Saturday, December 9, 2017

Hal Peribadi & Hal Keje,,,

Hari ni SABTU, 9 Disember 2017, hari ni tinggal kat umah sensorang aje.
Isteri pi hadiri majlis perkahwinan anak sedaranya di Batu Pahat.
Dua minggu lepas, kalau tak silap...kat rumah pompuan, anak sedara isteri aku........
Isteri aku tompang kakak dia pi sana. Aku tinggal sensorang
sebab malam ni aku ada rakaman MCP dengan
krew yang lain di DECTAR, UKM.

isteri aku di kiri sekali tu dengan anak2 sedara dia...ini foto pinjam yee...
isteri aku nombor 2 dari kiri...anak bungsu aku dalam bulatan merah tu...ini pon foto pinjam ye...
rumah orang kenduri tu...foto pinjam gak ni....


Isteri dan anak aku yang bungsu
pi ke sana semalam. Tinggal aku dengan anak kedua
aje sebab masing masing ada tugas yang perlu diselesaikan. Sebabkan
aku bosan duk umah, tengah hari aku kuar untuk isi minyak ke di NILAI...

ada sikit barang makanan....da duk sensorang makan je mana ade....



Balik je daripada isi minyak, aku pi ke tesco bandar puteri untuk beli sedikit keperluan.
Masuk dalam tesco beli barang makanan sikit. Aku jugak cadang nak beli
sikit ikan tapi...nampak macam da tak berapa elok...mata ikan2 tu 
merah macam mata dracula aje...huhuhu...

tesco bandar puteri



Selesai beli barang kat tesco...tak tau nak
buat apa...tiba2 teringat rakan se ofis yang duk kat bukit
mahkota....Aku call dia ajak minum kat food court di tesco ni. Call, dia
angkat dan aku tunggu dia datang. Tiba aje dia terus je aku ajak makan...dia taknak makan




sebab dia kata baru lepas makan tengah hari di rumah...hermmm...jadi aku order
je makanan ringan sebab dia da makan. Kami order kentang goreng aje
dari bahagian western cussine tu... Kami duk kat satu sudut
dan sembang panjang termasuk keje yang kami
akan buat kat DECTAR UKM malam ni...




aku ngan rakan opis...kamarul...
Kami jugak bincang tentang voice over
untuk video yang da lama tak diselesaikan iaitu video
Pos Gob...aku akan selesaikan jugak tugas penerbitan video tu minggu
depan. Satu lagi video yang perlu di voice over ialah video Lawatan CIMB Young
ASEAN Leaders ke Kampung Kacau Semenyih tuuuu..... Kami bersembang
hingga jam 2.30 petang...kemudian masing2 balik dan petang ni
akan berjumpa di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL
RAZAK, UKM nanti....................

Moga pertemuan kami pertemuan yg diredhai ALLAH SWT......bebas daripada
umpatan dan sebagainya aamiinnn.......kalu ada pun moga ALLAH
SWT ampunkan kami berdua.....insyaALLAH...

MALAM

Petang jam 6.00 ptg. aku da tiba di studio UKM. Kelihatan sdr. ramli da
sampai dulu. Seketika kemudian sdr. shahrul sampai.
Kami sama2 pasang peralatan untuk rakaman.









Program santapan diraja bersama alumni
ukm bermula jam 9.00 malam. Program tersebut
berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Jam 11.00 malam ia tamat
dan kami kemas segala peralatan. Selesai saja, kami semua pulang ke sarang..
....huhuhu...

Moga ALLAH SWT mengampuni segala dosa kami semua...InsyaALLAH...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...