Sunday, April 14, 2019

Isnin yang sama tapi tak serupa...

Diari Daud - Hari ni Senin, 15 April 2019..senin yang sama tapi tak serupa, aku datang lagi ke #tasikujananilaiimpian ni...Biasalah...tentu untuk peluhkan badan sikit kat
sini...Bukan joging pon tapi berjalan aje deh...tak larat joging
sebab umoq da banyak, kaki da tak kuat....
Macam nasihat doktor la...kene
peluhkan badan sekurang kurangnya 3 jam setengah setiap
minggu kalau berjalan dan 2 jam setengah seminggu kalau joging...jadi...aku pilih 3 jam setengah aje la...hahaha...oopst!
Nanti kalau aku dah pindah kampung
maka terpaksalah aku peluhkan badan dengan cara yang lain pulak sebab mungkin takde tempat untuk berjalan yang berhampiran kut. Aku rasa aku nak habiskan masa
dan peluhkan badan dengan berkebun kut. Sebab doktor kata
peluhkan badan dengan cara selain berjalan
dan joging pun diambil kira...
Aku rasa aku mampu untuk berkebun
sebab bapak aku pun sudah umur 90 tahun pun
masih usahakan kelapa sawit dia hinggalah dia meninggal pada umur 96 tahun...
tapi aku harap umur aku janganlah panjang macam tu..setakat 70 tahun tu rasa ok lah kut...hermmm...moga almarhum bapak aku diampunkan segala dosanya
dan dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi....
Aku memang sering datang ke tasik ni dan da lama aku tinggalkan tasek kejuruteraan
ukm serta tasek cempaka sari di bandar baru bangi tu...Aku rasa kat sini lebih
selesa rasanya......Ini jam pertama aku untuk minggu ni.....

Ermmm...aku rasa dah malas nak tulis panjang hari ni...rasanya cukuplah foto foto yang aku paparkan ni mampu menceritakan segala galanya....ok.....

suasana pagi sebelum jam 7.00 pagi di tasik ujana...dah ada yang sampai awal...
lampu pun masih menyala masa ni...
saje je niiii....
cantik cahaya mentari yg belum timbul tu...gagak sibuk cari rezeki di tong sampah tu...pepagi lagi dia kan...
cahaya pagi...
jam 7.00 pagi mula berjalan daaaa....masa aku tiba ni memang da ramai orang mungkin dalam 10 kut..
dalam jam 7.20 pagi matahari da menampakkan wajahnya yang tak mampu nak pandang dengan tepat punnn...
ni dah jam hampir 8.00 pagi....
cantek bukit kat sanun tu....
bukit bukau....
masa ni aku da selesai berjalan dah....snap gambor la...
tunggu masa nak balek ni...snap foto sat..ramai lagi yg beraktiviti kat situ
nak balik dah...
nak balik dah....
jam 8.10 pagi dah nak mula gerak balik...
hasil berjalan hari ni, jarak 5.98 KM, selama sejam lebih sikit....
Jadi sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke akhir hayat kita dan
jangan lupa kita doakan untuk semua kedua ibubapa kita dan
ibubapa mertua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT
akan kubur mereka serta dihindarkan
mereka daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan juga siksaan
api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga
bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah serrta mereka kekal di dalamnya....aamiinnnnn....

~~~   SEKIAN   ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...