Sunday, December 3, 2017

Sibuk lagi Ahad niiii...

Hari ni Ahad, 3 Disember 2017...aku serta anak isteri pi Sungai Congkak,
bukan sebab berekreasi tapi ada perkara yang mendesak
kami ke sana. Kami gerak dalam jam 8.00
pagi.


tol...
aku tak pasti laluan ni...
lama gak nak sampai...

 Kami gerak melalui highway LEKAS. Gerak ke kajang...cheras....pekan hulu langat..
pekan batu 14...pekan batu 18 dan lain2 lagi yang aku da lupa......
Nampak kat langat ada jugak jual durian dan rambutan
serta lain2 buah....tentu mahal kan...mungkin
ada yang mahal dan mampu tengok je...





Tiba di sungai congkak terus cari lokasi tempat kem anak perempuan aku.
Isteri aku tanya orang yang dia jumpa dekat2 situ...orang yang
baik tu tunjuklah tempat kem berkenaan.
Anak aku drive kete terus masuk
ke pekarangan tempat kem berkenaan. Aku
tanya pekerja di restoran kem tersebut. Dia tunjukkan kami
dewan tempat anak aku sedang ber 'kem' tu. Kami terus menuju dewan tersebut.





Tiba di dewan... secara kebetulan kami jumpa salah seorang urus setia kut. Minta dia 
secara hormat dapatkan anak aku di dalam dewan tersebut. Tak lama kemudian
 anak aku kuar dari dewan dan kami minta kebenaran untuk bawa
dia pi klinik sebentar.  Kami akan hantar kembali
setelah selesai mendapat rawatan....



klinik...
klinik..

 Kami terus naik kete yang di pandu oleh anak aku. Kami tak tau mana ada klinik yang buka.
Terjah je cari pekan yang terdekat. Nasib baik jumpa sebuah klinik melayu
di bahagian dalam sedikit...tak jauh dari kem...mungkin
dalam 10 minit perjalanan kut.
Sib baik orang tak ramai dan nasib baik klinik
tu buka hari ahad...hari orang berehat. Kami masuk dan daftar.
Anak aku turn nombor lima kut...lupa.... Bila nama dipanggil, anak aku masuk dengan
ibu dia. Agak ada lebih kurang 10 minit di dalam...kemudian keluar....
Ambil ubat...dikenakan bayaran dibawah 50rm....2 jenis ubat
je......

klinik..
klinik...
kembali semula ke congkak


Selesai je terus kami menuju kembali sungai congkak, untuk pulangkan anak kami
ke kem yang sedang berlangsung. Kami janji nak pulangkan selepas
menerima rawatan itu janji aku. Aku taknak jadi munafik
yang tak pegang pada janji......dan aku
taknak keluarga aku jadi munafik
di masa akan datang itu didikan aku....jangan mungkir janji.
Kalau anak2 aku mungkir janji, itu bukan didikan aku....aku takkan buat
macam tu...opst! TER 'OVER' pulak....





Tiba di Kem Congkak isteri aku pi hantar anak aku ke dewan tempat kami ambil
dia tadi. Sebelum itu mereka sempat berselfie...biasalah anak dan
ibu....bapa lebih banyak menyembunyikan kasih sayang..
itu bapa melayu dan suami melayu....huhuhu...
Sementara itu aku dan anak2 aku pi minum kat gerai berhampiran.
Aku tak kisah pun makan di mana asalkan halal dan tak kisah lah apa orang nak kata...



ni anak aku ngan ibu dia...


Sebenarnya anak aku tu ada kem di sungai congkak tu selama 3 hari 2 malam.
Dia datang bersama pelajar lain yang terlibat dari UNIMAP PERLIS.
Hari Sabtu selepas aktiviti dia mengadu sakit...tak tidur kami
malam tu dengan cite tu. Tak sabar nak tunggu pagi Ahad ...hari ni la...
Dia da gerak ke UNIMAP dengan bas petang tadi......

Tak lama kami duk kat gerai tu, isteri aku pun sampai dan dia buat order. Aku 
makan mee kari sama dengan isteri aku. Anak anak aku makan burger. 
Tak kisahlah asalkan boleh lapik perut. Selesai minum terus masuk
ke dalam kawasan perkelahan, saja je
sebab anak yang bungsu nak masuk sungai......





Kali terakhir aku masuk ke taman rekreasi sungai congkak iaitu ketika belum dikenakan
tiket masuk. Sekarang ni da ada tiket masuk dah, Maknanya da lebih 20
tahun aku tak  masuk ke congkak ni...huhuhu...




Anak aku tak berani pun untuk mandi kat air deras tu, mandi kat tepi je...huhu..
Tak tau aku apa yang ditakutkannya. Tak lama kemudian dia naik lepas
aku suh naik sebab nak balik. Setakat jarak yang aku
masuk tu takde apa yang menarik pun.
Aku pun tak tau taman rekreasi tu dijaga atau diselenggara
dengan baik atau tidak. Isteri aku nak pi tandas pun tak jadi nak masuk...
serammmm...katanya...huhuhu....
Di sini ada benda yang tak enak aku dengar...iaitu ketika sebuah
keluarga lalu depan aku, anak2 nya terus je lan kedepan melepasi satu tempat
duduk. Bapa dia tak setuju anaknya terus berjalan, anaknya lebih kurang
sebaya dengan anak aku. Bila dia tak puas hati di makinya 
anak dia dengan perkataan yang tak sepatutnya
dia cakap kat anak2. Kata hinaan yang ditujukan kepada anak2
merupakan satu doa untuk anak2. Bapa2 yang maki anak2 dengan kata laknah
tak layak jadi bapa sampai bila2. Sayang kepada bapak2 yang bawak
sperma baka di badan dia....huhuhu....geram aku dengar
kata makian kat anak dia tu........aku harap
ada orang yang dapat beri dakwah kat dia tu...tapi...
kalau takde sape yang mampu, aku harap ada orang yang akan tumbuk
mukanya sampai pecah nanti...opst!

 


Kami pun bergerak ke luar dan masuk ke kete yang dipandu oleh anak aku. Kete yang di parking di tanah persendirian yang dikenakan tiket 4rm untuk meletak kete di situ. 
Zaman sekarang sume boleh buat duit. Kalau ada tanah sendiri semua
 boleh jadi. Rezeki orang yang ada tanah sendiri di sana tu....

 


 Kami melalui highway semasa kami datang tadi menuju ke bangi. Perjalanan
lebih kurang sejam je. Cepat pun rasanya. Anak aku kata lapar, jadi
terus ajak makan kat Tesco bandar Puteri berhampiran
taman aku. Kami masuk dan buat order.
Aku makan kentang goreng je. Isteri aku makan soup.
Anak aku makan beef ball dan sorang lagi makan mee claypot....










Lepas makan kami gerak balik ke rumah untuk rehat....Esok aku mula keje balik...
ada keje yang perlu aku sunting...dan ada lagi keje lain........
Apa yang aku harapkan...apa saja yang baik yang kami lakukan hari ini
ALLAH SWT kira sebagai amal baik yang berpahala...untuk
bekalan akhirat nanti..aamiinnn.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...