Wednesday, December 6, 2017

Mula kembali hantar anak...

Hari ni Rabu, 6 Disember 2017....aku mula balik hantar anak tution memalam.
Sepatut malam semalam da mula namun disebabkan isteri dan
anak aku takde umah malam semalam maka terbatallah
untuk hantar anak pi tution tu...


pinggan lelaki....licin...
Jadi malam ni aku mulalah
hantar dia ke pusat tution di Nilai Negeri
Sembilan...saja je tulis negeri sembilan supaya nampak
gempak...maklumlah, dari selangor ke negeri sembilan...tak gempak
ke...hantar tution keluar negeri selangor...padahal tak
sampai pun 10 kilometer...huhuhu......

Anak mula tution jam
8.10 malam dan tamat jam 10.10 malam.
Lepas hantar anak ke pusat tution...aku da rasa malas
nak balik rumah...nanti nak kuar balik...maka...aku ajak isteri aku
singgah di tesco bandar puteri. Oh...ya...sebenarnya...kebiasaannya kalau
isteri aku tak pi memana, aku lebih suka hantar anak aku gi
tution dengan dia. Aku rasa lebih selesa bila
isteri aku ada bersama dan berjalan
bersama...malas nak jenjalan sensorang. Kalau
bujang lain cite la....




Tu la kan....bila da beristeri ni
bila nak pi memana lebih selesa pi berdua...
sensorang da rasa tak seronok...sampai nak tidoq sensorang
pon da takut sekarang niii....oooopst!..huhuhu.... Itulah kelebihannya
bila kita da beristeri dan berkeluarga....

Sampai tesco kami pi masuk
ke dalam sat beli air dan benda2 lain yang kecik kecik
je ponnn..... Kemudian masuk farmasi sebab aku selsema, mudah
 sangat aku kena selsema...alah sangat dengan makanan tertentu. Masuk
 farmasi minta ubat selsema, dia bagi aku ubat yang dimakan sekali sehari...
macam tak percaya je aku...boleh ke sekali makan sari boleh sembuh
...haihhh...tah laaa...
Selesai je beli ubat terus kuar dan aku ajak isteri pi minum kat food
court sementara menunggu masa amik anak daripada
pusat tution tu. Aku gi duit dan suh isteri aku
order makanan dan air....sorry arr...aku jarang sangat
pi order makanan kalau bersama isteri dan/atau bersama anak anak .......


ali cafe


Isteri aku order soup cendawan
....sementara aku makan yang ringan je iaitu
kentang goreng. Kami order minuman ali cafe....Lama gak
kami duk kat situ walau pun jamah makanan ringan aje.... 

Di sini dapat aku perhatikan lelaki ni lebih tidak membazir 
daripada pompuan. Sebab....masa aku makan tadi ada dua orang 
pompuan tengah makan nasi biasa dan nasi goreng kut...bila dia orang blah
...aku tengok ada separuh nasi dalam pinggan dan sepinggan
 lagi kurang daripada separuh...Sementara satu kumpulan lelaki... semua lelaki muda...
aku tengok dia orang tinggalkan pinggan memasing dalam keadaan licin 
berkilat, takde sisa pun...nampaknya lelaki lebih tidak membazir....
....huhuhuhu.....opst!....ni sume andaian aku je...


racun selsema...


Selesai je
memenuhi selera kami....aku ajak isteri aku pi tengok kasut
lelaki sat. Aku nak beli kasut murah je sebab
kasut aku koyak masa jungle tracking
di Kampung Kacau itu hari....
Sampai kedai kasut tu, terus je pilih dan beli...abis cite.
Kemudian kami terus keluar dan pi pusat tution untuk jemput anak...
Sampai umah dah dekat jam 11.00 malam....habis cite
tuk hari ni.........

Moga segala apa yang kami lakukan hari ini dan malam ini menjadi
amalan yang baik dan berpahala...aminnn...insyaALLAH.......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...