Monday, April 29, 2019

Temujanji dengan Klinik Kesihatan

Diari Daud - Dah lama aku tak tulis blog...ewah..sebab takde apa yang nak diceritakan...dah lama jugak aku tak panaskan badan kat tasik ujana nilai tu.....Jadi hari ni aku mula
menulis kembali....Hari ni Senin, 29 April 2019...aku dan isteri ada
Temujanji tu waktu petang..Lepas zohor kami
pi la ke sana. Jam 2.00 petang lebih kami tiba di klinik tu.. Lepas parking kete kami berjalan masuk ke dalam klinik kesihatan tu..

Tiba di dalam, isteri aku terus
pi ke kaunter dan serahkan kad yang kami bawa
tu...staf kat kaunter tu suh isi borang pesakit dulu. Jadi kami pun
terus pi ke kaunter borang pesakit luar tu dan isi dua borang...satu untuk aku dan satu
untuk isteri aku...aku isi untuk isteri aku dulu. Tak bawak pen pulak, biasa aku memang rajin bawak pen sendiri sebab biasanya pen yang ada kat kaunter borang tu
mesti ada yang telah cedera dan sakit, maklumlah
banyak tangan yang guna...Rasanya kita
perlu mendidik anak2 kita dari kecik
supaya lebih bertanggung jawab
terhadap harta awam, jadi bila da 'tua' takde la sembrono aje guna harta awam...tak gitu...ekekeke...opst!

tiba di klinik kesihatan bandar seri putra
lepas daftar pi kaunter 17...sengaja gelapkan sikit sebab dalam klinik tak elok amik gambo..
sabar menunggu
  Lepas isi borang isteri aku serahkan kedua
dua borang kepada kaunter dan staf kaunter beri nombor giliran
dan kami tunggu nombor giliran kami dipanggil. Bila dipanggil maka staf kat kaunter
tu bagi kad kami dan suh kami pi pula ke kaunter 17. Di situ kami kena tunggu lagi nombor giliran dipanggil. Nombor giliran isteri aku dulu dipanggil...

Kemudian giliran nombor aku pula dipanggil....
Bila nama dipanggil aku terus pi dan duduk di kerusi depan staf tu...dia amik tekanan darah aku pertama dia amik...fullamak 140 lebih!...terkejut jugak aku...Kali kedua barulah
di bawah 140...ok la tu...tapi tak ok sangat la...tapi ok la tu jika
pada umur aku macam ni... bawah 140 itu
dah dikira ok la tu...

tak perasan bilik 14 ni...bunting tu menyilapkan mata aku...payah jumpa bilik ni..sengaja gelapkan foto ni..
menunggu...
hasil cek jantung...
Kemudian dia suh aku masukkan fail ke bakul
depan pintu bilik 21. Dan satu slip lagi dia minta aku pi ke bilik
14 untuk cek jantung...Jadi aku gi la cari bilik 14...cari punya cari tak jumpa gak..
banyak kali cari...aku ni jenis malas bertanya, aku lebih suka cari dulu...kalau dah jemu cari barulah tanya...Tapi aku belum jemu..las las jumpa gak bilik tu...itu pun
dah hampir putus asa cari...Aku manalah tau dalam klinik tu..
Ini mungkin kami ketiga kut aku masuk klinik ni...

Bila jumpa bilik nombor 14 tu...aku pun letakkan
slip untuk cek jantung kat bakul di tepi pintu tu...Rupanya bilik tu bilik
yang paling ujung...Aku tak nampak nombor 14 tu sebab ia dihalang oleh sebuah 'bunting'
yang menghalang pandangan aku...apa boleh buat la...hahaha...opst! Lain kali aku
 takkan sesat lagi tapi klinik ni ada dua tingkat kut...maknanya tingkat atas
tu aku tak tau la apa pulak yang ada...masih akan sesat lagi
rasanya...ekekeke...opst!

balik pi kaunter 17 tunggu jumpa doktor
kaunter 17 sebelum masuk jumpa doktor, saje je gelapkan gambo ni...
buat appointmen akan datang...segala gelapkan sebab dalam klinik tak boleh paparkan foto...ekekeke..
Kemudian bila dah letak slip kat situ, aku
pun tunggu la bersama dua orang pesakit yang sedang tunggu
di kerusi situ...aku tak tau pulak dia orang nak cek apa....Tak lama kemudian
aku dipanggil masuk oleh seorang staf wanita muda. Masuk je dia suh baring atas katil yang ada kat dalam bilik tu...Dalam bilik tu ada dua orang staf sorang berpakaian nurse dan sorang lagi pakaian biasa je yang suh aku baring kat katil tu...

