Tuesday, January 1, 2019

Ada yang dirancang dan ada yang tak plan pon..

Hari ni, hari Selasa, cuti 1 Januari 2019. Sekejap aja da masuk tahun baru masehi 2019...macam da tua aje aku ni...hahaha..Hari ni aku da rancang nak
pi mesa mall...saje je nak jalan2 kat sana sementelah
takde apa nak buat...kan...kan....
Isteri aku kata dia
ada keje nak bersihkan tadika pagi
ni sebab esok budak budak balik masuk tadika...jadi aku
plan nak pi ke nilai tu waktu petang la.....apa apa je lah...Aku rasa masa ni
masa aku macam banyak sangat pulak ... maklum la cuti pencen...kalau dah pencen nanti aku pun tak tau nak buat apa dah...takde plan pun...rupanya hidup aku
ni penuh dengan plan yang tidak di plan...ekekeke...

  


menu arab...
 Lebih kurang jam 1 petang lebih, isteri aku balik daripada tadika setelah selesai bersihkan tadika dan buat persiapan lain. Tiba aje di rumah isteri aku ajak makan kat luar..tetiba
.......aku tanya lagi, sapa yang ajak makan...rasanya aku takde plan pun
nak makan kat luar hari ni. Dia kata kawan baik dia
yang sama sama kat tadika tu ajak makan
kat nilai...makan nasi arab la
di nilai tu.......
Dia kata dalam pukul dua kita pi ke nilai tu...Sebenarnya nilai tu tak jauh pun...mungkin
lebih kurang 10 kilometer kut...kut la....aku pun tak pasti....tak pernah ukur pun...

teh arab dan air limau nipis..
sudu da sedia..
...sebelum makan posing dulu...
 Lebih kurang jam 2.00 petang kami kuar rumah lepas bersiap...naik kete dan terus gerak ke nilai. Kami jumpa dengan keluarga kawan baik isteri aku tu di atas jalanraya
aja...jalanraya menuju ke nilai tu...Aku kalau pi nilai ni cuma satu
jalan aja la...aku bukan tau pun kalau ada jalan pintas. 
Kalau setakat separuh masak aje tau jalan
pintas tu, maka aku takkan guna
jalan tu...Jadi bila keluarga rakan baik isteri aku
ikut jalan pintas maka aku cuma mengekor aje la hingga bertemu
kembali jalan yang aku mahir. Bila tiba di jalanraya yang aku mahir, taklah aku risau
sangat...Aku memang lemah sesangat dalam mengenali dan
mengingati jalanraya, tu sebab aku malas sesangat nak
pi memana....hahaha...apa boleh buat laaa...

dari kiri rakan baik isteri aku..pn masmizah, isteri aku dan anak aku...
nasi arab...
sedap niii...
 Bila sampai aje kat kawasan restoran yang terletak berhampiran giant nilai tu..jenuh pulak cari parking lot. Hari ni ramai pulak orang kat nilai ni...mungkin sebab hari
cuti tahun baru kut...tu sebab parking lot pun penuh. Aku kalau
payah sangat nak parking, aku akan cari lokasi yang
mudah untuk parking kete...kalau lokasi sempit aku akan cari
parking lot yang lain...kalau boleh kete aku aje yang parking kat situ...ekekek...
Akhirnya bila parking lot payah nak dapat, aku pi parking jauh sikit daripada kawasan restoran tu...takpa la asalkan tidak susah untuk parking dan
jugak untuk kuar nanti....tak kisah laaa....

cik amos suami rakan baik isteri aku...
anak kawan baik isteri aku...
licin aku makan...
 Selesai aje parking kete terus kami menapak ke restoran tu. Restoran tu terletak di tingkat dua rumah kedai dua tingkat kat depan giant tu. Tiba aje kat restoran tu, terus kami
masuk. Keluarga rakan baik isteri aku memang da sampai pun.
Kami tunggu orang arab tu bersihkan meja. Selesai aje
dia bersihkan meja kami semua duduk.
Rakan baik isteri aku yang
buat tempahan makanan tu...aku tak pandai
pun untuk buat tempahan walaupun ada buku menu yang diberi.
Aku tak kisah pun apa yang dipesan asalkan aku boleh makan...yang tak boleh
aku makan ialah ayam, makanan laut, belacan dan sebagainya yang memang boleh beri mudarat kepada aku...kalau mengikut hukum pun kalau makanan tu
memberi mudarat maka mesti ditinggalkan...jadi
aku tinggalkanlah mana yang aku tak
boleh makan....

