Wednesday, April 10, 2019

Klinik Kesihatan BSP

Diari Daud - Hari ni Rabu, 10 April 2019...sebelah petang aku pi ke #klinikkesihatanbandarseriputra. Aku memang rancang nak pi petang sebab waktu pagi aku pi ke tasik ujana nilai impian. Aku pun memang rancang nak pi petang sebab
nak ajak isteri aku temankan aku. Sebenarnya aku lebih selesa
pi memana dengan isteri sebab dah biasa.
Masa bujang memang aku
lebih suka pi memana sensorang aje sebab dah biasa jugak...hahaha...opst! 

KKBSP
  Jadi lepas zohor lebih kurang jam 2 setengah petang kami pi gerak ke klinik kerajaan tu. Tiba aje di sana terus cari parking. Ramai jugak orang yang dapatkan
khidmat kesihatan di sini. Hampir penuh tempat  letak kete.
Dapat aje parking lot terus park kete dan kami gerak
masuk ke klinik tu...Whaaa...panas betul
cuaca hari ni nak menapak
lebih kurang 50 meter pun rasa perit badan
disimbah cahaya matahari yang berbahang tu. Masuk aje kat
dalam rasa lega sikit sebab sejuk. Kami terus aje pi ke bahagian farmasi tu
sebab aku hari ni cuma untuk ambil ubat untuk bulan ini. Tiba di kaunter ubat tu, aku tekan
nombor. Keluar dua helai nombor, satu aku kepilkan kat slip ubat tu dan satu lagi aku simpan. Slip tu aku bagi kepada staf farmasi tu yang sedang tunggu
kat kaunter tu. Kemudian aku duduk kat kerusi di situ
bersama isteri dan tunggu nama dipanggil.

tunggu ubat
Tak lama kemudian nombor aku dipanggil
dan aku pi ke kaunter 5 tu. Staf farmasi tu tanya nama dan aku
bagi tau la nama aku. Mungkin dia taknak tersilap bagi ubat kepada orang lain kut...
aku pun tak pasti...kemudian dia jelaskan macam mana nak ambil ubat ubat tu. Aku angguk aje, maklumlah memang itu aje yang boleh dibuat kan....

Selesai aje urusan kami terus keluar klinik tu menuju kete..tempuh lagi
kawasan parking yang panas terik tu untuk berjalan lebih kurang 50 meter. Masuk kete dan terus gerak. Aku ajak isteri pi ke farmasi kat seri putra tu jap sebab aku nak beli ubat
lain pulak..ubat untuk masalah kulit pulak, malas nak mintak
ubat kat klinik tu, biarlah aku beli sendiri
...takkan nak bergantung
kepada kerajaan aje kan...hahaha...ewahhh...opst!


Tiba di farmasi tu aku terus masuk ke farmasi tu sementara
isteri tunggu dalam kete...biarlah dia berehat...panas gak sekarang ni kan...
Masuk aje dalam farmasi tu nampak dia orang sedang punggah ubatan dari dalam kotak.
Ada dua orang pekerja farmasi pompuan dan seorang lelaki. Yang lelaki tu tanya nak apa, aku jawab la...Kemudian staf pompuan pulak ambil alih tugas tu...Dia carikan
ubat yang aku nak tu...Dia terima bayaran dan kembalikan baki...

Dari dulu lagi aku perhatikan kalau yang melayan pelanggan tu
melayu tentu dia orang tak pandai melayan pelanggan...dengan muka yang tak
nampak senyum, dengan muka yang ketat dan tak mesra langsung...Apa la salahnya maniskan muka tu atau senyum sikit...Aku puji kaum lain yang pandai sangat
melayan pelanggan mereka. Kalau macam nilah bangsa kita melayan
pelanggan sampai bila bila pun kita tak akan mampu
mengubah bangsa kita menjadi 'super'
dalam bidang business
ni...percayalah...


Aku dah berdepan dengan orang melayu yang
berniaga di kedai2 runcit ni sejak tahun 1980-an...langsung takde
perubahan 'maintain' teruk aje macam tu jugak bangsa melayu ni...langsung tak pandai
melayan pelanggan...aku lebih puji bangsa lain....Jadi macam mana kita? Masih ke kita nak kekalkan sikap orang melayu yang tak pandai melayan pelanggan sejak dulu lagi..
Tanya lah diri sendiri...sepatutnya kita orang melayu yang nak
maju dalam business kena la amik berat hal macam ni...
Aku tinggalkan farmasi kat seri putra yang stafnya muka tak ceria, muka
ketat aje tu setelah aku ambil ubat yang staf tu unjukkan kepada aku tanpa dia kata
sepatah kata pun seperti 'terima kasih' dan apa2 la, kerana aku dah beli ubat kat kedai yang dia jaga tu.....haihhhh...kesian sangat dengan orang melayu ni....Korang Melayu
nak marah marah la apa yang aku tulis ni...tak kisah punnnn...






Kemudian aku ajak isteri aku pi tesco untuk makan...
Tiba di tesco terus masuk dan pi ke food court kat situ. Isteri aku aje yang order
tapi yang bayar aku la...hahaha...Aku tak makan berat pun sebab rasa macam tak lapar sangat pun. Isteri aku makan apa ke...tak pasti aku...makanan yang ada beef tu..
Kami makan di bahagian western tu.... Selesai aje kami terus balik.......

Rasanya itu aje coretan aku kut dan sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke
akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan selalu
kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa
mertua kita supaya ALLAH
ampunkan semua dosa mereka serta dihindarkan
daripada siksaan kubur serta siksaan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnn..

~~~~ SEKIAN ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...