Sunday, April 21, 2019

#tasikujananilaiimpian

Diari Daud - hari Isnin, 22 April 2019...pepagi lagi da pi ke tasik ujana nilai tu...nak peluhkan badan sat untuk jam pertama minggu ni. Hari ni lewat sikit. Aku sampai kat
tepi tasik tu dalam jam 15 minit sebelum jam 7.00 pagi. Aku
tengok da ada beberapa orang sedang panaskan
badan kat trek tasek tu. Ada jugak yang
awal daripada aku. Masa
aku tiba tu mungkin dalam 3 atau 4 orang da ada di trek tasek tu...termasuk veteran yang sering aku jumpa...jumpa aje tapi tak pernah tegur dan kenal pun...ekeke...opst!
Ermmmm...rasa malas nak tulis panjang hari ni....tengok aje la
foto foto tu kalau nak.....semua kat  TASEK UJANA
NILAI IMPIAN....

jam sebelum 7.00 pagi ni....
sunyi je pepagi ni..
kat bukit sana tu bukan berkabus tapi asap kilang, tebal bukan main...
nak mula berjalan....
cantek cahaya tu..
ni masa mula berjalan...
asap tebal kilang kat bukit tu ..bukan kabus...
7.20 matahari dah nampak...
matahari naik masa ni...
sudut lain tasek
satu lagi sudut yg lain
sudut lain lagi..
tengah berjalan ni..
dah selesai
nak balik dah...
waktu balik
selesai sejam lebih sikit berjalan...

Aku kena berjalan sekurang2nya 3 jam setengah kalau aktiviti berjalan...itu sekurang kurangnya dalam seminggu, kalau boleh buat lebih, itu memang terbaik la
kan...tapi aku memang tak sampai pun 4 jam atau lebih...apa apa pun
3 jam lebih tu rasanya ok lakut setiap minggu. Tapi kalau aku
boleh joging, aku perlu
buat 2 jam setengah setiap minggu sekurang
kurangnya, kalau lebih, itu da terbaik, tapi aku mana la larat nak joging
dalam usia yang dah banyak ni...bukan tua tapi usia da banyak...ekekeke...ooopst!
Itu nasihat daripada doktor yang aku dengar la....itulah masa
yang diperlukan untuk peluhkan badan.....

Akhirnya sebelum aku tutup tulisan ini aku doakan kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua.
dan....jangan lupa doakan supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT
kubur mereka, dihindarkan daripada
siksaan kubur siksaan
akhirat dan jugak siksaan api neraka serta
dimasukkan ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah..aamiinnnnn...

~~~~~~  SEKIAN  ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...