teh uncang arab...
naik lift mesa mall...
dalam mesa malll...
 Sebelum makanan tiba, air dulu yang sampai...Jadi aku minum air dulu iaitu teh arab dan minuman limau nipis yang di blend dengan kulit kulitnya sekali. Dua dua aku
minum dan dalam perut dua duanya bercampur....walau gelas berbeza
dalam perut bertemu jua...hahaha....Menurut kata suami
rakan isteri aku tu Cik Amos, arab yang bukak
restoran tu berasal dari Yaman.
Arab Yaman la tu...di sana mereka bergolak
, maka di sini dia orang mencari rezeki. Ok la tu...asalkan
dia orang Islam...harap Islam Sunnah la...Sebab yang bergolak di Yaman tu
ialah di antara golongan sunnah sebagai pemerintah dan juga golongan pemberontak berfahaman SYIAH...kacau sekarang ni kat Yaman tu...

kat mesa malll...
dalam mesa malll..
kesian aku tengok dia orang tu...da berapa lama berdiri macam tu aje...kekekeke...
 Apa bila makanan tiba, kami pun makan la...sebenarnya aku pun tak tau nasi apa yang aku makan...yang aku tau nasi arab la...mungkin ada namanya nasi arab tu...Tak kisah
la, aku makan aje la. Banyak sangat nasi arab yang terhidang tu, siap
dengan sup dan sebagainya. Piza pun ada disediakan
setelah di order. Kami makan kat
situ agak lama jugak la...
Selesai aje kami pun masing masing bergerak untuk
buat urusan memasing. Terima kasih kepada famili rakan baik isteri aku kerana ajak kami makan sesama hari ni...moga keluarga mereka sentiasa dirahmati dan diberkati
 ALLAH SWT sentiasa, dunia hingga ke SYURGA...
Aku seterusnya bawak isteri dan anak aku bergerak dengan
kete ke mesa mall yang letaknya di nilai jugak, mungkin dalam 3 atau 4 kilometer daripada restoran nasi arab tu...aku pun tak pasti sebab aku tak
pernah sukat pulak sebelum ni....ekekeke...

mesa mall
mesa malll
mesa mall...
 Tiba kat mesa mall tu...dah pulak tak boleh parking di sekitar keliling mall tu...semua kenderaan kena masuk ke parking bertingkat mall tu..aihhhh...macam macam la...
aku malas betul nak masuk parking bertingkat tu...bukan sebab
apa...payah nak cari parking kat gua tu...malas.
Nak taknak masuk jugak la, itu da arahan
pengawal keselamatan nepal yang jaga kat luar bangunan
mesa mall tu...Tiba dalam, tingkat bawah penuh, tingkat satu lagi penuh...naik lagi satu tingkat, baru la dapat parking lot tu. Jumpa aje tempat terus parking
kemudian cari lift untuk masuk ke mall tu..
Jumpa aje lift terus masuk dan anak aku tekan tingkat dua...
Kuar aje daripada lift terus masuk mall tu...Huh! baru aku perasan, tempat tu
biasa kami rayau sebelum ni dalam mall tu. Masuk aje terus kami tinjau
kat dalam tu. Aku tengok macam takde perubahan pun ... macam yang lalu gak...banyak ruang ruang kedai yang kosong. Pelik aku nape masih banyak kosong, rasa rasanya
la mall ni takde sambutan kat sini kut, sebab ini merupakan kawasan elit, mungkin penduduk sini pi shopping ke luar negara kut atau kat mall
mall yang lebih gah kat tempat tempat lain kut...tu sebab kat mall ni
tak ramai orang yang bershopping. Tapi tu la...tadi parking tu macam penuh aje..Bila sampai dalam macam tak sebanyak kete kat parking tu...Anak bungsu aku kata
mungkin yang ramai datang tu pi main bowling kat tingkat
atas tu kut...tambahan pulak hari cuti cuti ni...
logik jugak pandangan dia tu...hahaha..

posing....
Kami tak lama pun kat mall tu..sebentar kemudian kami pun pi tempat parking lot, masuk kete dan terus balik...sepanjang balik ke rumah, hujan turun mencurah curah
 hingga kami tiba di BANGI LAMA....Selesai sebuah sejarah
kecil yang kami lakar hari ni....
Esok aku nak panaskan badan kat tasek ukm tu...pi sensorang
aje sebab isteri aku pi tadika dan anak aku da mula bersekolah kembali...apa boleh buat laaa.......

Apa apa pun sebelum aku tamatkan kalam ni, aku doakan moga kita semua tak kira sape pon akan sentiasa mendapat keampunan daripada Allah SWT hingga
ke akhir hayat kita dan jangan lupa doakan kedua ibubapa
kita dan ibubapa mertua kita diampunkan Allah
swt atas semua dosa mereka
serta diluaskan kubur mereka dan terhindar mereka
daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta
dimasukkan ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah...aamiinnnn...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...