Wednesday, April 10, 2019

Pi Opis Sat hari ni...

Diari daud - Hari ni Khamis, 11 April 2019...aku pi opis tempat aku keje dulu tu. Aku nak amik surat yang rakan aku simpankan. Dah lama dah surat tu dia simpan.
Jadi jam sembilan lebih aku gerak ke UKM tapi sebelum
tu aku pi cari goreng pisang kat bandar baru
bangi tu...goreng pisang ke atau
pisang goreng...

dalam kete nak balik dah...
  Adat melayu gitu la bila kita nak
pi ziarah orang kena la bawak buah tangan tanda
kita hargai orang yang nak kita ziarah tu..itulah budaya melayu...budaya
melayu ni amat kaya...Selesai beli goreng pisang dan kepok lekor maka terus aje gerak ke ukm. Tiba di opis terus masuk dan bagi salam kat kamarul...Eh! ye ke bagi salam
...aku pun da lupa....

Aku sembang sat dengan en. mat noor dan ucapkan hai! kepada anim. Dengan su tak sempat sembang sebab dia banyak keje kut kat meja dia tu...Saniy takde kat
meja dia. Aku call dia untuk dapatkan surat aku tu...Puan Aina
pun bagi surat aku yang dia simpan tu...tq puan
aina, tak sempat nak ucap tq
kat depan dia...

surat kad kredit sebenarnya...aku dah call customer service dulu tu...lama dah..beritau untuk tukar alamat
pos sebab aku dah pencen tapi...masih lagi dia orang hantar ke opis....tak faham laa...
Kemudian aku pi masuk
bilik sdr shahrul...di sini memang aku banyak
cerita dengan dia...lama jugak aku sembang ngan dia ni..rasanya hingga
jam sebelas pagi aku sembang dengan dia berkaitan pelbagai perkara...Kadang2 kalau
kita lama tak sembang ngan rakan2 tentu kita akan sembang panjang2 kan...Aku memang dah lama tak jumpa rakan2 aku tu sejak naik bukit broga itu hari...
Rasa rindu pun ada rasanya kat rakan2 aku tu...
rindu seorang rakan dengan rakan2 yang lain...hahahaha...ewahhh...opst!

Hmpir jam 11 pagi baru aku kuar dari bilik sdr. shahrul....kemudian aku kuar
dan jumpa yang lain2 iaitu sdr saniy dan anim...sembang sat dengan anim dan saniy sebelum aku minta diri untuk keluar. Dalam sembang lelama tu aku
tak terfikir pun untuk snp foto dan selfie...lupa pulak aku
nak bergambar dengan dia orang tu...hahaha...
apa boleh buat laaa......
Lagi pun aku tengok memasing sibuk dengan tugas memasing jadi tak sanggup pulak nak mintak amik gambor dengan dia orang kan...kan....Aku ni punnnn...da bersara
buat la cara da bersara kan...kan...hahaha...


Keluar aje aku terus pi ke warta untuk beli beberapa item untuk anak bungsu aku dan sebagainya. Lepas selesai di warta, aku terus balik.....

Jadi sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua
diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita
dan jangan lupa doakan untuk kedua ibubapa kita serta kedua ibubapa mertua kita untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat, jangan lupa ye...doakan setiap hari.....

~~~   SEKIAN  ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...