Thursday, December 21, 2017

Cuti - Day four

Hari ni, KHAMIS, 21 Disember 2017, masih cuti hari ni. Memang tak ke mana
mana pun awal pagi. Hadap komputer aje. Plan hari ni nak sarapan roti
canai di stesen komuter bangi aje. Jadi jam 9.00 pagi
kami gerak gi stesen komuter tu.
Tiba di stesen komuter tu aku cuba 
cari parking kat luar stesen tapi sume penuh.
Maklumlah hari ni hari keje, penumpang komuter lebih suka
parking kat luar daripada parking dalam kawasan komuter yang berbayar
tu. Jadi nak tak nak aku kena parking di dalam kawasan stesen
komuter. Cari petak dan parking kete. Yang dekat dengan 
stesen da penuh sumenya. Terpaksa parking jajuh.






Tiba je kat gerai di stesen komuter tu, isteri aku
terus je buat order. Kami order roti telur dan air kopi, milo dan ermmm...
lupa aku isteri minum apa.....Agak lama gak kat situ. Dalam masa minum aku
perhati je penumpang penumpang komuter yang naik dan turun di
stesen tu....saja je perati...ramai jugak penumpang
kat stesen tu....

Selesai je sarapan kat situ kami pi
pulak ke sekolah kebangsaan anak aku untuk
beli buku sekolah untuk musim persekjolahan yang tak berapa lama
lagi tu. Tiba di sekolah terus parking dan masuk ke kawasan sekolah menuju
kedai buku. Di sana isteri aku amik senarai buku dan tanda mana 
yang perlu dibeli dan mana yang perlu ditinggalkan.







Siap je ditanda, isteri aku terus je pi beratur
kat barisan...isteri aku jugak...huhuhu....malas aku nak beratur
lagipun yang beratur kat situ majoriti pompuan je. Betul jugak kan urusan
sekolah anak anak ni kaum ibu je yang uruskan kan...huhuhuhu...
agaknya di mana mana pun macam tu kan.....

....................................................................................................................

Siap je urusan di sekolah, aku ajak isteri aku
pi ke nilai tiga negeri sembilan tu. Saja je pi sana nak tinjau
tinjau je. Tiba di nilai sentral terus je parking kete dan merayau. Kami merayau
rayau je... tinjau lokasi yang dikatakan sibuk masa masa tertentu tu.
Nampaknya macam tak siap je tempat tu, masih lagi
bising bunyi renovation di situ.






Tinjau punya tinjau kami masuk satu
pitu kat situ. Ooooo...rupanya ada mall dalam tu
yang jual macam macam..... kami pun tak perasan. Jadi kami
terus masuk dan disambut oleh robot di tingkat bawah sebelum kami naik
tangga untuk pi ke tingkat atas. Tiba di atas, waaa...banyak
rupanya barang barang yang dijual ditingkat atas niii...






Di tingkat atas tu kami terus je merayau rayau tengok tengok barang 
kat dalam tu. Tingkat atas tu dipunyai oleh satu owner. Kalau nak beli terus je
amik dan bayar je kat kaunter. Rasanya semua barang ada kat situ. Kami cuma merayau rayau je tak beli pape pun. Anak aku je beli robot dalam kotak yang kecik.
Robot tu merupakan part yang kecik kecik untuk
pasang sendiri je......






Pada pandangan aku barang barang tersebut macam barang barang dari cina
je. Ada yang mahal dan ada yang murah. Kami merayau rayau kat dalam tu... cuma nak
tau je bukan nak beli pun. Setakat ini barang barang tersebut kami belum
perlukan lagi ....jadi tengok tengok je la.






Ok jugak tempat ni bagi mereka yang nak cari macam macam. Tapi
tulah aku tak pasti barang barang dari cina ni ok atau tak. Aku dulu pernah ada 
pengalaman beli alat elektrik keluaran cina kat nilai ni tapi tak
sampai sebulan da lingkup. Itu dulu berpuluh taun dulu
masa nilai tiga ni baru dibuka.....
sekarang barang cina mungkin da ok kut........









Selesai merayau rayau kat situ kami pun turun. Sempat berbual dengan
pengawal yang jaga tempat tu. Dia kata mall tu belum dilancarkan secara rasmi
lagi sebab masih banyak ruang dalam kerja kerja ubah suai. Banyak
ruang masih belum siap.... tu sebab masih bising dengan bunyi
drill di sana sini........

Akhirnya kami tinggalkan tempat tersebut untuk balik. Selesai lagi
satu babak untuk hari ni. Hari ni sume urusan yang berkaitan anak aje.....
anak dan isteri tu amanah ALLAH SWT.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...