Thursday, April 18, 2019

Peluhkan badan lagi...

Diari Daud - Hari ni hari Jumaat, 19 April 2019...awal pagi lagi aku dah pi ke tasik ujana tu. Gerak dari rumah jam 6.30 pagi. Tiba sana aku nampak ada sorang sedang
berjalan kat trek di tasik tu...Dia tu memang selalu aku nampak
awal ada kat tasik tu. Pagi ni macam aku dan dia aje
yang awal kat trek tasik tu...Biasanya
aku sampai aje dah ramai

sebelum jam 7.00 pagi
cahaya pagi
cantek cahaya pagi ni..
 Gagak pu nampaknya 
awal pagi memang bising aje...awal
gagak ni bangun untuk cari makan kat situ...memang banyak..
Lepas aku snap beberapa foto maka aku pun mulalah berjalan kat trek tu...Setelah satu pusingan aku berjalan barulah jumpa dengan haji ahmad badriz tu tapi dia
berjalan bersama dengan kenalan dia hinggalah aku selesai
berjalan kat situ. Hari takde sembang dengan dia..

nak mula berjalan
cari mood sebelum mula
masa mula berjalan
cantek pagi ni...
Hari ni aku dah selesaikan 3 jam lebih untuk
berjalan di sini dan akan sambung lagi minggu depan untuk
tiga jam lebih lagi...Setiap minggu memang kita mesti berjalan sekurang2
3 jam lebih untuk seminggu untuk buangkan kalori yang kita hari hari amik tu...itu saranan doktor perubatan, bukan saranan aku pun....

Ermmm...alahhh...aku malas nak tulis panjang hari ni, cukup la setakat itu aje..tengok ajelah foto foto aku tu kalau nak...taknak takpe...hahaha..oopst!

matahari timbul bila jam 7.20 pagi lebih kurang...
nak balik dah..
sebelum balik
gerak balik
selesai untuk minggu ni...dapat berjalan 5.9K dalam masa1 jam 6 minit...ok la tu...
 Sebelum aku tutup tulisan aku ni ingin aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan
lupa hari hari doakan supaya ibubapa kita dan ibubapa mentua
kita akan diampunkan oleh ALLAH segala dosa
mereka dan ALLAH SWT luaskan
kubur mereka serta
dihindarkan mereka daripada siksaan
kubur siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga bersama para rasul para nabi orang yang soleh dan solehah serta mereka kekal di dalamnya....


~~~~~~~~    SEKIAN    ~~~~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...