Tuesday, April 2, 2019

Masih Gelap di Tasek Nilai

Diari daud - Hari ni Rabu, 3 April 2019...awal pagi aku dah ada di tasek nilai tu..maksud aku tasek ujana, nilai, negeri sembilan. Sebelum jam tujuh aku dah terpacak kat situ.
Memang aku plan nak pi awal pagi ni untuk berjalan di trek tepi
tasek tu untuk jam kedua minggu ni...Aku
kena buat benda tu sebab
aku dah bersara
tentu tak ada aktiviti yang boleh
peluhkan badan. Aku tak bimbang mati pun sebab
mati tu ALLAH SWT memang dah tentukan sama ada dalam keadaan sihat
atau sakit. Aku cuma bimbang jatuh sakit atau sakit yang ada bertambah parah lagi...kan.....


sebelum jam 7.00 pagi
sebelum 7 pagi
lampu masih menyala tu...
 Doktor pun dah sarankan kalau berjalan, sekurang kurangnya 3 jam setengah seminggu dan kalau joging 2 jam setengah seminggu sekurang kurangnya. Dia kata kalau
buat keje keliling rumah pun kalau berpeluh masih boleh diambil kira.
Jadi bagi yang ada kebun tu mulakanlah usahakan
tanah kat kebun tu...tanam sayur dan
tanam macam2 sambil peluhkan badan tapi kalau duk rehat kat
bawah pohon rambutan atau durian tanpa peluhkan badan bukanlah dikira
memenuhi apa yang doktor tu sarankan tu...Kita peluhkan badan bukan untuk elakkan mati tapi untuk sihatkan badan dan elakkan dari berpenyakit atau untuk mengelakkan
penyakit yang ada menjadi bertambah teruk...tak gitu...Ok lah
...malas nak tulis panjang panjang.........

yang kat bukit tu bukan kabus tapi ASAP dari kilang...tu la yang kita perlu kurbankan untuk kemajuan...
matahari memang tak nampak sampai aku balik, mendung sangat tapi selesa tak panas...
ramai yang beriadah kat sini....
ramai jugak tu....
dah jam 8.00 pagi...
nak balik dah....
cukuplah sejam hari ni...
 Aku tutup tulisan aku ni dengan doa moga kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga akhir hayat dan jangan lupa doakan kedua ibubapa kita
dan kedua ibubapa mertua kita supaya ALLAH SWT ampunkan semua
dosa mereka, hindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat dan siksaan neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga.....


~~~ SEKIAN ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...