Hari ni, Jumaat, 1 Disember 2017, Cuti hari Keputeraan Rasulullah saw. Hari ni cuti.
Jadi lepas Jumaat aku ajak isteri dan dua orang anak aku pi makan
kat luar....maknanya tengah hari tak makan kat rumah
la. Sebenarnya sekali sekala makan
kat luar bersama
isteri, pada aku amat baik. Sekurang kurangnya dapat pahala,
itu yang penting...apa yg lebih penting drpd pahala..??
Kalau dapat makan di luar dengan isteri adalah baik...dan kalau beserta
dengan anak...pun ok gak...sekurang kurangnya kita
berpahala belanja isteri dan anak anak makan. Tak kisah lah sama ada
di restoran mahal atau gerai gerai tepi jalan...tak jadi masalah pun, yang penting ianya
halal. Apa apa pun yang paling penting sebagai bapa yang keluarkan
belanja.....niatnya mesti ikhlas kerana ALLAH SWT,
bukan kerana manusia dan bukan sebab
riyak. Hati mesti bersih beb....
Aku bawa isteri dan anak2 aku makan kat
Tesco Nilai selepas isi minyak kete di shell nilai. Aku suka
guna minyak shell sebab rasa macam lancar je pergerakan kete aku. Shell
ada kat nilai je...kat tempat aku cuma ada petronas je. Isi 50rm
....hermmmm....tak penuh pun...kalau masa harga
rendah dulu dapatlah jugak hampir
penuh tangki...huhuhu...apa boleh buat la...taknak salahkan
sesape sebab aku taknak tanggung dosa mengata orang...dosa dengan orang bila
pulak masanya aku nak pi mintak maaf dengan dia....ermmm...
lebih baik tak perlu susahkan diri aku lepas mati nanti...huhuhu....
Masuk tesco pula terus
pi ke food court. Aku order mee goreng
special...specialnya telur mata kebau je..huhuhu.......anak bungsu aku order beef ball...favourite dia
sekarang ni...anak kedua aku order mee claypot sementara isteri aku order
kue tiau...tah betul tah tak spelling aku niii...kikiki... Kami makan
di situ seketika. Moga segala yang aku belanjakan
dikira sebagai amal baik dan berpahala
oleh ALLAH SWT...insyaALLAH........
Selesai je jamu selera... terus masuk tesco tuk beli sikit
je barang dapur. Kemudian terus balik rumah.. lebih kurang jam 4.00 ptg.
tiba di rumah.
Esok iaitu Sabtu dan Ahad aku dengan team ada tugas rakaman
video MCP jam 8.00 malam. Ada keje la tu. Maknanya boleh rehat siang je...malam ada
tugas yang perlu diselesaikan. Maknanya tak cuti seratus peratus minggu ni....
Hari Sabtu rakaman Pertandingan Lagu Lagu Bahasa Melayu...hari
Ahad pula Pertandingan Pidato. Apa boleh buat laaa...da tugas....
SEKIAN
SABTU, 2 DISEMBER 2017.
Cerita Hari Ni...
Sabtu hari ni, 2 Disember 17. Isteri ajak gi makan roti canai kat luar.
Tanpa banyak cakap aku ajak la kuar gi cari roti canai
dengan isteri dan anak bungsu aku.
Terus bawak dia orang gi
stesen komuter bangi lama, di sana ada
gerai jual roti canai. Cari meja dan duk kat kerusi.
Tanya penjual dia kata roti canai takde yang ada cuma nasi lemak je.
Bila roti cana takde, kami beredar...gi cari kat impian putera pulak.
Lalu depan kedai jiran satu taman...dia bukak kedai di sana...nampak macam takde
meja tebar roti canai...jadi takde la tu...
Terus pi kawasan dalam taman seri putra sana....maksudnya masih
kat seri putra jugak. Survey dulu kedai tersebut. Kedai pertama
ramai orang...kemudian pi kedai kedua...tengok tak
berapa ramai jadi kami singgah dan
order roti canai. Aku suka suasana yang tak sesak. Aku rasa rimas kalau
sesak....
Aku jugak lebih prefer kedai melayu daripada
kedai mamak. Kedai mamak pilihan terakhir jika kedai melayu tiada.
Aku order roti canai telur dan isteri aku jugak sama...anak
aku order roti canai telur dan roti bom. Akhirnya
roti canai dia habis....aku bagi dia roti aku, sebab dia nak...suh order
lagi taknak.
Roti bom dia tak habis sebab terlalu manis katanya.
Selesai sarapan kami balik dengan membawa bungkusan
roti canai untuk ahli keluarga yang ada di rumah.....
Kalau nak belanja anak bini jangan berkira sangat. Tak
kisahlah tempat murah atau mahal...yang penting halal, ikhlas
dan tidak riyak....mana mungkin peroleh pahala jika terselit
perasaan riyak dan tidak ikhlas......
Selesai satu bab untuk hari ni...moga apa yang aku
belanjakan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH SWT...harap
semuanya ikhlas dan tidak riyak.....aaminnn.....
*maaf la aku selalu je cerita hal makan je...maaf arr...

No comments:
Post a Comment