Selesai baring dia pun amik tah berapa kabel ke aku pun tak pasti
Dia suh aku buka butang baju sebelah atas...aiyaaa...malasnye aku nak
bukak baju depan pompuan ni...haihhhh.........aku tak kisah kalau dia lelaki tapi
ni pompuan muda maaaa....aihhhh...nak taknak bukak jugak la, sib baik aku pakai kemeja...Aku tak pandang pun muka dia...hahaha..Aku lebih banyak pejam je...lawak kan...hahaha....Dia terus lekatkan wayer tu di atas dada aku..ada 3 kut...tepi dada ada satu kiri dan kanan...kemudian dia suh bukak jam tangan...dia kepit alat tu di tangan kiri dan kanan, kemudian dia kepit satu di kaki kiri dan satu di kaki kanan...Aku pun tak
tau macam mana rupa alat tu.. Dalam keadaan rasa malu kemaluan tu...
aku pejam je mata aku...Kalau staf lelaki yang buat tentu
aku lihat dan banyak tanyanya...siap selfie atau wefie lagi tuu...hahaha...opst!..Apa boleh buat la...Apa apa pun terima kasih banyak pada staf yang cek jantung aku
tu...moga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT...

tunggu ubat...
tunggu ubat...


Selesai aje, dia pun tanggalkan semua wayer wayer
tu dan setelah selesai dia suh bangun...Biasalah...aku bangun dan
kenakan semua butang baju dan tunggu dia selesaikan apa yang di print daripada
alat tersebut...Selesai aje dia bagi kat aku...aku biasalah, ucap terima kasih dan keluar daripada bilik tersebut...

Kemudian aku pi kembali ke kaunter 17
...aku tanya kat nurse di situ nak buat apa dengan kertas hasil cek jantung tu...Nurse kaunter 17 tu kata tunggu nombor giliran dipanggil...Tak lama kemudian nama
aku dipanggil dan aku masuk ke bilik 21..ketuk pintu masuk dan
beri salam...seorang doktor pompuan sedang tunggu..
Temujanji yang lepas dengan doktor lelaki...

Dia suh duduk...aku pun duduk la....
Kemudian dia mulalah cek fail perubatan aku..
Dia jugak teliti hasil cek jantung yang di print tersebut...kemudian
dia kata jantung aku ok tak ada pape yang bermasalah...alhamdulillah...kata hati aku....

tunggu ubat
nombor tunggu ubat
sabar je tunggu ubat..
Lama jugak aku dalam bilik doktor tu...banyak yang kami bincangkan dan banyak pulak yang aku tanya...Aku tanya banyak bukan sebab dia doktor pompuan
tapi kerana banyak yang aku nak tau...Doktor tu pulak
amat baik dan amat amik berat dengan
semua yang aku tanya....
Bila dah takde apa yang aku tanya maka aku pun selesai dengan dia...sebelum tinggalkan bilik doktor tu aku ucap terima kasih dan bagi salam kat dia.......

Kemudian aku pun pi ke kaunter temujanji untuk buat temujanji akan datang pulak
...aku masukkan kad dan slip ubat dalam kotak yang tersedia di situ...Ada pesakit lain yang sedang berurusan di kaunter tu...kemudian nama aku dipanggil...Dia tentukan tarikh
temujanji akan datang...Selesai kat kaunter temu janji kemudian terus pi
ke kaunter farmasi...masukkan slip ubat dan nombor dalam kotak....Bila nombor
giliran dipanggil, terus gi kaunter dan beri nombor giliran serta sebut nama, kemudian staf kat situ beri ubat dan jelaskan cara makan dan sebagainya....Selesai amik ubat
terus keluar dengan isteri menuju ke kete di tempat parking tu...Ramai jugak
orang yang berurusan dengan klinik kesihatan bandar seri putra tu......
Terima kasih kepada semua staf yang mengendalikan
hal berkaitan aku di klinik ni...moga anda
semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga akhirat.....

nak balik dah...
Sebelum aku tutup tulisan ni ingin aku doakan semoga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir
hayat kita semua dan jangan lupa selepas solat doakan
supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita akan diluaskan
oleh ALLAH SWT
akan kubur mereka dan dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api
neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah.....

~~~~    SEKIAN    ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...