku sambung
cuti aku lagi...jumpa tahun depan yeeee.....

......................................................................................................

Selepas solat Jumaat aku ajak isteri aku pi ke Tesco Nilai. 
Masuk keta dan terus gerak ke sana. Masuk Tesco dan beli sedikit
barang barang makanan. Nak bawak masuk kete malam karang. Adalah jugak
jajan jajan. Pilih punya pilih banyak pulak dah...takpa la........





 Agak lama jugak kami dalam tesco tu....tulah kalau masuk pasaraya macam ni
la...bukan beli sangat pun tapi suka tengok tengok. Tengok tengok
untuk diingat kembali masa kakan datang...kalau
ada wang...huhu... Itulah kerhidupan..
..nafsu yg nak macam2 tu pun ujian pencipta gak tuuu...


   

Sebenarnya aku beli sedikit makanan sebab malam ni aku nak balik kampung.
Kami balik kampung tak lama pun.... Bukan nak sambut krismas.
Makanan tu nanti akan bawak masuk kete. Kami gerak
lepas maghrib. Dalam 3 atau 4 jam sampai
la kat kampung. Dalam masa
itulah tentu ada bahan yang nak dikunyah
masa dalam kete nanti....takkan nak kunyah lengan...lengan nak
guna...huhuhu.... Jadi seriusnya kami akan balik kampung malam ni....

Harap perjalanan pergi dan balik kami serta ketika di kampung segalanya
dipelihara  ALLAH SWT dan segala yang kami tinggalkan
jugak diharap akan dipelihara ALLAH SWT setiap masa dan ketika...aamiinnnn...

SEKIAN


DAUD.montak.zakaria.

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...