Thursday, December 14, 2017

Keje dan tamu...

Hari ni KHAMIS, 14 Disember 2017, macam biasa la..pi keje pepagi. Kebetulan
hari ni ada keje rakaman MCP di DECTAR UKM. Awal pagi lagi da
ada di studio ukm. Hari ni terpaksa keje dengan krew
yang amat terhad...3 orang je...ramai yang cuti huhuhu...

persiapan teknikal untuk mcp
persiapan teknikal untuk mcp


Rakaman mcp program pagi ni ialah
Pelancaran SUKIPT iaitu sukan institusi pengajian tinggi.
Walaupun akan mula jam 11.00 pagi, tapi awal lagi da pasang peralatan.
Sampai jam 7 lebih, terus pasang alat. Tak lama kemudian sdr. kamarul sampai,
kami berdua terus pasang kamera dan sebagainya.

persiapan selesai...kiri sdr. kamarul...kanan tu aku...
sebelum menteri masuk...
ni sedang keje ni....sorang aje...
Jam 11.30 program bermula. Timbalan Menteri kementerian pengajian tinggi
yang melancarkan program tersebut. Program tu tamat lebih
kurang jam 12.30 tengah hari. Kami terus pi
makan tengah hari sebelum kemas
alat...........................

timbalan menteri kpt
timbalan menteri kpt..
sesi terima sumbangan penaja..
sesi terima sumbangan penaja..
Waktu petang aku edit video berkenaan, insyaALLAH  esok aku akan upload
versi pendek video tersebut...tak sempat siap sebab 
balik keje jam 5.00ptg.

.................................................................................................................................

Balik kumah dan tiba di umah jam 5.30 ptg. Isteri beritau sebelum balik tadi,
dia kata anak buahnya yang baru nikah tu nak datang umah.
Hermmm...kalau datang hari cuti tentu kami boleh
layan dengan lebih baik lagi rasanya....
Aku amat rasa terkilan kalau setakat datang disaji
dengan benda benda yang ringan je. Kalau hari cuti tentu akan disediakan
dengan makan tengah hari dan sebagainya. Hari keje ni tentu masa suntuk dan
yang disediakan tentu tak seberapa kan..kan...kan...
Aku balik rumah, tengok isteri da masak mee hoon...huhuhu.. tu je la menu
yang dapat disediakan dalam waktu hari keje ni...huhuhu...
Hampir jam tujuh malam, anak buah isteri aku tu
sampai umah dengan kakak ipar
dan biras aku.

yang angkat 'peace' tu anak buah isteri aku...
kiri tu kakak ipar aku...kanan tu anak buah isteri aku...


Jadi kami jamu je
la dengan apa yang kami ada
serta dengan makanan yang anak aku beli kat
pasar malam masa dia balik dari keje petang tadi. Sesi sembang pun
bermulalah hingga masuk waktu maghrib. Biras dan suami anak buah isteri aku tu
pi surau. Isteri aku je layan anak buahnya bersembang sebelum masing2
pi solat.
Sesi sembang berlaku sebentar sebelum mereka semua minta diri untuk pulang.
Kami bersalaman dan sempat pesan pada suami anak buah isteri aku 
supaya datang lagi..tapi...
waktu cuti la...boleh la makan reramai...Kalau nak 
datang aku suh call dulu...maklumlah
keje aku tak menentu...huhuhu..

dia orang nak pulang da....
kiri sekali kaka ipar aku...isteri aku...anak buah isteri aku dan suami dia...dan biras aku...
hermmm...tengok tu sayang sungguh anak buah isteri aku kat suami
dia...erat dipegangnya...sepatutnya semua isteri2 macam tu sampai akhir hayat...huhuhu.....



Kami hantar mereka semua hingga masuk kete dan hilang dari pandangan...
Moga pertemuan ini mengeratkan lagi ukhwah antara kami
sebagai sedara mara dan sedara seISLAM...
Harap pertemuan ini penuh dengan barakah....dan moga jalinan sedara
ini terus berkekalan hingga ke SYURGA...aamiinnnn....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...