Tuesday, December 12, 2017

Huh! macam macam pulak hari ni..

Hari ni, SELASA, 12 DIS. 2017: Pepagi lagi da ada di ofis. On kan komputer
untuk buat suntingan video hari ni. Sebenarnya da lama video
ni belum disunting untuk versi berskrip.
Video yang aku nak edit ni 
ialah Lawatan Kerja ke Pusat Pendidikan
Komuniti UKM - CIMB Islamics Pos Gob Gua Musang 
Kelantan. Video tu da siap da pon...boleh tonton di ukm tube kalau nak.....

Link UKM TUBE tu ada di SINI








Belum pun selesai buat suntingan, lebih kurang jam 9.00 pagi aku pi
ke pusat kesihatan ukm untuk pemeriksaan rutin. Sebenarnya 
tarikh appointment da lama berlalu, hujung bulan
november itu hari. Aku asyik tangguh
je...tambahan pulak keje banyak...
Tiba je di pusat kesihatan, terus je
daftar nama...hermmm...doktor yang aku jumpa tu
takde, jadi aku amik keputusan nak jumpa doktor mana mana
je asalkan aku boleh jumpa. Masuk je dalam bilik doktor tu, dia periksa
tekanan darah aku...dua kali dia uji tekanan darah aku. Huh! waaaa...tinggi 
tekanan darah aku 170 dan 90 lebih....
Macam mana boleh tinggi...sebelum ni tekanan darah aku ialah 130 dan 80.
Waaa...aku takde pon hidap darah tinggi. Akhirnya dia suh aku
cek tekanan darah selama seminggu dan datang jumpa
doktor bila dah complete amik data tekanan
darah selama seminggu tu.....
Aku bercadang untuk amik data
tekanan darah selama seminggu di farmasi je..
Selesai jumpa doktor terus aje balik ofis untuk siapkan suntingan
video aku tu. Menjelang balik video tersebut siap aku sunting. Esok akan
sunting video yang lain pulak...................

TESCO NILAI
berhampiran atau disebelah tesco sedang dibina mall yang besar.....iaitu AEON MALL...besar sangat...
pintu masuk tesco
dulu atau sebelum ni...tempat baju2 ni adalah stall jual barang gajet gajet...nampaknya tak boleh tahan kut...
mungkin tekanan ekonomi...gamaknya...
sana tu medan selera...
Malam ni lepas maghrib aku pi hantar anak aku
tution di nilai negeri sembilan. Lepas hantar dia aku rasa malas
nak balik umah. Oleh itu aku ajak isteri aku, yg ada dengan aku untuk pi makan
kat tesco nilai negeri sembilan. Kemudian terfikir pulak untuk beli 
alat pengukur tekanan darah di farmasi tesco tu. Ini
tentu akan memudahkan aku..... tak perlu
amik tekanan darah di farmasi....buat sendiri aje kat rumah.
Kami pi masuk farmasi. Aku tanya sale girl yang ada kat farmasi tu
berkaitan alat pengukur tekanan darah. Dia kata ada...tanya harga berapa. Dia
kata yang paling murah 100rm...aku tanya pulak yang paling tak
murah berapa. Dia kata 200rm. Aku pilih yang paling
tak murah...sebab mungkin ada kelebihan
daripada alat yang paling murah tu. Lepas bayar, sales girl
tu tunjukkan cara menggunakannya. Waranty alat tu selama setahun.

medan selera...




Selesai je beli alat tu...aku ajak isteri pi makan di food court. Aku bagi
duit kat isteri aku untuk uruskan beli makanan tu...huhuhu....
aku memang malas bab nak pi kaunter untuk pi beli makanan
ni....Mula isteri akucuba cari makanan ringan aje dibahagian
western cusine tu tapi...semua da abis...
huhuhu....aku tengok jam baru
pukul 9.00 pm, nape abis. Begitu juga dengan satu
gerai yang jual mee mee...da abis gak...dia orang tengah mop
lantai dan kemas alat alat dalam gerai tu.. Akhirnya isteri aku pi ke satu
gerai di tengah dan beli mee claypot. Jadi kami pun makanlah makanan tersebut
hingga selesai....

nilai tiga...takde orang ponnn...lampu2 aje yg ada..
nilai tiga...
nilai tiga...

Selesai makan, jam masih tunjul pukul 9.30 malam....huh! lama lagi anak aku
nak keluar dari pusat tution...dia keluar jam 10.10 malam. Jadi kami
singgah dulu di nilai tiga. Da gelap da pun tempat beli belah tu.
Saja saja aje kami singgah. Hampir jam 10.00 malam
kami pun gerak untuk amik anak kami.....

Tapi...tu la kan...rasanya segala apa yang terjadi
kepada kita...tak kira apa pun termasuk segala penyakit yang
kita alami...sebenarnya telah ditentukan ALLAH SWT. Kita sebagai manusia
tak boleh atau tak perlulah protes lebih2....berdosa kalau protes lebih2.
Anggap aje la penyakit tu ujian ALLAH atau balasan dosa
yang telah kita lakukan atau penyakit tu sebagai
penghapus dosa kita.......
Jadi...SABAR dan REDHA lah dengan segala yang ALLAH SWT tentukan....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...